Gambar Hiasan
100 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapurui di Pulau Indah membuat laporan kepada SPRM untuk membuat siasatan ke atas pemaju yang menyebabkan projek terbengkalai yang dibeli mereka. Tips Hartanah menyokong penuh tindakan ini dan seboleh-bolehnya selepas ini semua mereka yang senasib membuat laporan kepada SPRM bukan sahaja ke atas pemaju tetapi semua mereka yang terlibat dalam meluluskan projek dan pinjaman kepada mereka termasuk termasuklah ‘pegawai’ kerajaan tempatan, arkitek yang meluluskan pelan untuk pembayaran berperingkat dan bank yang terlibat.
Baca berita selanjutnya di bawah:-
PUTRAJAYA 25 Jan. – Tidak mampu lagi menahan sabar dengan sikap lepas tangan pemaju dan ‘tekanan’ pihak bank, kira-kira 100 pembeli unit kediaman di...
A fully renovated Condominium unit for sale in Sri Putramas 2 Condo (Royal Domain).
Location: Off Jln Kuching, Kuala Lumpur. [View Location Map]
Area: 1,295sf
Level: 33rd – with view facing Mont Kiara and Duta
Facilities: Swimming pool, Children pool, Wading pool, Table tennis room, Nursery, Children playroom, Audio visual room, VIP dining area, Laundry services, Convenience store, Hair and beauty salon, Tennis court, Jogging track, Jacuzzi, Royal garden, Fountain, BBQ pit, Multipurpose hall, Gymnasium.
Asking Price: RM540,000 together with additional 1 car park which cost at RM30K (total 2 car park)
View Larger Map
Please contact 013-3426242 or use Tips Hartanah Contact Form for further enquiries or viewing of the...
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, di dalam posting ini akan saya terangkan serba sedikit mengenai penilaian hartanah dan kepentingannya kepada anda sebagai pembeli.
Sebelum saya terangkan lebih lanjut, apa kata kita lihat dahulu 2 senario di bawah:-
Senario 1:
Anda melihat sebuah rumah yang anda idamkan selama ini dan bersetuju dengan penjual untuk membeli rumah tersebut pada harga RM500,000 memandangkan ubahsuai major telah dilakukan menelan kos sebanyak RM200,000 (menurut penjual dan pemerhatian anda). Anda terus menandatangani dokumen Perjanjian Jual Beli (SPA) pada harga RM500,000…. dan apabila membuat permohonan pinjaman, anda dimaklumkan oleh bank bahawa nilai rumah tersebut adalah hanya RM400,000. Deposit telah dibayar, peguam telah dilantik dan SPA telah...
Selamat Tahun Baru 2012!!
Berlalu setahun lagi dengan pelbagai kenangan bagi setiap orang. Bidang hartanah juga menyaksikan pelbagai perkara dan isu-isu menarik sepanjang tahun 2011. Antaranya adalah perubahan kepada Skim Rumah Pertamaku (SRP), Programa Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan pelbagai lagi.
Bajet 2012 yang telah diumumkan juga menyaksikan pelbagai perubahan positif yang menarik dan sudah pastinya dinantikan oleh ramai orang terutamanya bakal-bakal pembeli rumah. Dalam masa yang sama keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu juga bakal menghadirkan sedikit rasa gusar dikalangan pelabur dan juga bakal pembeli yang tidak mahu terjerat dengan peningkatan kadar BLR yang tinggi dan boleh memberikan kesan sebaliknya dari apa yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, Tips Hartanah akan...
Apakah sebenarnya Deed of Mutual Covenant (DMC)? Kepada pembeli rumah strata seperti apartment dan kondominium, saya yakin anda tentu ingat tentang dokumen ini yang mana anda tandatangani bersama Dokumen Perjanjian Jualbeli (SPA) ketika membeli rumah dahulu. Dokumen ini merupakan dokumen yang perlu ditandatangani oleh pembeli sesebuah rumah strata ketika membelinya dari pemaju untuk ‘mengikat’ pembeli atau bakal penduduk terhadap peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa tinggal di kediaman strata tersebut.
Deed of Mutual Covenant secara ringkasnya atau melalui pemahaman biasa adalah merupakan suatu perjanjian yang mengikat semua pembeli di dalam sesuatu kediaman strata untuk mematuhi peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan semasa mendiami sesebuah...
Anda sudahpun membeli rumah. Sekarang masa untuk memilih jenis pembiayaan apa yang lebih sesuai untuk anda. Adakah pembiayaan Kadar tetap atau multi-tier (berbilang)?
Pada masa ini, terlalu banyak pakej pinjaman perumahan yang boleh anda dapati di pasaran (bank-bank) tempatan ataupun asing. Dari pakej kadar faedah terendah sehinggalah kepada kadar tetap. Pakej akaun fleksibel atau tidak, pakej islamik atau konvensional (bukan islamik) dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun untuk tujuan ini saya akan memfokuskan sama ada pakej kadar tetap vs kadar berbilang (multi-tier) atau juga kadar berubah.
1. Pembiayaan Kadar Tetap (‘Fixed Rate’)
Biasanya ditawarkan di bawah pakej pembiayaan islamik dengan suatu kadar yang telah ditentukan. Kadar yang dikenakan biasanya adalah...
Krisis hutang Eopah pengaruh pasaran
PASARAN hartanah tempatan dijangka kembali sederhana tahun depan dengan harganya dijangka susut sedikit susulan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ekoran krisis hutang zon Eropah dan pertumbuhan ekonomi AS yang lemah.
Presiden Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta Pusaka dan Perunding Harta dalam Sektor Swasta (PEPS) yang baru menamatkan tempoh jawatannya, James Wong, berkata pembetulan harga akan dapat dilihat dalam sektor pejabat, kondominium mewah dan pangsapuri servis di pusat bandar Kuala Lumpur.
“Harga bagi harta tanah sektor industri dan peruncitan, bagaimanapun, masih stabil,” katanya pada satu taklimat media mengenai Sidang Kemuncak Harta Malaysia kelima 2012 yang akan diadakan pada 17 Januari tahun depan di Pusat...
Sebagaimana yang dimaklumkan semasa Bajet 2012 yang lepas, sebanyak 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang berasaskan teknologi hijau akan mula dibina pada tahun hadapan.
Sumber: SPNB
Skim RMR yang diperkenalkan pada 2008 dengan tujuan membantu rakyat berpendapatan kurang RM1,500 ini juga akan ditambahbaik dengan meningkatkan keluasan dari 866 kp kepada 1,000 kp supaya lebih selesa kepada penduduk. Selain itu teknologi hijau juga akan digunakan dimana bahan binaan yang mampu menyerap haba akan digunakan untuk mengurangkan suasana hangat di dalam rumah tersebut disamping ciri tambahan yang membolehkan tadahan air hujan supaya boleh digunakan untuk tujuan seperti menyiram pokok.
Menurut Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – syarikat yang bertanggungjawab...
Photo: http://www.panoramio.com/photo/24079871
Ini merupakan suatu berita yang amat dinanti-nantikan oleh pengguna atau pembeli rumah terutamanya mereka yang menjadi mangsa projek-projek rumah terbengkalai yang mana merupakan pindaan yang dibuat di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 yang diumumkan kelmarin.
Semoga dengan adanya undang-undang ini kita mengharapkan semakin berkurangnya kes-kes projek terbengkalai yang mengakibatkan beribu-ribu pembeli kerugian jutaan ringgit dan lebih teruk terpaksa menanggung hutang dengan bank untuk rumah yang tidak siap.
Untuk berita lanjut, sila baca di...
Artikel ini agak panjang dan disediakan khusus untuk dimuatkan di dalam sebuah majalah hartanah ..
Membeli rumah bukannya suatu perkara yang mudah tetapi jika kita mengetahui tentang selok belok yang betul dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang sepatutnya sebelum membuat keputusan membeli, ia sebenarnya tidaklah sesukar mana. Bagi kebanyakan orang, pembelian rumah juga merupakan pelaburan terbesar dalam hidup mereka dan amatlah malang jika pelaburan terbesar ini membawa kerugian akibat kesilapan membuat keputusan.
Oleh itu adalah sebaiknya jika setiap individu atau bakal pembeli yang ingin atau telah membuat keputusan untuk membeli rumah supaya terlebih dahulu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum meneruskan keputusan untuk membeli rumah idaman mereka. Di dalam artikel...