Kerjaya dan Peluang dalam Bidang Hartanah

Apa khabar semua? Seronok beraya di kampung? Semoga anda semua sihat dan bergembira pada syawal tahun ini.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai peluang kerjaya dan potensi pendapatan di dalam bidang hartanah… khususnya di Malaysia. Mengapa saya membawa topik ini? Sebenarnya ini adalah berdasarkan banyak pengalaman saya apabila bersembang dengan orang-orang yang telah berjaya (dan juga masih belum berjaya) serta otai-otai (kira orang berusia lebih 40 tahun dan berpengalaman la kot)…

Saya dapati kebanyakan daripada mereka yang saya jumpa ini semuanya mengatakan mereka lambat nampak peluang yang ada di dalam bidang hartanah… dan hanya ketika usia yang semakin meningkat barulah mereka nampak peluang tersebut dan ada yang merasakan ianya agak lambat untuk mereka menyedarinya pada awal dahulu. Ada sesetengah mereka (bank manager, officer, manager, dan mcm2 lagi) baru mencuba2 untuk menceburi untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut peluang yang ada dalam bidang hartanah.. dan ada juga yang telahpun menukar bidang… dari bidang2 lain kepada hartanah..

Apabila saya terfikir tentang perkara ini saya mula berfikir sendirian… mengapa jadi begini? adakah pasaran hartanah di Malaysia ini baru sahaja dikenali atau pada zaman dulu.. orang Melayu memang tak mahir sangat pasal hartanah ni. Mungkin ada juga kebenarannya kerana jika kita lihat sehingga sekarang pun… jika kita tanya anak-anak Melayu yang masih bersekolah.. apakah cita-cita mereka.. pastinya ramai yang kata nak jadi doktor, engineer, pilot dsb… dan boleh saya katakan hampir semua tidak mengenali kerjaya dan potensi dalam bidang hartanah seperti pemaju hartanah, konsultan hartanah, agen hartanah ataupun kontraktor hartanah.. sebabnnya adalah mudah… kerana mereka tidak mengenalinya dan tidak diperkenalkan tentang potensi yang sebenarya wujud dalam hartanah. Memang tidak dinafikan, kerja-kerja seperti doktor, jurutera pensyarah dsb mempunyai status tersendiri.. tetapi apa kurangnya dalam bidang hartanah.. jika tidak masakan pada usia lewat 30an barulah kebanyakannya baru mula ingin menceburi dan mempelajari bidang hartanah.

Isunya disini yang ingin diketengahkan adalah orang Melayu masih kurang melibatkan diri di dalam hartanah.. terutamanya seperti pemaju, konsultan, agensi dan kontraktor. Kalau adapun ramai yang lebih suka menjual tanah….(maaf… mungkin agak kasar bunyinya…)
Walau bagaimanapun, sekarang ini dapat saya lihat golongan muda melayu telah mula pandai menceburi bidang hartanah… terutamanya dengan melabur dalam bidang hartanah. Suatu petanda yang positif.. tetapi melabur di dalam hartanah memerlukan ilmu… dan bukan sekadar terjun sahaja tanpa memahami beberapa perkara asas. Ini kerana hartanah melibatkan jumlah yang besar dan berisiko besar.. Inilah salah satu sebab mengapa ramai yang akhirnya hartanah mereka dilelong… kerana tidak mampu bayar akibat daripada tidak faham konsep pergerakan pasaran hartanah, undang2 berkaitan hartanah dan juga isu kewangan/pembiayaan berkaitan hartanah.

Selain potensi pendapatan dalam hartanah yang sememangnya besar, adakah kerjaya dalam bidang hartanah ini setanding pendapatannya dengan kerjaya-kerjaya lain?

Sebenarnya, seperti bidang-bidang lain kerjaya di dalam hartanah juga ada yang memberikan bayaran dan pulangan lumayan dan ada juga pada kadar biasa sama seperti yang lain. Bagi mereka yang mempunyai kelulusan akademik dalam bidang hartanah seperti pengurusan hartanah dan sebagainya… Diploma atau Ijazah bukan jaminan anda boleh memperolehi gaji lumayan dalam bidang hartanah. Pendapatan yang lumayan biasanya boleh anda capai dengan terus berusaha untuk mencapai kelayakan memiliki Lesen Professional anda sendiri.

Walau bagaimanapun, terdapat satu karier dalam hartanah yang tidak memerlukan anda mempunyai latar belakang akademik yang tinggi tetapi masih boleh mencapai pendapatan berpuluh ribu ringgit sebulan. Ianya mungkin dikenali tetapi masih teramat kurang dikalangan masyarakat Melayu iaitu… EJen Hartanah.

Terdapat ejen hartanah yang memiliki kereta seperti Merc, BMW dan juga kereta sports seperti Porsche (ejen yang saya kenal dan mempunyai klien di kawasan elit seperti Damansara Heights, Bangsar dan TTDI) hanya dengan menjalankan karier seperti ini… tidak perlu terlekat di meja office.. dan waktu bekerja yang fleksibel. Walaupun fee agen hartanah hanya serendah 2.75% berbanding di US dan UK di mana sehingga 5%, tidak dinafikan… semakin ramai diantara mereka yang mampu mencapai impian mereka melalui kerjaya ini walaupun tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.

Siapakah sebenarnya ejen hartanah? Apakah yang mereka lakukan? berapa purata pendapatan mereka dan adakah ianya sesuai untuk anda? Nantikan posting saya akan datang mengenai kerjaya sebagai ejen hartanah yang mungkin dapat mengubah tanggapan anda dan juga hidup anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


15 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Saudara M Khairul,

    Saya memang setuju sangat-sangat pasal ejen hartanah ni, sebab saya sendiri dah dapat komisyen 2% hasil dari jual rumah JIRAN saya ni..mulanya saya suka-suka aje. Modalnya tak sampai RM10 pun. Itu pun bil handphone. Cuma saya nak tau , macamana nak jadi ejen yang professional?

    Tq.

    ReplyReply
  2. Assalammualaikum, Saudara M.Khairul.

    Saya juga berminat berkenaan hartanah ini. Cadangan saya post ini dibukukan. Sila emel saya roslan@xxxx, Editor buku Binses dan Pengurusan, PTS. bagi mendapat contoh menulis manuskrip.

    ReplyReply
  3. Ohh… yer pada tahun hadapan. Kami akan menerbit buku Kaya dengan Rumah. Tunggu….

    ReplyReply
  4. Assalamualakum & Salam Sejahtera,

    Saya ingin mendapatkan cara-cara bagaimana menjadi agent hartanah?Apakah langkah-langkah awal untuk menjadi agen hartanah?Adakah bayaran dikenakan untuk menjadi agen hartanah?

    Diharap agar pihak tuan dapat memberikan tunjuk ajar.

    Sekian,terima kasih

    ReplyReply
  5. Assalammualaikum…
    Saya amat tertarik dgn tipshartanah blog ini…kebanyakkan informasi yg diberikan dapat membantu saya sebagai seorg pelajar pengurusan hartanah…lebih2 lagi sekarang ini saya sdg sibuk mencari maklumat untuk thesis sy…seperti yg kita tahu…kerjaya dan bidang didalam hartanah ini luas…salah satunya sebagai ejen hartanah..ia memang satu kerjaya yg menarik kerana kita blh menimba pelbagai pengalaman…untuk pengetahuan encik…saya lebih berminat kepada pengurusan hartanah ataupun property management…boleh tak encik memberi ulasan mengenai kerjaya ini…masalah yg mungkin dihadapi sebagai seorg property manager dan sebagainya….
    Terima kasih kerana sudi berkongsi….

    ReplyReply
  6. afy ehsan

    saya mendapat kesedaran baru dan kini memandang bidang ini sebagai bidang yang berpotensi… namun, saudara ada menyatakan bahawa kepada yang berminat, kelayakan akademik yang tinggi tidak diperlukan…

    saya adalah seorang lepasan spm yang ingin mengikuti kursus diploma hartanah… adakah diploma saya akan membantu kelak atau patutkah saya memilih kursus lain sahaja?

    ReplyReply
  7. saya sgt berminat dgn bidang hartanah ni,saya telah mendah tar dgn sebuah compny hartanah sebagai ejen,tetapi saya tidak berapa pandai bagaimana nak berurusan dgn tuan tanah dan pembeli,bagaimana pula untuk berurusan dgn ejen comp. lain jg

    ReplyReply
  8. saya pun tertarik ngan gaya hidup agent hartanah nie..macam mana diorang nie bekerja…kalau nk jd agent kena daftar pape x?banyak ker modal nk kena kuar…saya nie student lg….tp bila terbaca ruangan nie…saya makin tertarik nk tau cara -cara agen hartanah wat keja….aper skill yang dia guna kalu dia nk minta owner 2 bg property kalu nk suruh cari pembeli…bukan senang2 owner nk bg tau kalu xkenal orang???

    ReplyReply
  9. Saya ingin tahu bagaimana syarat yg akan kita kenakan atau bagaimanakah cara kita utk menjadi agent hartanah ?Adakah perlu kita bekerja dgn syarikat hartanah ? Adakah kita perlu menyediakan surat menyurat utk perjanjian kita dgn tuan hartanah tersebut …teringin sangat naj jadi agent hartanah …tapi tak tahu cara nya …sapa-sapa boleh tolong

    ReplyReply
  10. Minta tolong sungguh2 ni …saya memang nak jadi agent hartanah …nak tahu sangat cara2 yang betul

    ReplyReply
  11. afuad izlani

    aslkum….bidang hartanah adlh bidang yang sgt menarik adlh satu langkah yang bijak bg anda yang menceburi biadang ni. Wpun bidang ni tidak sehbat di UK di mana estate agent mereka mesti bergelar jutawan..ni d sebabkn nilai hartanah mereka mencecah jutaan ringgit, dan professional fees adalah berdsarkan nilai property yg di jual. Sy merupakan pelajar ijazah pengurusan hartanah,UITM dan menggalakn anak melayu kita menceburi bidang ini dan jadikan diri anda sebagai registered estate agent yg sah serta tampilkan keyakinan diri…kejayaan menanti anda,andalah salah seorang jutawan hartanah yang terkenal

    ReplyReply
  12. Cuba pergi ke Dewan Perniagaan Melayu. Dapatkan pandangan dan nasihat dengan mereka. Mereka boleh membantu untuk kepentingan peniagaan/bakal peniaga bumiputra.

    ReplyReply
  13. Untuk bermula sebagai ejen hartanah (atau lebih tepat sebagai perunding hartanah) anda boleh mendaftar dengan mana2 syarikat ejen hartanah. anda akan diberikan latihan dan diajar cara bermula. bagi yang terus terjun sebagai fulltime.. anda dinasihatkan mempunyai income lain yang konsisten terlebih dahulu kerana ianya memerlukan masa untuk anda membina client-base anda. Biasanya bagi mereka yang benar-benar persistent, deal pertama akan muncuk dalam masa 3 bulan pertama… so kenalah standby 2-3 bulan takde income. selepas tu.. anda akan lihat sendiri bagaimana client yang dengan sendirinya menghubungi anda bertanyakan hartanah untuk dijual/sewa atau untuk menjual hartanah mereka.

    ReplyReply
  14. Assalamualaikum..sye merupakn slh seorg pljr lps SPM..sye berhjt ingin mengambil diploma hartanah..kini sye risau apbila terbace mengatkn kte perlu ad income sblm masuk ke bidg hartanh..jk sye ambil diploma hartnh mst sye fulltime dlm bidg hartnh..blh tuan tolg jelskn mslh yang bermain d’fikrn sye ni..

    ReplyReply
  15. saya merupakan anak melayu lepasan spm,,,sy bercadang untuk memilih jurusan hartanah…soalan saya ialah apakah kelayakan yg diperlukan untuk mengambil jurusan ini?,,adakah peluang untuk jurusan ini cerah kerana saya takut ramai yg memohon jurusan ini sehingga menyebabkan kekosongan tempat.

    ReplyReply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>