Kerjaya Sebagai Ejen Hartanah (Bhg. 2)

Jika anda belum membaca Bahagian 1, sila baca terlebih dahulu dengan klik di sini

Setelah membuat keputusan bagaimana anda ingin lakukan kerjaya ini sebagaimana yang dinyatakan terdahulu dan membuat keputusan syarikat dan kawasan mana yang anda pilih, sekarang anda perlu memastikan perkara seterusnya yang patut anda beri perhatian.

Sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang perlu saya nyatakan di sini iaitu kepentingan untuk melakukan kerjaya ini secara betul dan sah mengikut undang-undang. Di Malaysia, terdapat 2 cara anda boleh melakukan kerjaya ini iaitu

1) Mendapatkan lesen Ejen Hartanah berdaftar

2) Bekerja dengan Firma Ejen Hartanah berdaftar sebagai Perunding Hartanah

Buat masa ini saya tidak mahu lagi menyentuh mengenai mendapatkan lesen ejen hartanah berdaftar tetapi hanya menumpukan lebih kepada bekerja sebagai Perunding Hartanah. Ini adalah supaya setiap orang berpeluang untuk menceburi bidang ini tanpa mengira latar akademik mereka. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan lesen ejen hartanah berdaftar, anda bolehlah melawati laman web Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah di http://www.lppeh.gov.my/qualification.html

Untuk bermula sebagai Perunding Hartanah adalah lebih mudah dan merupakan cara terbaik untuk anda mula membina kerjaya anda di dalam bidang ini.

Anda boleh memohon di mana-mana firma Agensi Hartanah berdaftar. Untuk memastikan firma tersebut adalah sah dan berdaftar, pastikan ianya memiliki no pendaftaran sama ada bermula dengan VE ataupun E dan diikuti dengan nombor. Contohnya VE(1)234 atau E(3)234. Firma yang bermula dengan VE merupakan firma yang berdaftar sebagai Konsultan Hartanah dan boleh menjalankan urusniaga konsultansi dan penilaian manakala pendaftaran ‘E’ adalah khusus untuk syarikat yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan ejen hartanah sahaja. Anda boleh memilih mana-mana diantara kedua-duanya kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun firma VE memiliki sedikit kelebihan tersendiri, tidak dinafikan firma sesetengah firma E juga adalah lebih besar operasi agensi hartanah mereka berbanding sesetengah firma VE kerana mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan tersebut.

Di sesetengah kawasan adalah agak sukar untuk mencari dan menyertai firma VE kerana tidak banyak firma konsultansi ini di Malaysia. Oleh itu, yang lebih penting di sini adalah untuk anda mencari firma yang aktif dan mempunyai sistem latihan yang baik disediakan untuk anda tidak kira sama ada ianya firma VE ataupun E. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kedua-duanya adalah mudah didapati.

Setelah memilih dan menyertai firma tersebut, anda seharusnya menentukan bidang/fokus yang akan anda pilih iaitu sama ada anda hanya ingin fokus terhadap sesuatu jenis hartanah (seperti kediaman, komersil atau industri) ataupun lebih menumpukan terhadap kawasan tertentu sahaja tetapi melakukan beberapa jenis hartanah. Sebagai contoh, anda mungkin memilih untuk mahir dalam hartanah kediaman untuk sesuatu kawasan sahaja yang mana merupakan suatu cara yang baik untuk bermula. Kediaman juga boleh terdiri daripada beberapa kategori seperti banglo, semi-d, teres, apartment dan sebagainya. Sebagai permulaan anda bolehlah menumpukan pada apartment atau rumah teres sahaja kerana ianya lebih mudah dan tidak banyak perkara rumit yang perlu anda ketahui. Setelah mahir, barulah anda beralih kepada kategori lain ataupun jenis hartanah yang lain. Ini biasanya mengambil masa untuk anda mahir dan mengetahui setiap perkara yang berkaitan supaya setiap soalan yang dikemukakan oleh klien anda dapat dijawab secara professional. Sebagai contoh, untuk mahir dalam penjualan apartment/kondo anda haruslah mengetahui apakah hakmilik strata, bagaimana pengurusan dilakukan, berapa caj pengurusan dan ‘sinking fund’ serta pelbagai perkara lain.

Haruslah diingat bahawa setiap jawapan yang anda berikan melambangkan tahap profesionalisme anda dan ia seterusnya membawa kepada hasil yang akan anda perolehi. Jika terlalu banyak soalan tidak dapat dijawab oleh anda,besar kemungkinan klien anda tidak yakin akan kebolehan anda dan mungkin tidak meneruskan pembelian/memberikan anda hartanah tersebut untuk dijual oleh anda.

Walau bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana semua ini akan anda perolehi melalui latihan dan pembelajaran yang diberikan oleh firma ejen hartanah. Oleh itu adalah penting sebelum anda menyertai sesebuah firma, pastikan anda bertanyakan mengenai sistem latihan mereka serta sistem sokongan yang terdapat bagi membantu ejen di firma tersebut. Berdasarkan pengalaman, bagi kawasan bandar seperti KL, Pulau Pinang dan Johor Bahru anda bolehlah bermula berdasarkan hartanah tersebut:

  1. Apartment/Kondo
  2. Rumah Teres
  3. Rumah Semi-D/Banglo
  4. Tanah kosong

Setelah mahir, barulah anda secara perlahan bergerak kepada komersil atau industri. Walau bagaimanapun, anda juga boleh terus fokus terhadap hartanah kediaman sahaja tetapi menambahkan lagi kawasan perkhidmatan anda supaya anda mempunyai lebih banyak ‘listing’ hartanah yang sama tetapi dikawasan berlainan supaya anda lebih memahami corak harga serta perbezaan diantara jenis rumah di kawasan yang sama dan juga kawasan berlainan.

Banyak lagi ilmu yang akan anda perolehi semasa anda menjalankan kerjaya ini kerana dengan melakukannya anda sebenarnya menambah ilmu yang berkaitan serta meningkatkan lagi skil anda untuk lebih berjaya.

Jika anda mempunyai soalan tertentu, sila kemukan kepada saya atau emelkan terus kepada saya di mkhairul[a]tipshartanah.com.

Selamat Maju Jaya! Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


9 Comments

  1. walauapa pun kerjaya yang anda ceburi, harus di sertakan dgn minat dan kesungguhan, jika tiada 2 perkara ini, apa yang anda usahakan akan tidak memuaskan hati sesiapa pun mahu pun diri sendiri…..jadi fikir2lah sejenak..

    ReplyReply
  2. kerjaya sebagai ejen hartanah…kene ambil lesen…kena berdaftar..kena itu kena ini..kita sibuk bincang pasal ejen hartanah..tp mcm mn dgn broker hartanah…siapa diorang ni?kenapa nama diorang wujud dalam kerjaya ni..broker hartanah ni macam saling berebut jer ngan ejen hartanah…sy confius la…sya nk tahu pasal broker hartanah vs ejen hartanah..harap sangat tip hartanah tolong jawab..
    soalan kedua…naper appraiser or pentaksir dihapuskan dalam akta?so selepas diorang punyer jawatan dihapuskan…sapa yg ambil alih tugas2 diorang ne..please tips hartanah..dah banyak buku cari…majalah…xder pun bincang hal nie

    ReplyReply
  3. afuad izlani

    aslkum…pd saya ajen hartanah or broker hartanah adalh bnda yang sama,xde beza..hanya nama shj yg xsama. mcm tu juga di malaysia contohnya pengurusan hartanah di kenali sbg estate management tp di overseas ada jg yg di kenali sbg real estate walhal itu adlh bidang yg sama

    ReplyReply
  4. saya pelajar estate management di uitm.. saya ingin mendapatkan pendapat tuan tentang sejauh mana ejen hartanah ini bertindak sebagai pemacu pasaran hartananah di shah alam..

    ReplyReply
  5. Tips Hartanah

    Appraiser atau pentaksir adalah mereka yang telah menjalankan kerja-kerja pentaksiran sebelum Akta Penilai Pentaksir dan Ejen Harta Tanah diwartakan. Pentaksir yang sedia ada masih boleh menjalankan terus urusan/pekerjaan/lesen mereka sebagai pentaksir sehingga mereka tidak lagi menggunakannya termasuklah jika mereka meninggal dunia. Selepas akta ini tiada lagi pentaksir tetapi digantikan dengan penilai yang mana memerlukan mereka yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan sahaja boleh mendapatkan lesen sebagai penilai berdaftar. Ini bermaksud akan sampai satu masa nanti apabila tiada lagi pentaksir menjalankan kerjaya tersebut kerana semua yang wujud telah tertakluk kepada akta ini dan dikenali sebagai penilai.

    ReplyReply
  6. Terima kasih di atas ilmu yang berguna ini. Walaupun saya agak terlewat menemui laman ini, tapi saya yakin peluang dalam bidang ini masih terbuka luas. Thanks Admin. (Rosidi, lwyr)

    ReplyReply
  7. kalau bekerja sebagai perunding hartanah, untuk menjual sesuatu property tu kena kelulusan ejen hartanah berdaftar dulu ke(BOS)? Pengiklanan bagi property cth menggunakan sesuatu medium seperti iProperty, adakah telah ditetapkan oleh syarikat?

    ReplyReply
  8. Assalam,

    jika owner sudah memberi kita hak untuk menjalankan jual beli tanah beliau, perlukah kita berurusan dengan lowyer owner untuk membincangkan hal jual beli.

    sekian terima kasih.

    ReplyReply
  9. @manja: Seharusnya sbg agen kita boleh mendapatkan perlantikan melalui surat secara terus dari owner. Jika perlantikan telah dibuat, maka tidak perlu berurusan dengan lawyer utk urusan jual beli lagi.

    ReplyReply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>