Panduan Pengeluaran Wang KWSP

Pengeluaran wang dari Akaun 2, KWSP…. ni adalah antara soalan popular yg saya terima dari klien TipsHartanah berkaitan pembelian rumah.  Walaupun ada bab yang sentuh part ni dalam ebook TipsHartanah saya akan terangkan dengan lebih jelas lagi supaya lebih ramai faham tentang pengeluaran wang dari KWSP ni.

Pertamanya… Akaun mana yang boleh dikeluarkan untuk tujuan pembelian rumah ni??

Bagi yang masih belum tahu, hanya AKAUN 2 KWSP anda sahaja yang dibenarkan untuk tujuan pengeluaran ini.  Dan ianya hanya untuk pembelian rumah PERTAMA sahaja..

Jadi kalau nak beli rumah lagi tak boleh keluarkan wang dari KWSP lagi??  Boleh DENGAN SYARAT…. rumah pertama tadi telah dijual atau dilupuskan (dipindahmilik) dan disertakan bukti semasa permohonan untuk kali kedua.  Bukti ini sama ada dengan Perjanjian Jual Belo (SPA) atau Deed of Assignment.

Ok.. macamana nak kira berapa yang anda boleh keluarkan dari Akaun 2 anda ni…

Ramai yang confuse sebab kebiasannya ramai yang tahu adalah 10% sahaja… dan ramai juga agen hartanah yang silap menasihatkan klien mereka dengan mengatakan hanya 10% sahaja boleh dikeluarkan..

Perkara ini terjadi kerana kebiasaannya margin pinjaman adalah 90% dari harga belian dan 10% lagi pada tanggapan ramai akan dikeluarkan daripada akaun 2 berkenaan.

Sebenarnya anda boleh mengeluarkan wang simpanan Akaun 2 anda sebanyak “perbezaan harga belian & jumlah pinjaman serta tambahan 10% daripada harga belian ATAU keseluruhan Akaun 2, mengikut mana yang lebih rendah”.

Tujuan membenarkan tambahan 10% ini adalah untuk pembayaran kos-kos tambahan yang berkaitan seperti fee peguam, penilaian dan lain-lain semasa proses pembelian berkenaan.

Lihat contoh berikut:-

Contoh 1

Harga Belian : RM300,000
Pinjaman : RM270,000 (90%)

Baki Akaun 2, KWSP : RM40,000

Jumlah pengeluaran Akaun 2 yang dibenarkan:

RM300,000 – RM270,000 = RM30,000

tambahan 10% dari Harga    = RM30,000

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan : RM30,000 + RM30,000 = RM60,000
Memandangkan baki akaun 2 hanya mempunyai jumlah sebanyak RM40,000 maka semua simpanan dalam Akaun 2 boleh dikeluarkan.

Contoh 2

Harga Belian : RM300,000
Pinjaman : RM270,000 (90%)

Baki Akaun 2, KWSP : RM85,000

Jumlah pengeluaran Akaun 2 yang dibenarkan:

RM300,000 – RM270,000 = RM30,000

tambahan 10% dari Harga    = RM30,000

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan : RM30,000 + RM30,000 = RM60,000
Memandangkan baki akaun 2  mempunyai jumlah sebanyak RM85,000 maka hanya RM60,000 dari Akaun 2 boleh dikeluarkan.

Pengiraan di atas adalah sama jika pinjaman anda lebih rendah seperti 80% dan sebagainya.

Semoga contoh dan penerangan di atas dapat memberikan gambaran lebih jelas kepada anda tentang pengeluaran wang dari Akaun 2, KWSP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Comments

  1. dah jelas skarang mcm mana nak kira … thanks ..

    ReplyReply
  2. Info yg sgt bagus.
    Jelas dan mudah di fahami. Nak buat pengeluaran KWSP biasanya perlukan SPA baru boleh proses ..

    ReplyReply
  3. Patricia Si

    Just to confirm my calculation?

    Harga Rumah: RM194,800
    Pinjaman: RM155,840 (80%)

    Baki Akaun 2, KWSP: (RM100,000)

    Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adakah: RM77,600

    ReplyReply
  4. Philomena

    Saya telah membelisebuah rumah sebelum ini tanpa mengeluarkan simpanan akaun 2. Bolehkah saya membeli sebuah lagi rumah? Kali ini saya akan mengeluarkan simpanan akaun 2. Terima kasih

    ReplyReply
  5. Jeniffer Sta Maria

    Salam , bagaimana pula dengan pengeluaran menyelesaikan baki pinjaman perumahan ? Berapa jumlah yg boleh dikeluarkan dari account 2 kwsp. .

    Terima Kasih

    ReplyReply
  6. muhammad jepri bin yusof

    saya dah beli rumah kos rendah,sekarang nak keluar duit kwsp untuk renovation bole ke?dan surat2 yang apa kah untuk rujukan kwsp?

    ReplyReply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>