Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)… Pelaburan Berbaloi?

Pernah menonton atau mendengar iklan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)?  Alaa.. yang bapak hadiahkan ‘bangunan’ kepada anak beliau semasa birthday (mcm di bawah ni),  makcik pegi melawat ‘bangunan beliau’ sambil pak guard pelik tengok gelagatnya dan penjual burger marahkan orang yang conteng dinding bangunan beliau?  Menarik kan? Tetapi apa sebenarnya AHB ni?

Setelah lebih kurang 2 bulan dilancarkan kini saya rasa ingin berkongsi sedikit pandangan saya terhadap peluang pelaburan yang ditawarkan oleh subsidiari Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan pada 2006 iaitu Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) melalui Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Daripada apa yang saya baca masih ramai yang masih confuse dan menganggap AHB ini serupa seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB).  Sebenarnya kedua-dua ini adalah berbeza…ASB adalah saham ekuiti manakala AHB saya lihat adalah lebih sebagai REIT (tetapi yang sebenarnya diklasifikasikan sebagai ‘Real Estate Backed Fund’).. tetapi ada sedikit persamaan di mana ianya khusus untuk Bumiputera dan harganya juga dikawal – dimana ianya ditetapkan kepada RM1 setiap unit.  Di dalam posting ini juga selain daripada membandingkan dengan ASB, saya juga akan membandingkan AHB dengan Dana Amanah Hartanah (REIT) yang mana boleh saya katakan jenis dana amanah yang serupa cuma diniagakan dengan cara yang berbeza.

Sebelum saya cerita lebih lanjut, apa kata kita lihat secara ringkas yang saya ambil dari Blog Pakdi tentang AHB:-

  • Patuh Shariah
  • Melabur dalam sektor hartanah.
  • Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.
  • Jumlah pelaburan permulaan, RM 500 dan maksimum, RM 200,000
  • Pelaburan tambahan, RM 100
  • Jumlah baki minima, RM 500
  • Pengeluaran minima, RM 500
  • Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)
  • Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan
  • Harga unit tetap, RM 1
  • Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6%
  • Pengurus dana, Mayban Investment Management Sdn Bhd

OK… berdasarkan ringkasan di atas pertama sekali dan yang paling penting sekali untuk muslim ialah AHB mematuhi Syariah.  Jadi tidak ada isu tentang itu dan tidak perlu was-was lagi untuk melabur dalam AHB.

Kedua, ianya adalah pelaburan adalah dalam bidang hartanah.  Bagaimana ini dilaburkan?   Inilah di mana saya katakan AHB adalah berupa REIT (baca mengenai REIT di sini) dan bukanlah ianya dilaburkan di dalam syarikat-syarikat hartanah seperti sesetengah Amanah Saham lain.  Pada ketika ini terdapat 5 hartanah yang disandarkan dan dicairkan ke dalam portfolio AHB iaitu:

  • 26 Boulevard, Putrajaya (komersil)
  • CP Tower, Petaling Jaya (komersil)
  • Wisma Consplant, Subang Jaya (komersil)
  • Logistic Warehouse, Shah Alam (peindustrian)
  • Tesco, Setia Alam, Shah Alam (komersil)

Selain dari 5 aset di atas, terdapat 2 lagi hartanah yang tidak dicairkan ke dalam portfolio ini iaitu Menara CIMB, Jalan Raja Laut dan Ibu Pejabat AHB, Peremba Square, di Saujana Resort (sumber: 1 Million Dollar Blog).

Ketiga, dari segi pelaburan.  Pada ketika ini anda hanya boleh membeli unit AHB melalui Maybank sahaja

img: thxportal.blogspot.com

(semua cawangan Maybank di seluruh Malaysia).  Untuk pengetahuan, AHB diuruskan oleh Mayban Investment Management Sdn Bhd dengan dana bersaiz RM1.0 billion.  Minimum pelaburan adalah RM500 sehingga max RM200,000 – sama seperti ASB dan tambahan pelaburan dalam gandaan RM100.  Tetapi tiada buku simpanan diberikan sebagaimana ASB kerana ini lebih kepada Unit Trust Fund yang lain (seperti Public Mutual atau REITs) yang mana tidak menggunakan buku simpanan.  Anda hanya diberikan slip kecil untuk pembelian unit amanah tersebut.    Pembelian boleh di buat di atas nama mereka seawal 3 bulan dan pengeluaran boleh dilakukan sekali dalam sebulan – kecairan yang rendah berbanding REIT atau ASB.  Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui prospektus AHB atau laman web PHB.

Sebagaimana ASB, AHB ini juga ditetapkan pada RM1 seunit dan ini lebih menunjukkan  kawalan/sokongan yang diberikan oleh kerajaan terhadap kukuhan AHB ini.  Dari segi pulangan, ketika ini diunjurkan pada kadar 6% dan dibayar 2 kali setahun.  Saya tidak pasti sama ada ianya jaminan minima pada 6% (sebagaimana dikatakan oleh sesetengah orang) atau sekadar unjuran tetapi bagi saya jika ianya berdasarkan syariah, jaminan pulangan tetap sebenarnya tidak wujud.  Jika benar kadar pulangan adalah sekitar 6%, saya berpendapat ianya adalah munasabah berbanding kadar pulangan pelaburan dalam hartanah komersil pada masa ini.  Tetapi jika dibandingkan dengan REIT, ianya adalah sedikit rendah berbanding purata pulangan REIT di sekitar 7%-9%.   Walau bagaimanapun, AHB tidak diniagakan di Bursa Malaysia berbanding REIT dan dengan harga tetap seunit pada RM1 ianya lebih berbaloi kerana REIT biasanya akan terpengaruh dengan sentimen pasaran saham di bursa yang mungkin menyebabkan harga jatuh lebih rendah dari harga asal.

Bagi saya itulah kelebihan utama AHB, yang mana ianya adalah pelaburan yang lebih stabil dan kukuh sebagaimana REIT tetapi tidak terpengaruh dengan sentimen pasaran seperti REIT (boleh faham ayat ni ke??).. selain itu AHB juga tidak tertakluk kepada guideline REIT kerana pengklasifikasian berbeza.  Saya berpendapat AHB berpotensi untuk memberikan pulangan lebih dari 6% berdasarkan ‘nature’ Dana amanah ini dan amat disyorkan untuk mereka yang sudah penuh kuota ASB mereka atau mereka yang ingin mempelbagaikan cabang pelaburan mereka ke dalam pelaburan yang mematuhi syariah.

Sekiranya anda rasa belum mampu untuk membeli hartanah yang nilainya ratus ribu atau juta2 untuk pulangan 6%, AHB adalah alternatif terbaik.  Tak perlu fikir nak urus penyewa, kos pembaikan, kos pegangan aka cukai2  dan macam2 masalah berkaitan pemilikan hartanah.

Selamat melabur dalam AHB.  Jom ramai-ramai pergi ke Maybank.

*Untuk pengetahuan anda, Maybank pada masa ini telahpun menyediakan pembiayaan islamik untuk pembelian AHB. Jika berminat, sila semak di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


14 Comments

  1. munib ahmad

    tuan khairul,

    saya nak tanya..adakah pinjaman untuk AHB ni sama seperti pinjaman ASB, yang mana kita hanya perlu bayar untuk tahun yang pertama saja manakala seterusnya baki pinjaman boleh ditolak drpd dividen ASB

    t.kasih sudi kongsi dan harap dapat jawab :)

    ReplyReply
  2. Struktur pinjaman lebih kurang sama dengan apa yang ditawarkan oleh maybank untuk ASB tetapi sama ada bayaran untuk tahun pertama sahaja atau untuk tahun2 berikutnya masih bergantung pada dividen tahunan yang dibayar dan kadar keuntungan (BFR).
    Pada ketika ini kadar pinjaman ditetapkan pada BFR-1.65% untuk pinjaman 100% dan lebih rendah untuk pinjaman 90%.
    Berdasarkan kadar semasa, kita masih boleh membuat keuntungan dari AHB ini.

    ReplyReply
  3. pagi tadi baru jer pergi maybank..ingat nak tanya pasal AHB..officer tu kata AHB dah penuh.org dah subscribe mcm pisang panas.

    ReplyReply
  4. Ye betul tu..
    buat masa ni AHB telah habis dilanggan. Jika berminat perlu tunggu masa akan datang untuk membelinya..

    ReplyReply
  5. Salam tuan admin

    Kenyataan tentang anggaran minimum dividen 6% setahun tidak benar. Saya takut org ramai akan terpengaruh dgn pulangan tersebut sedangkan did alam website AHB tidak pernah menjanjikan pulangan sebanyak tersebut. AHB , dalam websire mereka, cuma menjanjikan pulangan paling kurang pun sama dengan Malayan Bank Islamic General Account yg saya tenguk skrg dalam linkungan 2%-3%. Jika saya salah faham , mohon beri saya tunjuk ajar. Sekian wassallam.

    ReplyReply
  6. nasib baik sempat masuk.tp sy ad bc paper ahb akn di buka kembali

    ReplyReply
  7. adakah pelaburan AHB ini telah dibayar zakat dan pelanggan perlu membayar zakat

    ReplyReply
  8. salam tuan khairul,
    tertarik dgn komen drpd tuan razib,sila bantu dan mohan penjelasan

    ReplyReply
  9. Salam En. Mohammad,
    Sememangnya tidak pernah dinyatakan agihan AHB adalah 6% setahun. Kadar tersebut sebenarnya adalah kadar yang diunjurkan berdasarkan kadar pelaburan am Maybank Islamic Berhad di mana dana ini diuruskan dan di dalam artikel ini juga saya nyatakan bahawa AHB adalah unit amanah Islamik yang tidak menetapkan kadar pulangan/agihan pelaburannya.

    Walau bagaimanapun, jika dilihat kepada 2 pembayaran agihan pada tahun lepas iaitu sebanyak 5.42% (2.17 + 3.25%) untuk 10 bulan (bayaran 2.17% utk tempoh 4 bulan, sahaja manakala 3.25% utk tempoh 6 bulan) maka kadar yang telah dibayar oleh AHB adalah sebanyak 6.5% setahun.

    Pengiraannya, 5.42%/10 bulan = 0.542%/bulan x 12 bulan = 6.5% setahun.

    Semoga penjelasan ini membantu.

    ReplyReply
  10. nolia

    bilakah ahb akan dibuka semula….

    ReplyReply
  11. salam……… sangat membantu.. terima kasih

    ReplyReply
  12. salam… kalau ada berita terkini boleh la bagi tau utk kawan2 di sini..yg kurang ARIF ttg ni

    ReplyReply
  13. slm…bagaimana hendak mengetahui status pelaburan terkini? seperti jumlah saham sekarang termasuk dividen dan sebagainya setelah 2 tahun melabur?

    ReplyReply
  14. asskum.pada 2011 saya ada wat loan EASY RHB untuk pelaburan ASB sebanyak RM200,000.Adakah Saya layak untuk memohon pelaburan AHB sebanyak RM200,000 di maybank.

    ReplyReply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>