Kuota Rumah RM200,000 Di Setiap Negeri

Satu lagi berita baik untuk golongan pertengahan memiliki rumah sendiri yang selama ini terhimpit kerana tidak dapat membeli rumah kos rendah yang khusus untuk mereka yang berpendapatan rendah tetapi dalam masa yang sama tidak mampu membeli rumah lain yang harga semakin meningkat dengan tidak munasabah.

Rumah Mampu Milik RM200,000 Untuk Golongan Pertengahan

Melalui Dasar Perumahan Negara yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam setiap negeri terutamanya Selangor, Pulau Pinang & Johor diminta untuk memperuntukkan kuota rumah pada kos RM200,000 untuk membolehkan keluarga berpendapatan pertengahan turut menikmati mutu hidup lebih baik.

Apa yang saya harap apabila polisi ini dilaksanakan kelak ia akan benar-benar memberikan manfaat kepada sasaran golongan yang dimaksudkan – golongan pertengahan yang MASIH TIDAK MEMILIKI RUMAH.  Jangan sampai kuota tersebut terlepas kepada mereka yang sudah memiliki rumah ataupun kepada pelabur yang sekadar membeli untuk dijual semula dan mengaut keuntungan.  Antara cadangan lain adalah:-

  • Letakkan sekatan jualan di mana pembeli tidak boleh menjual semula dalam tempoh 5 tahun pertama untuk mengelakkan berlaku spekulasi (ya.. ini juga boleh berlaku walaupun kepada mereka yang beli kali pertama) dan peningkatan harga mendadak.
  • Tubuh agensi atau badan khas untuk mendaftar pembeli dan mengawal pembelian.  Pembeli seharusnya mereka yang layak dari segi pendapatan dan juga tidak memiliki rumah lagi.
  • Bagi pembeli yang sudah memiliki rumah sebelum ini, mereka dibenarkan untuk membeli kuota perumahan sederhana ini dengan syarat nilai rumah terdahulu lebih rendah (seperti kos rendah) dan terhad kepada 1 unit dan tujuan pembelian adalah untuk ‘upgrade’ dan didiami sendiri.  Ini bagaimanapun memerlukan kajian lebih mendalam.

Buat masa ini, itu sahaja apa yang saya terfikir untuk cadangan bagi perlaksanaan dasar tersebut.  Untuk berita penuh, sila baca di bawah:-

Rumah gaji sederhana

Syor kuota kediaman berharga RM200,000 mirip konsep PPR untuk keluarga pertengahan

PUTRAJAYA: Keresahan keluarga berpendapatan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga yang terlalu mahal dan tidak layak membeli rumah kos rendah, dijangka dapat diatasi apabila semua kerajaan negeri disyor menyediakan kuota rumah berharga RM200,000.

Cadangan yang mirip konsep program perumahan rakyat (PPR) yang dikhususkan untuk keluarga berpendapatan kurang RM2,500 sebulan itu dijangka dapat memenuhi keperluan keluarga berpendapatan sederhana pula iaitu antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata kementerian juga akan berbincang dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pemaju swasta lain supaya menambah pembinaan rumah kos sederhana.  Beliau berkata, permintaan rumah bagi golongan pertengahan amat tinggi di bandar besar terutama Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

“Justeru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri yang mana masalah itu berlaku dan cuba meyakinkan mereka supaya dapat memperuntukkan kuota rumah pada kos RM200,000 untuk membolehkan keluarga berpendapatan pertengahan turut menikmati mutu hidup lebih baik.

“Pendekatan ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memastikan setiap keluarga memiliki rumah sendiri menjelang 2020,” katanya pada majlis pelancaran Dasar Perumahan Negara yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.  Chee Heung yakin kuota rumah untuk golongan berpendapatan sederhana boleh dilaksanakan kerana berdasarkan statistik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), permintaan semasa untuk rumah baru ialah antara 150,000 hingga 200,000 unit setahun.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan proses rundingan berterusan dengan pemaju perumahan swasta bagi memastikan pembangunan projek perumahan dirancang secara mapan menggunakan teknologi hijau dan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.
Katanya, penyediaan keperluan asas rakyat, terutama perumahan, harus mencukupi dan bermutu serta dilengkapi persekitaran mapan, kondusif lagi mesra alam selari dengan keperluan hidup penghuni masa kini yang peka terhadap alam sekitar serta menyumbang kepada kualiti hidup.

“Selaras dengan penekanan terhadap persekitaran mesra alam dan konsep teknologi hijau, pembangunan sektor perumahan negara juga perlu meningkatkan keupayaan dan kepakaran, khususnya dalam reka bentuk, inovasi dan penggunaan teknologi terkini bagi melaksanakan pembangunan mapan.
“Sektor perumahan negara mempunyai peranan yang signifikan bagi merealisasi hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Sumbangan sektor pembinaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima peratus dan walaupun kecil, jumlah nilainya sebenar mencecah RM18.2 bilion menjana rantaian ekonomi yang signifikan,” katanya.
Dasar yang dilancarkan itu rangkuman pelbagai akta dan garis panduan sedia ada berkaitan pembangunan projek perumahan untuk memudahkan urusan berkaitan antara sektor swasta, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan.
Tiga objektif dasar itu ialah menyediakan perumahan mencukupi dengan kemudahan berkualiti lagi kondusif, meningkatkan keupayaan rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah dan menetapkan hala tuju kemampanan sektor perumahan.

Ia digubal berasaskan enam teras iaitu memastikan perumahan mencukupi bagi orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal; memastikan binaan bermutu; memantapkan sistem penyampaian dengan menubuhkan pusat sehenti; menetapkan harga siling jualan dan sewa rumah yang munasabah; menggunakan teknologi pembinaan terkini dan menyediakan kelengkapan yang menyeluruh bagi kelestarian kawasan kediaman.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata kementerian juga akan berbincang dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pemaju swasta lain supaya menambah pembinaan rumah kos sederhana.Beliau berkata, permintaan rumah bagi golongan pertengahan amat tinggi di bandar besar terutama Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

“Justeru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri yang mana masalah itu berlaku dan cuba meyakinkan mereka supaya dapat memperuntukkan kuota rumah pada kos RM200,000 untuk membolehkan keluarga berpendapatan pertengahan turut menikmati mutu hidup lebih baik.
“Pendekatan ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memastikan setiap keluarga memiliki rumah sendiri menjelang 2020,” katanya pada majlis pelancaran Dasar Perumahan Negara yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Chee Heung yakin kuota rumah untuk golongan berpendapatan sederhana boleh dilaksanakan kerana berdasarkan statistik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), permintaan semasa untuk rumah baru ialah antara 150,000 hingga 200,000 unit setahun.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan proses rundingan berterusan dengan pemaju perumahan swasta bagi memastikan pembangunan projek perumahan dirancang secara mapan menggunakan teknologi hijau dan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.
Katanya, penyediaan keperluan asas rakyat, terutama perumahan, harus mencukupi dan bermutu serta dilengkapi persekitaran mapan, kondusif lagi mesra alam selari dengan keperluan hidup penghuni masa kini yang peka terhadap alam sekitar serta menyumbang kepada kualiti hidup.

“Selaras dengan penekanan terhadap persekitaran mesra alam dan konsep teknologi hijau, pembangunan sektor perumahan negara juga perlu meningkatkan keupayaan dan kepakaran, khususnya dalam reka bentuk, inovasi dan penggunaan teknologi terkini bagi melaksanakan pembangunan mapan.
“Sektor perumahan negara mempunyai peranan yang signifikan bagi merealisasi hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Sumbangan sektor pembinaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima peratus dan walaupun kecil, jumlah nilainya sebenar mencecah RM18.2 bilion menjana rantaian ekonomi yang signifikan,” katanya.
Dasar yang dilancarkan itu rangkuman pelbagai akta dan garis panduan sedia ada berkaitan pembangunan projek perumahan untuk memudahkan urusan berkaitan antara sektor swasta, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan.
Tiga objektif dasar itu ialah menyediakan perumahan mencukupi dengan kemudahan berkualiti lagi kondusif, meningkatkan keupayaan rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah dan menetapkan hala tuju kemampanan sektor perumahan.

Ia digubal berasaskan enam teras iaitu memastikan perumahan mencukupi bagi orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal; memastikan binaan bermutu; memantapkan sistem penyampaian dengan menubuhkan pusat sehenti; menetapkan harga siling jualan dan sewa rumah yang munasabah; menggunakan teknologi pembinaan terkini dan menyediakan kelengkapan yang menyeluruh bagi kelestarian kawasan kediaman.
Sumber : Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1 Comment

  1. kt mane projek2 umah 200k kt selangor ni???

    klu ade pun area ulu2…jauh gle dr bndar..

    pinggir bndar cm selayang 200k apartment 900sq pun xdpt kn

    ReplyReply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>