Bajet 2012: Impak Kepada Pasaran Hartanah (Bhgn 1)

Bajet 2012 sudahpun diumumkan.  Pelbagai manfaat dan insentif telah diumumkan dan boleh dikatakan majoritinya lebih tertumpu kepada kebajikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.  Untuk tujuan ini, Tips Hartanah akan membuat sedikit reviu terhadap insentif-insentif yang telah diumumkan dan berkaitan dengan hartanah.  Antaranya adalah:-

1) Harga Maksimum Hartanah Yang Boleh Dibeli Di Bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) Dinaikkan dari RM220,000 kepada RM400,000

Ini sudah tentunya berita yang amat baik dan menggembirakan kepada mereka yang masih menunggu atau bercadang untuk membeli rumah di bawah skim ini.  Sebagaimana yang telah dimaklumkan terdahulu, skim ini hanya untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 (pendapatan isi rumah) sahaja.  Dengan kenaikan ini pastinya pilihan yang lebih baik boleh dilakukan terutamanya oleh merekayang tinggal di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang .  Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa perubahan ini hanya berkuatkuasa bermula untuk pembelian dari 1 Januari 2012 sahaja.  Oleh itu bagi yang merancang untuk membeli sekarang, anda mungkin perlu mengalami sedikit masalah jika hartanah tersebut amat terhad kerana ia mungkin habis dijual pada masa tersebut.

2)Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Kerajaan amat serius dalam membantu golongan pertengahan dalam memiliki rumah dan melalui program ini, lebih banyak perumahan akan disediakan untuk golongan  ini.  Sebagai sebahagian dari komitmen kerajaan, sebahagian daripada tanah milik kerajaan yang terletak di Sungai Besi dan Sungai Buloh akan dibangunkan dengan rumah-rumah di bawah program ini disamping lokasi-lokasi yang berhampiran dengan LRT, MRT dan pengangkutan awam lain.

Selain daripada projek PR1MA pertama di Putrajaya, kerajaan juga akan melancarkan projek kedua di Bandar Tun Razak pada tahun 2011 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,880 unit rumah.  Pada tahun 2012, sebanyak 7,700 unit rumah lagi akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara (tak pasti Damansara mana..) dan juga di Bukit Raja.  Pengecualian cukai setem 100% untuk suratcara pinjaman (loan agreement) diberikan.

3) Masalah Projek Terbengkalai – Galakan Konsep “Bina dan Jual”

Sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan pemaju membina projek perumahan di bawah konsep “Bina dan Jual” seterusnya mengelakkan risiko projek terbengkalai dan merugikan pembeli, bank-bank islamik telah bersetuju untuk menyediakan pembiayaan mengikut syariah untuk menanggung risiko terbengkalai tersebut.  Ansuran hanya akan bermula apabila rumah telah siap dibina.  Pembiayaan ini hanya untuk rumah berharga RM600,000 dan ke bawah sahaja.. (ok la tu..)

4) 75,000 Unit Rumah Akan Dibina Di Bawah Program Perumahan Rakyat (PPR)

Sebagai membantu golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membina sebanyak 75,000 unit rumah kos rendah di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). Untuk tahun 2012, sebanyak RM443 juta diperuntukkan untuk membina 8,000 unit untuk dijual dan 7,000 unit untuk disewa.  Dengan bertambahnya rumah-rumah di bawah PPR ini, diharapakan kerajaan juga tidak terlupa dengan isu-isu berkaitan seperti masalah penyelenggaraan dan peruntukan yang semakin bertambah untuk tujuan tersebut dengan bertambahnya unit-unit PPR.  Sebaiknya pemilik-pemilik dan penduduk di berikan kesedaran dan tanggunjawab dalam menjaga harta bersama mereka supaya masalah seperti lif rosak tidak sentiasa berlaku.

5) Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program yang diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ini mendapat peruntukan sebanyak RM200 juta bagi membantu golongan berpendapatan rendah yhang memiliki tanah tetapi tidak mampu untuk membina rumah atau untuk tujuan membaiki rumah yang rosak. Sebanyak 10,000 unit akan dibina dalam tahun 2012 dengan harga RM65,000 dan dijual pada harga RM45,000 manakala baki RM20,000 akan ditanggung oleh kerajaan.

Ikuti sambungan seterusnya di Bahagian 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>