Kerjaya Graduan Lulusan Bidang Hartanah

Artikel ini saya tulis sebagai respons dan perkongsian kepada pertanyaan dari seorang pembaca (pelajar) Tips Hartanah yang ingin mengetahui ‘hala tuju’ seorang graduan hartanah.  Saya akan kongsikan serba sedikit apa yang saya ketahui berdasarkan pengalaman saya selama ini serta pemerhatian saya terhadap lepasan-lepasan graduan bidang hartanah.  Inilah juga sebenarnya soalan yang saya terima dari pelajar saya semasa saya mengajar part-time di sebuah kolej swasta sebelum ini.

Pada masa ini jurusan pengurusan hartanah peringkat sarjana muda (Degree) ditawarkan oleh UM, UTM, UiTM, dan UTHM dan juga oleh beberapa kolej swasta untuk peringkat Diploma.  Untuk lulusan Diploma, mungkin agak terhad bidang yang ingin diceburi kerana kelayakan yang ditetapkan oleh majikan melainkan kerjaya ejen hartanah.  Bagi lulusan peringkat Degree, saya dapati 2 bidang yang sangat popular diceburi adalah dalam bidang Penilaian sebagai Eksekutif Penilaian dan juga dalam bidang Pengurusan Harta/Bangunan sebagai Eksekutif Bangunan/Pengurusan.  Selain ini, anda juga boleh menyertai bidang pembangunan hartanah bersama pemaju atau juga menyertai bidang agensi hartanah.

Walaupun tidak dinafikan terdapat peluang lain yang boleh diceburi, saya mengesyorkan supaya graduan bidang ini memilih bidang penilaian sebagai kerjaya pertama jika ingin melangkah lebih jauh.  Ini adalah disebabkan bidang penilaian menawarkan peluang untuk seseorang itu mengenali dengan lebih mendalam tentang asas berkaitan hartanah dan seterusnya ultimatum mengenai sesuatu hartanah iaitu penentuan nilainya.  Dengan kebolehan mengenali jenis-jenis hakmilik, isu berkaitan hakmilik, jenis-jenis hartanah, isu-isu dan faktor penentuan nilai pasaran terhadap sesuatu hartanah dan juga faktor-faktor penentu luaran akan membolehkan seseorang penilai lebih mudah untuk menceburi bidang lain yang lebih besar dan mencabar berkaitan hartanah seperti pengurusan aset, pengurusan aset NPL, REIT, perbankan (berkaitan penilaian hartanah), pembangunan hartanah, pentadbiran tanah dan pelbagai lagi.  Dan apa yang saya nyatakan di atas ini sudah tentu lebih mudah jika sesseorang itu mendapatkan lesen Penilai Bertauliah dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) walaupun itu bukanlah syarat utama.

Bagi mereka yang lebih sukakan cabaran dan bidang jualan dan ingin menentukan pendapatan mereka sendiri, saya pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa kerjaya ejen hartanah merupakan suatu kerjaya yang sangat sesuai untuk anda.  Sebagai lulusan graduan bidang hartanah, adalah lebih mudah untuk anda mendapatkan lesen berbanding mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang ini.  Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna anda mesti mendapatkan lesen ejen hartanah bertauliah dari LPPEH barulah anda boleh menjalankan kerjaya dalam bidang ini.  Anda boleh terus memulakannya dengan menyertai mana-mana firma ejen hartanah atau firma penilaian sebagai Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator).  Dari situ barulah anda boleh merancang untuk mendapatkan lesen anda dari LPPEH.   Walaupun ramai yang menyatakan kerjaya ejen hartanah ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja walaupun tanpa kelayakan akademik dalam bidang hartanah, saya berpendapat mereka yang mempunyai kelayakan akademik selain dari pengalaman bekerja sebagai penilai mempunyai kelebihan yang sangat besar berbanding mereka yang lain tanpa kedua-dua ini.   Ini kerana apabila berhadapan dengan klien (penjual ataupun bakal pembeli) anda akan dihujani dengan persoalan-persoalan berkaitan hartanah dan pengalaman anda serta pengetahuan dalam bidang hartanah akan membantu dan membezakan anda dengan yang lain.

Secara amnya, di bawah ini ada saya sediakan sedikit gambaran yang saya terfikir untuk perkongsian dengan mereka yang berkenaan.  Mungkin ada yang terkurang atau tersilap… yang mana saya sangat alu-alukan pendapat anda yang lain dalam memberikan input tambahan untuk mereka yang memerlukan maklumat ini.

Penerangan di atas adalah sekadar penerangan ringkas.  Sila ajukan sebarang pertanyaan lanjut untuk saya jelaskan dengan lebih terperinci mengenai gambarajah di atas.   Sebagai contoh, untuk kerjaya dalam dengan firma telekomunikasi, antara contoh jawatan yang boleh anda mohon adalah berkaitan pemilihan lokasi pemancar serta perunding untuk sewaan tapak.   Ini juga terpakai untuk sesetengah syarikat lain seperti peruncitan (spt. AEON), ‘Oil & Gas’ (spt. Shell) dan banyak lagi.

Semoga penerangan serba ringkas ini dapat memberi gambaran kasar tentang peluang kerjaya yang wujud untuk graduan bidang hartanah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


20 Comments

  1. gordon

    sy akan mlanjutkn plajaran dlm diploma bdang pgurusan hartanah. apakah prsediaan yang harus sy lakukan untuk menceburi bdang ini?

    ReplyReply
  2. Saya ingin bertanya, apakan perbezaan antara pengurusan aset, pengurusan harta dan pengurusan bangunan yang dimaksudkan?. Adakah pengurusan aset & pengurusan harta bermaksud pengurusan harta alih? manakala pengurusan bangunan pula adalah bermaksud pengurusan harta tak alih?.

    ReplyReply
  3. Salam Din,
    Pengurusan aset dalam bidang hartanah lebih merujuk kepada pengurusan beberapa asset hartanah sama ada dalam bentuk ‘paper asset’ atau ‘brick and mortar asset’. Antara contoh pengurusan asset adalah seperti pengurusan NPL asset di mana terdapat beberapa ratus atau ribu property yg diuruskan. Contoh lain adalah pengurusan REITs di mana lebih berkaitan kepada ‘paper asset’.
    Pengurusan bangunan pula lebih merujuk kepada pengurusan berkaitan operasi harian dan pennyelenggaraan seperti pengurusan bangunan koondominium atau pejabat di mana pengurus bangunan menguruskan perkara-perkara seperti penyelenggaraan kawasan am, lif, kolam renang, keselamatan dan sebagainya.
    Semoga sedikit penerangan di atas membantu.
    Sekian.

    ReplyReply
  4. sy ex-student matrikulasi.bidang sains. sy akn futher degree dlm bidang real estate management ni di UTHM. sy sendiri tak sangka dapat course tu. student sains mcm sy boleh survive tak untuk course ni? need your opinion
    *risau

    ReplyReply
  5. Salam uyul,
    Sebelum itu tahniah kerana mendapat tawaran utk melanjutkan pelajaran dalam bidang hartanah. Tiada masalah pelajar dari bidang sains melanjutkan pelajaranan dlm bidang estate management. Malah ia akan lebih membantu seseorang itu dalam subjek seperti penilaian, ekonomi tanah dan lain-lain.
    Sekian.

    ReplyReply
  6. noorfariha

    saya merupakan graduan ijazah dlm penilaian dan pengurusan harta tanah. peluang pekerjaan mmg ada di banyak. tapi tidak mudah untuk mendapatkannya.. puas mencari kerja dh ni..huhu…

    ReplyReply
  7. ahmad suhaimi ismail

    Saya mencadangkan “stakeholders” bidang ini iaitu “Board of Valuers” berusaha kearah membuka peluang pekerjaan graduan bidang ini di sektor awam terutama di pejabat-pejabat tanah negeri & persekutuan yang menguruskan hal-hal pentadbiran tanah (seperti land acquisition, urusan harta pesaka, pengurniaan dan pembangunan tanah dll). Sangat kurang graduan bidang ini diberi peluang mengisi jawatan seperti Pentadbir Tanah, Penolong Pentadbir Tanah, Pendaftar Hakmilik, dsbnya….saya yakin graduan “real estate” adalah lebih berkelayakan dan sesuai mengisi jawatan tersebut.

    ReplyReply
  8. graduan bidang hartanah ni boleh jadi peguam hartanah tak?

    ReplyReply
  9. Hai.sekiranya mereka yang mengambil diploma pentadbiran awam UITM.boleh tak ke aliran tersebut?

    ReplyReply
  10. sy nk mntk pndapat..di antara kos sarjana pengurusan aset dan fasiliti di utm atau di sarjanana pengurusan faciliti(sains) lebih bagus..dan ape beza di antara kedua-dua kos ini.sekian

    ReplyReply
  11. @hafiz: tak boleh. untuk jadi peguam perlu ambil jurusan tersebut.
    @Richel: Saya tak pasti. Mungkin boleh semak dgn pentadbiran Uitm.
    @reen: soalan tu agak subjektif. tetapi jika saya diberi pilihan tersebut dan bercadang untuk menjadikan pengurusan aset atau fasiliti sbg karier saya maka saya akan memilih kursus yg ditawarkan oleh UTM.

    ReplyReply
  12. Saya ambil dip.pengurusan harta tanah dari Universiti Teknologi Malaysia,dan kini sambung pengajian deg.engineering geomatic. Agak sukar ingin mendapat lesen penilaian,akan tetapi agak betul kata-kata admin dimana perlu ada pengalaman dalam bidang ini.Permulaan perlu persiapkan duit untuk mengambil peperiksaan. Satu kertas peperiksaan berharga rm 50. setelah mengambil kira 6 kertas peperiksaan hanya 3 saja yang lulus. Memang agak sukar mendapat kerja tetap dalam bidang ni, cuma jika menjadi ejen harta rumah banyak dan bersaing dengan orang yang tidak terlibat secara am dalam bidang pegajian lanjut di IPT. Hanya berpendidikan sekolah menengah saja. Apa-apa pun peluang kerjaya di dalam pejabat tanah adalah sangat kurang.

    ReplyReply
  13. umair

    saya pelajar tahun 1 diploma pengurusan hartanah UTM…sekiranya saya habis belajar setakat diploma..adakah prospek kerjaya dalam bidang ini amat tipis.. dan berikan salah satu contoh pekerjaan dalam bidang ini bagi graduan peringkat diploma…

    ReplyReply
  14. fatyihah

    salam..saya pelajar dr utm yang ambil course pengurusan hartanah tahun pertama..saya nak tanye apakah contoh organisasi yang menawarkan jawatan sebagai penilai,ejen harta tanah dan pengurus harta tanah??

    ReplyReply
  15. fatin raihanaz

    salam . saya ex pelajar atrikulasibidaang acconting dan ssya mendapat tawaran Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah di UTM . course ni lebih banyak menghafal ke mcm mane yea ? sy risau kalau ta dapaat score . sy student yg lebih pada mengira .

    ReplyReply
  16. fatin raihanaz

    alam . saya ex pelajar matrikulasi bidaang accounting dan saya mendapat tawaran Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah di UTM . course ni lebih banyak menghafal ke mcm mane yea ? sy risau kalau ta dapaat score . sy student yg lebih pada mengira .

    ReplyReply
  17. dear fatin ,

    akak pon lulusan dr uitm Estate MAnagement … actually bidang ni mix ant calculation dan hafalan… have fun :)

    ReplyReply
  18. Saya adalah Agen Hartanah Berdaftar dgn MBI Sdn Bhd. Sebuah sykt yang besar dan teguh dalam bidang hartanah, pembuatan, dan mcm2 lagi perniagaan.

    Yang menjadi masallah utama dalam Hartanah adalah sikap Peguam dan Bank Negara. Lebih 90% property di dalam malaysia di uruskan oleh peguam…. so bagaimana agen property? apa fungsi sebenar agen property?

    Omar
    MBI Realty Negotiator
    011-21930461

    ReplyReply
  19. As’kum … sekiranye saya mengambil kos pengurusan hartanah di peringkat diploma , adakah di peringkat ijazah saya boleh mengambil kos yang lain …

    ReplyReply
  20. Sekiranya saya seorang lepasan graduan dari fakulti lain, sekarang pengajian peringkat phd.. apakah route terbaik untuk saya sambung pengajian dalam bidang hartanah ini.. saya berhasrat untuk sambung pengajian secara part time atau pjj. Harap dapat maklum balas. Terima kasih.

    ReplyReply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>