Bajet 2013 dan Isu Perumahan

0
302

Selesai sudah pembentangan Bajet 2013. Boleh tahan juga insentif yang diberikan.. ada yang seperti dijangkakan dan ada juga tidak seperti yang diharapkan.. biasa la kann..  Seperti yang dijanjikan Tips Hartanah akan membuat sedikit laporan dan ulasan mengenai bajet tersebut yang berkaitan dengan isu-isu berkaitan perumahan dan hartanah.

Seperti yang sedia maklum isu perumahan telah menjadi topik utama sejak sebelum pembentangan bajet lagi.  Keluhan rakyat mengenai harga rumah yang meningkat tinggi serta tidak mampu untuk membeli rumah-rumah yang ditawarkan membuatkan kerajaan melihat isu tersebut sebagai sesuatu yang perlu ditangani.

Oleh itu beberapa insentif telah dicadangkan untuk menangani isu tersebut untuk tahun 2013 dalam Bajet 2013 yang dibentangkan semalam.

Berikut adalah antara apa yang dicadangkan bagi menangani isu berkaitan hartanah dan perumahan.

[box] 1. RM.9 Billion Bina Rumah Mampu Milik – Peruntukan yang diumumkan ini adalah untuk membina sejumlah 123,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

2. RM500 juta untuk Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – Peruntukan ini akan digunakan untuk membina sejumlah 50,000 rumah mampu milik di bawah PR1MA pada harga diantara RM100,000 – RM400,000 di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Seremban dan Kuantan.

3. Pengecualian Duti Setem 50% – Pengecualian duti setem yang diumumkan pada Bajet 2009 ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2014 tetapi had harga dinaikkan kepada RM400,000 berbanding RM350,000 sebelum ni.  Ini membolehkan lebih ramai pembeli menikmati pengecualian ini bermula pada tahun hadapan.

4. RM500 juta untuk Dana Pemudah Cara Perumahan – Dana ini bertujuan untuk membina 30,000 unit rumah melalui kerjasama dengan pemaju perumahan swasta.  Harga rumah di bawah program ini adalah 20% lebih rendah berbanding harga di pasaran dan proses pengagihan rumah akan dilaksanakan secara sistem pengundian terbuka.  Pada masa ini masih tidak jelas sama bagaimana perlaksanaan sebenar untuk program ini.

5. RM320 juta untuk Rumah Mampu Milik  – Peruntukan ini adalah melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membina sejumlah 22,855 unit kediaman termasuk apartment kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat dan rumah mampu milik.  Projek yang akan dilaksanakan dengan segera oleh SPNB adalah sejumlah 1,855 unit apartment kos sederhana di Shah Alam dan Sungai Buloh dengan keluasan 850kp berharga diantara RM120,000-RM220,000 seunit.

6. Kenaikan Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Untuk mengawal aktiviti spekulasi hartanah, kerajaan telah mencadangkan kenaikan kadar CKHT seperti berikut:-

  • Pelupusan dalam tempoh 2 tahun pertama15%  (kadar semasa 10%)
  • Pelupusan dalam tempoh 3-5 tahun10% (kadar semasa 5%)
  • Pelupusan selepas 5 tahunTiada cukai dikenakan
  • CKHT juga boleh dikecualikan untuk sekali seumur hidup dan pelupusan hartanah atas dasar kasih sayang antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, datuk atau nenek dan cucu.

7. Skim Rumah Pertamaku (SRP) Had pendapatan pemohon individu dinaikkan kepada RM5,000 (berbanding RM3,000 sekarang) dan RM10,000 (berbanding RM6,000 sekarang) bagi pinjaman bersama suami isteri.  Di samping itu, syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit serta tempoh minimum bekerja 6 bulan DIMANSUHKAN.  Bagi yang masih belum mengetahui, harga untuk SRP yang boleh dibeli adalah antara RM120,000 – RM400,000.

8. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) – SPNB akan membina sebanyak 21,000 unit rumah di bawah Program RMR1M untuk tahun 2013 pada harga RM65,000 seunit dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.

[/box]

Penambahbaikan pada had pendapatan kepada Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah antara sebagaimana yang diminta oleh kebanyakan rakyat disebabkan ramai yang berada di dalam kategori tersebut masih tidak dapat membeli rumah.  Syarat-syarat lain seperti keperluan deposit dan minimum tempoh bekerja yang dimansuhkan juga antara yang dialu-alukan oleh semua.  Walau bagaimanapun, perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah sejauh mana skim ini akan berjaya kerana akhirnya permohonan untuk kelulusan pinjaman ini adalah atas budi bicara dan syarat kelulusan pinjaman yang ditetapkan oleh bank.  Inilah antara sebab mengapa banyak permohonan SPR yang gagal dan dtolak oleh bank-bank yang mengambil bahagian.

Peruntukan Rumah Mesra Rakyat untuk 2013 juga dilihat supaya mampu memenuhi keperluan permohonan pada masa ini.  Dilaporkan banyak permohonan di bawah program ini yang tidak dapat dipenuhi dan mengambil masa yang panjang untuk diluluskan.

Antara yang saya kurang setuju adalah kenaikan minimal untuk kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dimana ianya hanya kenaikan pada kadar 5% berbanding kadar semasa dan jauh lebih rendah berbanding kadar yang saya jangkakan dan dicadangkan oleh Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) iaiatu masing-masing sehingga kadar 25% dan 30% untuk tahun pertama dan berkurangan kepada 5% untuk tempoh 5 tahun pertama tersebut.

Semoga kerajaan akan membuat perubahan kepada mana-mana yang perlu atas apa yang telah dicadangkan sebagaimana yang berlaku pada Bajet 2012 yang lepas.

Anda mempunyai sebarang cadangan atau komen tambahan? Sila berikannya di bawah.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here