Pendaftaran Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Dibuka

Permohonan untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telahpun dibuka sejak diumumkan beberapa bulan yang lepas.  Berbanding pendaftaran sebelum ini secara manual (PR1MA di Putrajaya) semua permohonan untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia akan dilakukan secara online untuk memudahkan pemohon mendaftar.  Selain itu pendaftaran akan menjadi lebih lancar dan telus di mana pemohon akan diberi nombor pendaftaran unik PR1MA untuk tujuan cabutan undi.

Proses pendaftaran juga adalah ringkas di mana pemohon hanya perlu mengikuti beberapa langkah berikut dalam proses pendaftaran secara online.

Klik Untuk Rajah Lebih Besar

Kelayakan dan Syarat:-

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Nota:

Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian yang terbuka. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. Pemilik mesti mendiami rumah PR1MA tersebut.

Lokasi Pembangunan PR1MA.
Pada masa ini lokasi yang telah dimaklumkan oleh PR1MA terletak di Pulau Pinang, Seremban Utara, Seremban 2, Rasah dan Senawang.  Lokasi lain akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Dokumen Yang Diperlukan. 
Maklumat dan dokumen yang diperlukan sebagai pemohon boleh dirujuk DI SINI.

Pendaftaran secara online boleh dilakukan di http://register.pr1ma.my/Account/Register

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>