MyHome Dilancarkan

0
333

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang diumumkan dalam Bajet 2014 yang lepas kini dilancarkan dan pemohon yang layak bolehlah mendaftar di laman web rasmi MyHome

MyHome

Skim Rumah Mampu Milik Swasta (MyHome) merupakan skim perumahan mampu milik kos rendah dan sederhana rendah yg dibangunkan oleh pemaju swasta dimana insentif sebanyak RM30,000 diberikan ke atas setiap unit rumah yang dibina yang mana sebanyak 10% adalah untuk menanggung kos deposit 10%.

Secara ringkasnya terdapat 2 kategori MyHome iaitu MyHome1 yang menyasarkan golongan berpendapatan isirumah diantara RM3,000 – RM4,000 manakala MyHome2 untuk mereka dengan pendapatan isi rumah RM4,001 – RM6,000.

Rumah di bawah kategori MyHome1 akan mempunyai saiz minimum 800kp dan harga dianggarkan sekitar RM80,000 hingga RM120,000 di Semenanjung Malaysia dan diantara RM90,000 hingga RM120,000 di Sabah dan Sarawak.

Bagi MyHome2 pula, harga adalah diantara RM120,001 hingga RM200,000 di Semenanjung dan RM120,001 hingga RM250,000 di Sabah dan Sarawak dengan keluasan minimum 850kp.  Pembangunan perumahan MyHome2 akan mempunnyai kawasan tempat letak kereta, dewan serbaguna, surau dan padang permainan.

Mereka yang berminat untuk memohon mestilah warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan merupakan PEMBELI PERTAMA.  Sekiranya anda layak dan berminat untuk memohon, sila layari http://myhome.kpkt.gov.my/myhome/

Bagi mereka yg memerlukan bantuan pendaftaran secara online, sila hubungi admin@tipshartanah.com untuk maklumat lanjut.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here