Bajet 2016 – Isu Perumahan

0
634

Bajet 2016 telah pun selesai dibentangkan.. Banyak pengumuman yang menarik untuk  sesetengah pihak dan antaranya adalah pengumuman kenaikan gaji minimum kerajaan dan swasta dan juga beberapa pengumuman berkaitan isu perumahan yang menjadi antara tumpuan utama kerajaan.  Topik utama berkaitan perumahan yang dinanti-nanti seperti Rumah Mampu Milik, PR1MA, Rumah Mesra Rakyat (RMR) juga antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Dalam isu perumahan, antara intipati pembentangan Bajet 2016 adalah:-

[box] Perumahan Rakyat[/box]

  • Pembinaan 175,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang akan dibina dan dijual pada harga 20 peratus (20%) di bawah harga pasaran dengan peruntukan RM1.6B.

  • Pembinaan 100,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) menjelang 2018 yang berharga diantara RM90,000 – RM300,000.

  • Pembinaan 5,000 unit rumah PR1MA dan PP1AM di lokasi berhampiran koridor dan stesen LRT dan monorel.  Antaranya di kawasan Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa.

  • Pembinaan sebanyak 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres Program Perumahan Rakyat (PPR), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan dilaksanakan dengan peruntukan RM863 juta.

  • Pembinaan sebanyak 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan subsidi sebanyak RM20,000.

  • Peruntukan RM60 juta untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli.

[box] Skim Pembiayaan[/box]

  • Penyediaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama KPKT kepada pembeli rumah pertama Rumah Mampu Milik (RMM) bagi tujuan bayaran deposit membabitkan RM200 juta.

[box] Perumahan Terbengkalai[/box]

  • Peruntukan RM40 juta melalui KPKT untuk pemulihan projek perumahan swasta yang terbengkalai dan pengecualian duti setem diberikan ke atas Surat Cara Pembiayaan Pinjaman (‘Loan Agreement’) kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.

[box] Perumahan FELDA, FELCRA & RISDA[/box]

  • Pembinaan 20,000 unit rumah kediaman untuk generasi kedua peneroka oleh FELDA.  Manakala pembinaan sebanyak 2,000 unit masing-masing oleh FELCRA dan RISDA.

  • Harga rumah oleh FELDA diturunkan kepada RM70,000 berbanding RM90,000.

[box] Perumahan Rakyat Oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Swasta[/box]

  • Pembinaan sebanyak 800 unit Rumah Mampu Milik (RMM) berhampiran stesen MRT kawasan pusat bandar KWASA Damansara milik  KWSP dan sebanyak 4,600 unit lagi dibiayai oleh Sime Darby Property.

[box] Lain-lain Isu Berkaitan Perumahan[/box]

  • Peruntukan RM150 juta untuk membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

  • Peruntukan sebanyak RM155 juta bagi penelenggaraan perumahan awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT untuk pembiayaan 100 peratus pembaikan lif, pagar tangga dan koridor serta pendawaian semula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here