KWSP Patuh Syariah

0
350

Mewujudkan Pilihan Simpanan Persaraan KWSP Patuh Syariah

EPFiNisbah aset pelaburan KWSP ketika ini adalah sebanyak 40 peratus bagi aset berlandaskan syariah dan baki 60 peratus ialah aset konvensional.

Berikutan permintaan yang tinggi daripada ahli KWSP terhadap simpanan persaraan patuh syariah sepenuhnya, KWSP bercadang untuk memberi pilihan kepada ahli untuk bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah yang mana simpanan ahli dilaburkan dalam dana patuh syariah sahaja.

Hasil daripada rundingan yang dijalankan secara online menunjukkan 71 peratus responden bersetuju dengan cadangan KWSP untuk memberi pilihan supaya ahli boleh memilih untuk menukar dana persaraan KWSP semasa kepada dana persaraan patuh Syariah.

Dividen KWSP Berasaskan Prestasi Pelaburan

KWSP mengesahkan bahawa kadar dividen untuk dana KWSP semasa akan terus berdasarkan prestasi pelaburan benar untuk mana-mana tahun tersebut dan tidak kurang daripada 2.5 peratus setahun. Tetapi dana patuh Syariah KWSP terkecuali. Ini kerana Prinsip Syariah menetapkan bahawa tiada jaminan pulangan minimum kerana memberi sebarang jaminan ke atas pulangan tetap adalah sama dengan amalan riba yang diharamkan. Oleh itu, dividen untuk dana Syariah akan berdasarkan prestasi sebenar pelaburan yang dibuat di bawah portfolio Syariah.

Sumber: KWSP

Dana patuh syariah KWSP 2017, ‘siapa cepat dia dapat’

Dijangka dilancarkan pada 1 Januari 2017, skim yang dikenali sebagai Simpanan Shariah itu akan dibuka pendaftaran untuk ahli KWSP mulai 8 Ogos depan dan terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan.

Peluang pendaftaran untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. Oleh itu, ahli perlu mengemukakan permohonan sebelum 23 Disember ini dan ia tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion.

Sumber : Bharian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here