Mengapa anda perlukan Ejen Hartanah?

0
2299

Sedang saya melayari Instagram baru-baru ni tiba2 keluar satu iklan promosi laman web berkaitan penjualan dan pembelian hartanah TANPA EJEN HARTANAH… katanya semua anda buat sendiri… jimat duit anda daripada membayar ejen dan juga hanya perlu duduk di rumah sahaja.  Mereka juga akan membantu anda menyediakan ‘listing’ rumah anda untuk dijual dengan bayaran beberapa ratus termasuk mengambil gambar dan video..  nampak macam menarik.. bunyi pun macam menarik. Tapi saya nak anda fikir dahulu sebelum pertimbangkannya.

Setiap orang pastinya sibuk dengan urusan masing-masing.. pelbagai soalan perlu anda jawab jika ingin menjual rumah..

Bayangkan situasi ini.. anda di pejabat, sibuk dengan tugas-tugas penting, terpaksa menghadiri meeting sepanjang hari tetapi telefon anda tidak henti-henti berbunyi (atau vibrate)….. sebabnya.. anda mengiklankan rumah anda untuk dijual di internet.  Ada masa anda terluang maka anda pun menjawab telefon tetapi disoal dengan pelbagai soalan tentang hartanah yang mana ada antaranya agak teknikal yang anda mungkin juga tidak dapat menjawabnya.  Jika perkara ini berlaku sekali sekala mungkin anda masih boleh bertahan tetapi jika kerap kali mungkin anda boleh tertekan..

Khidmat professional ejen hartanah
Kredit gambar: realtor.com

Peranan ejen hartanah.. bukan sekadar menjualkan atau mencarikan rumah..

Ejen hartanah sebenarnya berfungsi atau memainkan peranan ini dalam proses penjualan atau pembelian sesuatu hartanah.. Selain menjalankan perundingan untuk klien mereka (sama ada pembeli ATAU penjual), mereka juga seharusnya dapat menjawab persoalan yang diajukan dengan baik bagi pihak klien supaya objektif (menjual atau membeli) dapat dicapai.

Walaupun peranan dan tanggungjawab ejen hartanah secara langsung adalah menjualkan atau menguruskan pembelian hartanah namun kadangkala ianya melangkaui yang sepatutnya kerana sesetengah ejen yang bagus akan memberikan nilai tambah pada perkhidmatan mereka secara professional.  Secara amnya, antara peranan utama dan tanggunjawab seorang ejen hartanah ialah:-

Untuk Penjualan Hartanah

  1. Menasihatkan pemilik/penjual mengenai anggaran nilai pasaran hartanah berkenaan.  Di dalam sesetengah kes, terdapat ejen hartanah yang menguruskan terus urusan mendapatkan penilaian daripada penilai.
  2. Memberi nasihat berkaitan perkara yang boleh ditambahbaik untuk membantu meningkatkan harga jualan. Contohnya dengan mengecat baru, membaiki kerosakan, dsb.
  3. Memberi nasihat berkaitan perkara yang boleh mengurangkan harga atau menghilangkan minat prospek untuk membeli.  Contohnya wujud tanda kebocoran di siling, dinding retak, dsb (berkait dengan no 2).
  4. Memberi nasihat proses dan urusan berkaitan penjualan.  Bermula dari perlantikan sehingga kepada penjualan.  Contohnya, anggaran tempoh masa proses pengiklanan, penjualan, pindahmilik, dll.
  5. Bertindak sebagai perunding yang mengutamakan klien mereka (dalam kes penjualan klien adalah pemilik/penjual).
  6. Membantu memberikan penyelesaian atau menjawab persoalan berkaitan hartanah sama ada daripada pemilik sendiri, atau daripada bakal pembeli.  Jangan terkejut jika ada pemilik yang tidak tahu sama ada tanah mereka ‘freehold/leasehold’, saiz tanah, bumi-lot, dsbnya.
  7. ‘Mengambil alih’ peranan pemilik dalam menjawab pertanyaan berkaitan hartanah yang ingin dijual.. secara mudahnya.. kalau jual menggunakan khidmat ejen hartanah, bila orang tanya boleh terus refer ejen hartanah.
  8. Dan beberapa perkara khidmat lain diluar bidang seperti membantu membuat carian hakmilik, lantik peguam bagi pihak pemilik, dll (bergantung kepada ejen berkenaan).

Untuk Pembelian Hartanah

Kebiasaanya di Malaysia jarang individu melantik ejen hartanah untuk mencari hartanah untuk mereka dan membayar fee ejensi/perkhidmatan.  Kebiasaanya yang berlaku, bakal pembeli mencari ejen untuk mencari hartanah dan ejen hartanah perlu mendapatkan fee mereka daripada penjual.  Walau bagaimanapun, untuk ejen hartanah yang memberi perkhidmatan kepada pembeli, antara peranan yang diberikan adalah:-

  1. Memberi khidmat nasihat berkaitan anggaran harga pasaran hartanah berkenaan.
  2. Memberi khidmat nasihat hartanah serta kawasan sekitar yang mungkin penting untuk bakal pembeli seperti kedudukan terdekat pasaraya, sekolah dsb.
  3. Mendapatkan hartanah mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Contohnya, kawasan, bilangan bilik, saiz, dsb.
  4. Menerima bayaran deposit sebagai ‘stakeholder’ untuk berurusan dengan penjual atau ejen penjual.
  5. Membantu mendapatkan peguam.
  6. Dan lain-lain khidmat tambahan seperti membantu permohonan pinjaman bank, penilaian, dsb.

Apa yang dinyatakan di atas adalah antara peranan biasa yang dimainkan oleh ejen hartanah.  Anda boleh menyemak tahap professionalisme ejen hartanah/perunding hartanah dengan membuat perbandingan dengan apa yang dinyatakan di atas semasa ingin melantik ejen hartanah.   Jika anda fikir anda boleh mengambil alih peranan ini dan mempunyai masa yang fleksibel atau terluang untuk melayan bakal pembeli atau penjual, mungkin menjual sendiri sesuai untuk anda.  Jika tidak, saya syorkan pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat ejen hartanah yang mana fee mereka adalah hanya 3% daripada harga jualan/belian.   Harap maklum, ejen hartanah tidak boleh mewakili kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli serentak dalam urusan yang sama dan mengambil komisen daripada kedua-dua pihak.

Untuk pembelian hartanah seharusnya anda tidak perlu risau untuk menggunakan khidmat ejen hartanah kerana ianya 100% bukan dibayar oleh anda.  Ejen hartanah akan mendapatkan fi mereka daripada penjual jika penjual adalah klien mereka.  Malah kebiasaannya anda akan dibantu lagi oleh ejen untuk mendapatkan pinjaman bank serta peguam bagi tujuan pembelian tersebut.

Awasi ejen hartanah tidak beretika..

Namun begitu tidak dinafikan terdapat juga ejen hartanah / perunding yang tidak beretika di luar sana yang hanya mengejar komisen mereka sehingga mengabaikan professionalisme dan melanggar etika sepatutnya.  Sebagai contoh, semua bayaran tidak seharusnya dibayar kepada individu (ejen/perunding) tetapi mestilah kepada syarikat.  Selain itu terdapat juga ramai ejen hartanah tidak berdaftar yang sebenarnya memberi imej buruk kepada ejen dan perunding hartanah berdaftar yang sebenar.

Kesimpulannya.. pertimbangkan untuk melantik ejen hartanah melainkan anda mempunyai masa yang lapang..

Sebagai kesimpulannya, saya melihat penjualan hartanah sendiri boleh menjadi pilihan jika anda mempunyai ilmu dan masa, jika tidak.. cuba gunakan khidmat ejen hartanah yang mana ia mungkin dapat mengurangkan risiko kerugian anda dan juga menjimatkan lebih wang dan masa anda berbanding cuba untuk menjual sendiri.


Ingin menggunakan perkhidmatan kami untuk menjual hartanah anda?  [Klik Di Sini]

Perunding hartanah kami di Ziyad Property Consultants akan membantu anda menyemak anggaran harga pasaran terlebih dahulu secara percuma sebelum anda meneruskan niat untuk menjual.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here