Home Berita Konsep sewa beli rumah PPR tanpa deposit

Konsep sewa beli rumah PPR tanpa deposit

0
345

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengumumkan bahawa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem ‘sewa dan beli’ tanpa bayaran deposit.

Beliau berkata, langkah itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menangani isu kemiskinan bandar membabitkan masalah penempatan bagi meringankan beban rakyat.

Dalam usaha meringankan beban golongan miskin bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan diarah untuk turut memberikan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak-anak penghuni PPR.

Jumlah PPR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meliputi 33 kawasan selain Perumahan Awam (PA) DBKL yang dibina di 37 kawasan membabitkan jumlah penghuni seramai 180,000 orang.
Kerajaan perlu adil dalam menyelesaikan masalah berkenaan dan perlu segera mena­nganinya kerana mereka yang tinggal di bandar sudah sekian lama dihimpit kesusahan akibat kenaikan kos sara hidup.
Sumber – Utusan Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here