Mengenai TH

Tips Hartanah telah bermula hanya sebagai satu blog hartanah pada tahun 2006 dengan tujuan untuk berkongsi maklumat tentang hartanah.  Pada ketika itu, pengasas dan admin Tips Hartanah lebih memfokuskan kepada jual beli hartanah kerana aktiviti pada masa tersebut lebih tertumpu kepada bidang berkenaan sahaja.  Dengan pengalaman yang semakin luas dan keinginan untuk berkongsi maklumat hartanah di dalam Bahasa Malaysia, Tips Hartanah terus menjadi semakin aktif di mana semakin ramai yang bertanyakan panduan serta tip-tip untuk membeli dan menjual rumah.  Oleh itu untuk memudahkan pembaca mendapat maklumat dan ilmu dalam pembelian dan penjualan rumah, Tips Hartanah telah melancarkan ebook berkaitan yang sehingga kini masih terus terjual dan dikemaskini mengikut perubahan keperluan dan undang-undang masakini.

Pengasas Tips Hartanah, En. Mohd Khairul adalah Pelelong Berlesen, pemilik TH Auction & Management Services dan juga Pengarah sebuah syarikat pengurusan Asset Non-performing loan (NPL) multi-national.  Mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di dalam bidang hartanah termasuk Penilaian, Agensi (Jual/Beli), Lelongan Awam dan Pengurusan Aset Tidak Berbayar (NPL).

Pengalaman-pengalaman selama menjalankan tugas di dalam bidang hartanah telah membuatkan beliau terfikir untuk berkongsi dengan semua pembaca terutamanya mereka yang mencari sumber di dalam bahasa melayu kerana didapati banyak masalah yang dihadapi berkaitan hartanah sebenarnya boleh diatasi dengan mudah tetapi disebabkan kurangnya pengetahuan dan informasi yang boleh diperolehi, sesetengah pihak telah menjadi mangsa penipuan dan juga terpaksa melalui situasi-situasi yang sukar semasa berurusan perkara berkaitan hartanah.

Oleh itu diharapkan dengan adanya laman web ini, sedikit sebanyak masalah berkaitan hartanah dapat di atasi dan dibincangkan bersama. Bagi anda yang inginkan pertanyaan terus kepada beliau berkaitan hartanah, sila ‘Follow’ terlebih dahulu Facebook Tips Hartanah dengan KLIK DI SINI.  Memandangkan kadangkala terdapat banyak respons yang diterima, keutamaan respons akan diberikan kepada mereka yang ‘Like’ fan page Tips Hartanah.

Dengan berkembangnya Tips Hartanah mengikut peredaran dan permintaan semasa, Tips Hartanah kini diuruskan oleh TH Auction & Management Services yang mana selain memberikan update terkini di blog Tips Hartanah serta fan page Tips Hartanah, kami juga menawarkan segala khidmat pengurusan dan nasihat berkaitan hartanah pada caj yang amat berpatutan dan pasti menjimatkan lebih wang anda. Lihat Di Sini untuk perkhidmatan yang ditawarkan.

Kepada semua pembaca, diucapkan selamat membaca dan semoga anda memperoleh manfaat berguna daripada laman web Tipshartanah ini.