SHARE AND LIKE THIS POST

CHUKAI: Seorang bekas pegawai polis disyaki menipu hampir 200 mangsa, untuk menyertai pelaburan hartanah yang tidak wujud, menyebabkan kerugian lebih RM1 juta sejak awal 2015 hingga akhir tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata suspek berusia 31 itu sebelum ini pernah bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Kemaman.

Beliau berkata, kedudukannya sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor ketika itu, membuatkan mangsa terpedaya kononnya wang diserahkan, benar-benar dilaburkan dalam skim pelaburan permodalan hartanah, yang sebenarnya tidak wujud.

“Ramai dalam kalangan mangsa terdiri daripada anggota dan pegawai polis yang bertugas di seluruh negara, selain ahli perniagaan ternama. Lelaki ini mula melakukan penipuan sejak awal 2015 sehingga akhir tahun lalu.

 

“Suspek menjanjikan pulangan sehingga tiga kali ganda daripada pelaburan dalam tempoh satu hingga enam bulan. Contohnya, jika melabur RM1,000 dijanjikan pulangan RM4,000 membuatkan ramai mangsa terpedaya.

 

“Jawatannya sebagai pegawai di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial secara tidak langsung meyakinkan mangsa untuk melabur hartanah yang dikatakan di Kelantan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini, petang ini.

Beliau berkata, perbuatan lelaki itu bagaimanapun terbongkar apabila seorang daripada mangsa di Kemaman, membuat laporan polis pada Ogos 2016 apabila mengesyaki ditipu.

“Mangsa membuat laporan selepas diperdaya untuk menyerahkan RM140,000 kepada lelaki berkenaan. Walaupun setakat ini baru seorang yang tampil membuat laporan, kita percaya mangsa sebenar berjumlah hampir 200 orang,” katanya.

Tawaran Istimewa dari Lazada:

Leave a Reply