Lelongan pada 13 Mei…

Update Lelongan telah dihantar!  (Hanya untuk anda yang mendaftar di www.tipshartanah.com/auction sahaja). Terdapat beberapa hartanah di KL & Selangor yang menarik bermula dari harga rezab serendah RM4,700. Bagi anda yang masih belum mendaftar untuk update lelongan hartanah.. daftar sekarang di www.tipshartanah.com/auction Selamat Membida!

read more

Blog TipsHartanah Digodam..

Blog TipsHartanah Digodam..

Fuhhh… akhirnya selepas hampir seminggu blog TipsHartanah kena hacked, akhirnya saya berjaya juga mencari punca kegagalan ‘database connection error’ yang berlaku. Hackers telah mengubah configuration kepada file saya yang menyebabkan masalah tersebut dan kini setelah diperbaiki dapatlah anda semua membaca semula posting-posting di sini dan saya juga tidak perlu risau tentang beberapa posting baru yang saya tulis dan tidak sempat di back-up. Kesimpulannya, bagi anda yang belum melakukan security patch kepada blog anda,...

read more

April.. Bulan Lelongan Hartanah..

Nampaknye banyak betul hartanah-hartanah yang akan dilelong pada bulan ini!.. Ini merupakan peluang bagi anda yang sedang mencari rumah atau hartanah-hartanah lain untuk menjenguk-jenguk lelongan awam ini yang mungkin mempunyai hartanah yang anda cari selama ini ….tentunya pada harga yang menarik. Walau bagaimanapun, seperti diingatkan di dalam posting-posting saya terdahulu, tidak semua hartanah lelong adalah murah dan berbaloi untuk dibeli. Terdapat beberapa ciri yang perlu anda pastikan terlebih dahulu supaya anda tidak merasa...

read more

Untung RM15,000..

Waaa… tengok heading macam best je kan??.. Untung RM15,000.. kalau lah dapat selalu macam ni kan best!.  Actually this time bukan saya yang untung tapi client saya yang untung coz saya berjaya arrange untuk dia beli property below market price. Property tersebut adalah auction property dan saya telah menguruskan untuk lelongan tersebut pada harga yang beliau inginkan dan seterusnya beliau boleh membuat bidaan untuk harga tersebut. Sebenarnya banyak lagi peluang yang ada dan masih menantikan mereka yang berminat untuk membeli hartanah...

read more

CIMB & Maybank Turunkan Kadar Pinjaman Asas (BLR)

Berikutan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam, CIMB dan Maybank telah mengumumkan untuk menurunkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) mereka kepada 6.5% berbanding 6.75% sebelum ini dan berkuatkuasa pada 1 December 2008.  Ini adalah berlawanan dengan kebanyakan pendapat dan spekulasi ramai sebelum ini yang menjangkakan bahawa BLR akan dinaikkan. Bagi anda yang mempunyai pakej kadar pinjaman yang tinggi sebelum ini mungkin boleh mendapatkan nasihat daripada bank anda selepas 1 December ini untuk membincangkan pengstrukturan semula pinjaman...

read more

Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR)

Selepas beberapa bulan spekulasi mengenai penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh penganalisis-penganalisis ekonomi, Bank Negara Malaysia, pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari Isnin memutuskan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman kepada 3.25 peratus daripada 3.50 peratus. Menurut BNM keputusan menurunkan kadar OPR yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) itu adalah sebagai langkah awal untuk menyediakan persekitaran monetari yang menyokong pertumbuhan negara. Berikutan keputusan itu, kadar tertinggi...

read more
Page 1 of 612345...Last »