Landscape.. meningkatkan value hartanah anda!

0
568

Hari Sabtu yang lepas saya telah pergi ke Kota Damansara melalui Jalan Sungai Buloh dan mendapati banyak nursery-nursery yang menjual pokok-pokok hiasan dan barangan landscape terletak di tepi-tepi jalan. Tiba-tiba saya teringat kata-kata rakan saya, Nazif (seorang pemilik syarikat landscape) yang suatu ketika menyatakan bahawa landscape boleh meningkatkan value hartanah kita. Beliau menyatakan dengan kos landscape yang minimal, kita akan mampu meningkatkan value rumah dan menikmati faedah lain..

Mungkin ada diantara anda yang pernah mengalaminya tetapi bagi anda yang masih belum memandang positif terhadap landscape (seperti mengatakan ianya hanya pembaziran), biar saya berkongsi sedikit semoga ianya dapat memberikan gambaran yang lebih jelas dan membawa kebaikan untuk semua.

Bagi anda yang sukakan landscape sudah pastinya anda akan mengatakan sekurang-kurangnya landscape boleh menenangkan hati dengan melihat kehijauan taman dan bunyi air (jika ada kolam) dan saya fikir hanya sedikit yang tahu bahawa ia sebenarnya secara tidak langsung meningkatkan nilai rumah anda. Mungkin anda mengatakan sudah tentu nilai akan meningkat kerana kos telah dilaburkan… tetapi selain daripada itu terdapat beberapa faedah lain lagi yang anda akan nikmati apabila mewujudkan taman landscape di rumah anda.

Advertisement
Buit DUIT melalui BLOG. Ketahui Bagaimana anda boleh
menjana lebih daripada RM20,000 sebulan
Maklumat Lanjut..KLIK Di Sini
  Kita lihat dulu dari segi value terhadap hartanah anda. Sesetengah buku yang saya baca menyatakan landscape boleh meningkatkan value property anda sehingga 15%. Anda tidak perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk landscape tetapi sekadar kos diantara 5%-10% daripada value property anda. Pastikan anda membuat landscape yang memerlukan KOS MAINTENANCE yang rendah dan mudah dijaga. Sebagai contoh, jika hartanah anda bernilai RM300,000 maka anda bolehlah membelanjakan diantara RM15K – RM30K untuk landscape tersebut. Jika ianya dapat meningkatkan nilai rumah anda sehingga 15%, ini bermakna anda mungkin dapat menjualkannya pada harga setinggi RM345,000. Ini juga bermakna anda telah memperolehi keuntungan sebanyak RM15K-30K daripada kos yang telah anda belanjakan!Bagaimana dari sudut tempoh penjualan hartanah pula? Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Florida Growers and Landscape Association, USA property yang mempunyai landscape akan dapat dijual lebih cepat sehingga 6 minggu berbanding property yang tidak mempunyai landscape. Ini bermakna.. apabila anda membuat keputusan untuk menjual rumah anda, anda mungkin dapat menjualkan rumah anda lebih cepat berbanding jiran anda yang tidak mempunyai lansdscape!Selain daripada 2 faktor di atas, landscape juga membantu memberikan kehijauan kepada bumi kita. Dengan menanam lebih banyak pokok, kita akan lebih memperolehi lebih oksigen dan saya fikir ini mungkin juga salah satu faktor kenapa mereka yang duduk di kawasan kampung yang penuh dengan kehijauan pokok-pokok kelihatan lebih sihat dan tenang berbanding mereka yang tinggal di hutan batu…Oleh itu saya harap dengan mengetahui serba sedikit mengenai kebaikan dan faedah landscape (bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada jiran) kita akan dapat memberikan lebih kehijauan kepada bumi kita disamping meningkatkan nilai terhadap rumah kita.Jika anda tinggal di sekitar Lembah Klang dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai landscape dan ingin mendapatkan nasihat mengenainya, sila hubungi saya melalui email atau respons kepada posting ini.Selamat menghijaukan bumi! Advertisement
USD6,665.57 (RM20K) sebulan melalui BLOG.
Maklumat Lanjut..KLIK Di Sini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here