Pemerhatian Pasaran Hartanah (PPH)..

0
290

Ini mungkin sesuatu yang anda nantikan… pemerhatian pasaran hartanah. Sesuatu yang saya fikir amat berguna untuk setiap orang untuk mengetahui keadaan semasa pasaran hartanah di tempat anda atau tempat yang lain yang ingin anda ketahui.

Apakah kepentingannya? Apakah faedahnya?

Mengetahui keadaan semasa pasaran hartanah adalah penting dan amat berguna kepada setiap orang untuk mengelakkan daripada membuat pembelian atau pelaburan hartanah yang merugikan. Sekiranya anda ingin membeli hartanah di sesuatu kawasan, adalah sebaiknya anda ‘menyiasat’ terlebih dahulu maklumat-maklumat berkaitan hartanah di kawasan hartanah berkenaan. Perkara-perkara yang perlu anda ‘siasat’ ini ada saya nyatakan di dalam Ebook ‘Panduan Membeli Rumah’ saya di TipsHartanah.com.

Ok.. kembali kepada topik ini. Sebenarnya apa yang ingin saya sampaikan di sini? Saya sebenarnya ingin menyatakan kepada semua pelawat blog ini, bahawa bermula pada bulan Disember, saya akan melancarkan Pemerhatian Pasaran Hartanah (PPH) di kawasan Lembah Klang (KL dan sebahagian Selangor) pada setiap bulan. Ini bermaksud saya akan membuat ‘posting’ di blog ini mengenai keadaan pasaran di sesuatu kawasan (Bandar Baru/Taman/Kg dsb) dengan memberikan pendapat saya berdasarkan maklumat lain yang saya perolehi dan juga berdasarkan keadaan semasa di kawasan tersebut. Ini termasuklah penempatan-penempatan (perumahan/komersil/industri) yang berada di kawasan berkenaan atau sekitarnya, anggaran harga jualan/permintaan hartanah, pembangunan semasa dan akan datang dan juga isu-isu semasa berkaitan hartanah di kawasan berkenaan.

Bagaimana saya akan memilih kawasan berkenaan?

Memandangkan PPH merupakan sesuatu yang baru di TipsHartanah, maka sebagai permulaan saya akan membuat penentuan sendiri mengenai kawasan yang akan saya lakukan PPH. Walau bagaimanapun, saya akan cuba membuat PPH ini mengikut kehendak majoriti di TipsHartanah di mana saya akan membenarkan kepada anda memberikan pendapat anda mengenai kawasan yang anda ingin ketahui mengenai PPH. Jika sesuatu kawasan itu mempunyai permintaan majoriti maka ianya akan saya pertimbangkan untuk dipilih sebagai PPH untuk bulan akan datang dan seterusnya. Sekiranya sesuatu permintaan majoriti yang terpilih adalah umum, contohnya kawasan Keramat, maka saya sendiri akan membuat penentuan mengenai kawasan Keramat manakah yang akan dibuat PPH kerana Keramat mempunyai pelbagai kawasan seperti Taman Keramat, Keramat Permai, Lembah Keramat (AU1 -5) dan sebagainya.

Sekali lagi saya nyatakan.. sebagai mencapai objektif memberikan maklumat terbaik mengenai pasaran hartanah di dalam Bahasa Melayu, maka PPH ini akan dilakukan sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu.

Harap anda semua dapat memberikan komen anda sebelum PPH ini bermula. Sekian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here