Proses Pembelian Hartanah Dipercepatkan

2
395

Satu lagi berita baik untuk rakyat Malaysia!

Kerajaan akan mengambil langkah proaktif yang selama ini dinanti-nanti oleh semua iaitu untuk mempercepatkan lagi proses transaksi pembelian sesuatu hartanah – yang pada masa ini biasanya mengambil masa 6 bulan dan kadangkala sehingga setahun!

Ya, sememangnya di Malaysia proses pembelian/transaksi sesuatu hartanah mengambil masa yang agak panjang berbanding kebanyakan negara-negara lain. Perkara ini sememangnya telah lama diperkatakan dan dibincangkan, dan jika Malaysia mahukan lebih ramai pelabur-pelabur dari luar proses transaksi hartanah ini seharusnya disingkatkan, jika boleh kurang dari 2 minggu (realistik). Ini juga bagi menunjukkan Malaysia sudah bersedia untuk menjadi negara maju serta kerajaan amat peka terhadap proses kelulusan dan segala proses berkaitan transaksi hartanah. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Hong Kong proses ini sememannya dilakukan dengan efficien dan SINGKAT di mana untuk transaksi mudah seperti apartment atau rumah, ianya hanya mengambil masa sesingkat 1 hari – tak dapat saya bayangkan bagaiamana sistem mereka yang amat efisien tersebut.

Mungkin buat permulaan ini kita tidak mengharapkan proses transaksi ini tidak secepat itu kerana ianya melibatkan pelbagai agensi dan jabatan serta pangkalan data yang besar dan efisien, tetapi jika ianya boleh disingkatkan dari 3/ 6 bulan (pada masa ini) kepada 2 minggu,saya fikir ianya sudah memadai dan akan memuaskan hati ramai pembeli, penjual, pelabur dan sebagainya.

Buat masa ini kerajaan sedang menilai dan mahu mencapai sasaran untuk memendekkan tempohmasa kepada 8 hari – untuk duti setem dan pinjaman bank,serta 14 hari untuk memproses permohona tukarsyarat serta permberianmilik hartanah. Ini adalah 2 – 3 kali lebih singkat berbanding sekarang.

Semoga berita ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada kita semua terutamanya yang ingin membeli rumah. Bagi anda yang belum membeli rumah, sekadar pengetahuan untuk anda proses biasa untuk pembelian adalah seperti berikut:
Permohonan pra-kelulusan pinjaman : ~1 minggu
Permohonan KWSP : 1 minggu – 1 bulan
Proses kelulusan pinjaman dan pembayaran oleh bank : 1 minggu – 3 bulan (bergantung kepada kelulusan pindahmilik)
Proses pindahmilik (freehold) tetapi masih dicagarkan : 2 bulan – 6 bulan
Proses pindahmilik (leasehold), masih dicagarkan : 6 bulan hingga 1 tahun (mungkin lebih)
Proses pindahmilik (freehold), tidak dicagarkan lagi : kurang dari 3 bulan
Proses pindahmilik (leasehold), tidak dicagarkan lagi : 3 bulan hingga 1 tahun

Maklumat di atas adalah sekadar petunjuk mengikut kadar kebiasaan dan pengalaman pada masa ini. Anda tidak seharusnya mengambil tempoh di atas sebagai tempoh muktamad kerana ia mungkin lebih singkat atau lebih lewat dari yang dinyatakan.

Anda mempunyai pengalaman membeli/menjual rumah? Kongsikan pengalaman anda di sini mengenai tempohmasa untuk transaksi tersebut selesai…

2 COMMENTS

  1. Hm… sekadar berkongsi pengalaman lagi…Okay berdasarkan pengalaman..
    selain dari masalah yang tuan nyatakan seperti di atas terdapat masalah lain seperti :-
    a) Komitmen pembeli sendiri
    – pembeli mengharapkan semuanya pada ejen/bank.. Dokumen2 tidak lengkap…
    – Pembeli tidak membayar yuran guaman/ejen…. biasalah kalau takde bayaran sapa nak keje kan..
    – Pembeli tak datang t/tangani…
    Kes nie pun banyak berlaku…. Pembeli tidak t/tangan SnP, loan documetn..camne peguam nak penuhkan Borang Pindahmilik… ada tu setahun baru nak sign SnP…
    Loan document penting sebab kalau ikut SnP sebenarnyua SnP tu valid utk 3 bln je tapi bergantung atas pertimbangan bank…Ada tu pembeli dah 2 tahun baru nak pegi buat loan…
    Ada byk lagi dalam tajuk komitmen pembeli nie..
    b ) Polisi Bank
    – Polisi bank nie juga boleh menyebabkan masalah kelewatan proses pembelian. Sebagai contoh terdapat polisi bank yang bertukar ketika proses pembelian dijalankan..
    iii) Peguam..
    – Masalah peguam nie banyak.. Saya rasa kalau nak ceritakan mungkin tak cukup ruang.. Satu Ebook pun boleh buat hehe he..
    iv) Pemaju..
    Pun ada masalah sebab borang pindahmilik perlu mendapatkan t/tangan tuan tanah so pemaju kena percepatkan utk proses itu..
    v) Lain2…
    tak larat saya nak tuliskan kat sini kalau pasal sebab2 kelewatan proses nie…
    Mungkin nanti tuan boleh buatkan Ebook nie untuk saya…
    He he he…

    ————————————
    Blog bolasepak yang diupdate setiap minggu
    ligakampung.blogspot.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here