Assalamualaikum dan Apa Khabar semua,
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan mengapa ada Forum dan Blog di Tipshartanah sedangkan kedua-duanya hampir sama. Ada pembaca yang bertanyakan kepada saya mana yang lebih sesuai untuk beliau bertanyakan soalan berkaitan hartanah dan membincangkan sesuatu permasalahan mengenai hartanah..
Dari statistik Tipshartanah juga saya sebenarnya mendapati bahawa lebih ramai yang ‘sampai’ ke Tipshartanah.com adalah di Blog ini (www.tipshartanah.com/blog) berbanding di Forum Tipshartanah (www.tipshartanah.com/publicforum). Tujuan saya mewujudkan kedua-duanya adalah sebenarnya mempunyai dua matlamat yang berbeza.
Blog telah diwujudkan lebih awal berbanding FORUM PUBLIC (tetapi kemudian daripada Forum Member) kerana saya ingin membincangkan mengenai isu-isu hartanah bersama pembaca semua. Tetapi ini kemudiannya saya mendapati di Blog ini kecenderungan untuk berkomunikasi dengan banyak pihak adalah amat terbatas. Oleh itu saya mewujudkan Forum Public (untuk non-member) yang mana bagi membolehkan lebih ramai pengunjung untuk berbincang mengenai hartanah dalam pelbagai topik. Ini adalah berbeza dengan blog di mana apabila terdapat sesuatu keperluan untuk saya bincangkan dan huraikan dengan lebih panjang dan mendalam maka saya akan memilih di sini untuk menyampaikannya. Blog ini saya gunakan lebih seperti menulis artikel yang saya harap pengunjung akan dapat memperolehi maklumat lebih jelas dalam perkara yang saya bincangkan berbeza dengan Forum di mana anda bebas bertanya, menjawab, memberi respons dan pelbagai lagi mengenai sebarang topik yang anda inginkan..
Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak memjemput dengan segala hormatnya anda semua untuk menyertai FORUM TIPSHARTANAH untuk lebih memeriahkannnya dan supaya lebih banyak idea yang akan dapat kita bincangkan di sana. Berdasarkan permasalahan yang wujud serta idea-idea yang wujud di Forum juga akan saya gunakan untuk membincangkan dengan lebih lanjut jika diperlukan di ruangan Blog ini. Idea-idea dan pendapat anda sangat saya nantikan dan hargai kerana kadangkala otak saya ni agak beku untuk membincangkan mengenai sesuatu isu hartanah, melainkan anda dapat membantu mencetuskan sesuatu isu/permasalahan.. Jika terdapat banyak isu atau pertanyaan mengenai topik yang sama maka saya akan cuba menyatakan penyelesainnya di sini dan semoga semua dapat manfaat daripadanya..
Semoga anda sekarang mendapat jawapan mengapa terdapat Forum dan Blog di Tipshartanah ini..
Bagi anda yang belum mendaftar di Forum Tipshartanah, saya alu-alukan anda berbuat demikian di www.tipshartanah.com/publicforum
Jumpa di sana…..

