Pasaran Hartanah semakin baik?

0
322

Baru-baru ini REHDA (Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia) telah menjalankan satu soalselidik terhadap ahli-ahlinya (Pemaju-pemaju perumahan) untuk melihat kesan daripada beberapa perubahan terhadap polisi yang dilakukan baru-baru ini.

Berdasarkan kajiselidik tersebut yang dilakukan dari 21 April sehingga 8 May lepas melibatkan 153 Ahli REHDA telah mendapati bahawa lebih daripada satu perlima responden (22%) menyatakan Jualan mereka telah meningkat manakala 18% pula menyatakan bahawa mereka telah dapat menukarkan prospek mereka kepada pembeli kesan daripada perubahan polisi seperti pasaran saham yang meningkat dan menggalakkan, pengecualian CKHT dan memudahkan kerenah birokrasi terhadap pembeli-pembeli asing.

Responden juga telah menyatakan bahawa pertanyaan atau respons daripada warga tempatan dan asing juga telah meningkat pada kadar purata 35% dan 10% masing-masing manakala belian juga meningkat untuk kedua-duanya pada kadar 32% dan 8% masing-masing.

Ini merupakan satu petunjuk yang jelas mengenai peningkatan dalam pasaran hartanah walaupun terdapat kesan sebaliknya dikenalpasti. Antaranya berpendapat bahawa perubahan pada undang-undang yang tidak konsisten juga boleh memberikan kesan terhadap keyakinan pelabur asing pada pasaran hartanah negara. Selain itu kesan kenaikan kos bahan pembinaan seperti simen dan keluli juga dilihat akan mengurangkan keuntungan pemaju dan seterusnya akan menyebabkan harga hartanah semakin mahal untuk mengatasinya.

Kesan pengecualian CKHT ini juga dilihat akan memberikan kesan terhadap harga projek-projek hartanah baru. Ini kerana pemaju biasanya dilihat memajukan pembangunan mereka dengan pembangunan berfasa dengan harga hartanah untuk fasa awal adalah rendah dan seterusnya menaikkannya kepada harga yang lebih tinggi untuk fasa berikutnya apabila mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini dilihat akan terjejas dengan pengecualian CKHT kerana pembeli awal akan dapat menawarkan semula hartanah mereka kepada pembeli pada harga yang lebih rendah atau menyaingi harga pemaju untuk fasa baru kerana mereka tidak lagi tertakluk kepada CKHT.

Walau bagaimanapun, ini dilihat lebih kepada perspektif hartanah dan pembangunan baru. Bagi pasaran hartanah keseluruhannya terutamanya hartanah ‘secondary-market’ ianya tidak dapat dilihat dan dipastikan lagi pada masa ini kesan perubahan polisi tersebut bagi pasaran hartanah jenis ini. Walaupun sekarang ini terdapat banyak khabar-khabar angin yang menyatakan mengenai kegawatan dan pilihanraya akan datang… pada masa ini saya masih lagi merasakan bahawa pasaran hartanah masih lagi baik dan meningkat dan pembeli masih membeli dengan rasa yakin.

Anda mempunyai pendapat sendiri mengenai pasaran hartanah di Malaysia pada masa sekarang? Kongsikanlah di sini bersama pembaca-pembaca Tipshartanah….

Xpaid.Net Jana pendapatan tambahan dengan mudah !!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here