Apa khabar semua?… Akhirnya dapat juga saya mencuri sedikit masa untuk menulis di Blog ini setelah lebih sebulan tidak berkesempatan melakukannya.
Sememangnya saya merasakan masa berlalu dengan amat pantas.. terlalu banyak yang perlu saya settlekan dan lakukan sejak dua bulan lepas sehingga tidak mempunyai banyak masa yang terluang untuk TipsHartanah, terutamanya menulis di Blog ini. Memandangkan baru-baru ini saya telah menyambung pelajaran saya ke peringkat Masters, maka hujung minggu saya tidak lagi free seperti masa-masa yang lalu dan tiada lagi appointment dari 9 pagi – 6 petang.
Jadual kerja saya juga semakin padat setiap hari dengan appointment-appointment klien untuk melihat bangunan-bangunan komersil di Damansara Heights, Sunway serta rumah-rumah di sekitar Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, sejak pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) baru-baru ini saya dapat merasakan bahawa semakin ramai pelabur-pelabur asing datang ke Malaysia untuk membuat pembelian sebagai pelaburan terutamanya hartanah-hartanah bernilai jutaan ringgit seperti kondominium di sekitar KLCC. Sepertimana yang pernah saya nyatakan di dalam posting sebelum ini mengenai pengecualian CKHT, ianya sememangnya akan menggalakkan semula industri hartanah Malaysia terutamanya hartanah ‘high-end’ tetapi di dalam masa yang sama kita akan menyaksikan lebih banyak hartanah Malaysia di beli oleh pelabur asing. Baik atau tidak, kedua-duanya pasti ada. Ini kerana Malaysia masih memerlukan pelabur-pelabur asing terutamanya daripada Singapura, Korea dan Asia Barat (Pak Arab yang kaya raya) untuk melabur di sini kerana hartanah seperti kondominium di sekitar KLCC tidak banyak yang mampu dibeli oleh rakyat Malaysia kerana harganya melebihi RM1,000 sekaki.
Anda rasa RM1,000 sudah mahal? Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini saya telah membawa klien saya daripada Dubai untuk melabur di Malaysia dengan membeli kondominium di sekitar KLCC. Beliau telah bercadang untuk membeli beberapa unit dan bermula dengan membeli satu unit kondominium di Idaman Residence, Jalan P. Ramlee pada harga RM1,000 sekaki persegi. Seterusnya saya telah membawanya ke beberapa projek lain seperti Avenue K Residence, The Avare, Marc Residence, Park Seven, The Meritz dan beberapa yang lain. Dan harga bagi kondominium di sini untuk pengetahuan anda adalah sehingga RM2,000 sekaki bagi Kondominium ‘One KL’ yang terletak berhadapan dengan Mandarin Oriental Hotel. Apa yang istimewa tentang One KL adalah setiap tingkat mempunyai kolam renang tersendiri dan inilah yang menjadikan One KL sememangnya unik dan berbeza dengan kondominium yang lain. Bagi projek lain pula purata harga jualan/permintaan adalah The Avare (~RM1,500skp), Avenue K Residence (~RM1,600skp), The Troika (~RM1,600skp).
Walau bagaimanapun, One KL mempunyai persaingan tersendiri daripada dua lagi kondominium iaitu The Binjai Residence dan akan datang Four Seasons – satu projek pembangunan kondominium terhebat yang dijangka dilancarkan pada harga disekitar RM2,000 hingga RM3,000 sekaki persegi. Four Seasons sememangnya terkenal di seluruh dunia sebagai antara hotel terkemuka dan dengan pembinaannya di KL sebagai hotel dan kondominium mewah pastinya tidak pelik jika sudah banyak nama yang menunggu untuk membelinnya walaupun belum dilancarkan.
Bagaimana? Bersedia untuk melabur di dalam hartanah kondominium di sekitar KLCC? Jika anda mempunyai modal atau anda mengetahui sesiapa yang sememangnya mempunyai banyak wang untuk dilaburkan… inilah salah satu tempatnya… Anda mungkin mampu memperolehi pulangan melebihi RM1,000,000 dengan pembelian satu unit kondominium sebaik sahaja ia siap dan menjualkannya semula.. tetapi tidaklah semudah yang disangka kerana sedikit research dan pertimbangan perlu dilakukan sebelum anda melabur jutaan ringgit..
Ingin maklumat lanjut mengenai kondominium di sekitar KLCC? Hubungi saya di talian 017-2984217 atau email terus kepada saya.
Sekian..