Selamat Tahun Baru 2008!

0
278

Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua pembaca Tips Hartanah!

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan pada tahun-tahun yang lalu dan semoga tahun 2008 akan memberikan lebih banyak kebaikan dan perubahan positif kepada kita semua.

Tahun 2007 telah menyaksikan banyak perubahan yang berlaku terhadap sektor hartanah di Malaysia. Pelbagai perubahan telah diperkenalkan, beberapa undang-undang dan akta telah digubal untuk kebaikan rakyat dan pelbagai jenis projek telah dimajukan.

Tahun 2008 kita mengharapkan lebih banyak perkara positif terus diperkenalkan terutamanya dalam bidang hartanah ini dan memberikan kebaikan kepada rakyat secara umumnya.  Dengan pelbagai agenda dijangka berlaku pada tahun ini, perkara yang penting untuk kita semua lakukan adalah merancang kewangan dengan sebaiknya.  Pilihanraya dijangka tidak lama lagi.. beberapa harga barangan keperluan juga dijangka meningkat termasuklah petrol… dan kemungkinan besar Kadar Pinjaman Asas (KPA), ataupun dkenali sebagai BLR juga dijangka meningkat pada tahun ini.  Oleh itu buatlah keputusan mengenai kewangan sewajarnya terutamanya yang melibatkan jumlah yang besar seperti membeli hartanah. Bagi anda yang kali pertama ingin membeli rumah pada tahun 2008 ini, pastikan anda tidak terlalu ghairah membuat keputusan… selidik latar belakang pemaju, pastikan semua perkara berkaitan tidak bermasalah dan yang penting, pastikan juga anda memilih pembiayaan pembelian rumah anda dengan betul.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, adalah sebaiknya anda mempertimbangkan pembiayaan yang menawarkan kadar tetap sebagai pilihan anda kerana ianya dapat memberi peluang kepada anda merancang kewangan anda.

Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada mereka yang arif atau mempunyai pengalaman sebelum membuat keputusan.

Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 dan kepada pembaca Muslim saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here