Hartanah Lelong.. Adakah ia menguntungkan?

4
590

Advertisement
Bukan Main-main! Memang Mudah. Semua Complete!
Ketahui Bagaimana jana RM20,000 sebulan dari BLOG.
Dapatkan Sekarang!
“Beli atau tak beli? Murah memang murah, tetapi adakah berbaloi?”Mungkin ini antara persoalan yang bermain di fikiran anda yang mungkin ingin membeli rumah atau hartanah lain di lelongan awam. Daripada flyers atau iklan di suratkhabar sememangnya nampak murah, tetapi betulkah ianya benar-benar murah atau itu sememangnya harga hartanah berkenaan?Hartanah lelong di Malaysia juga sememangnya sinonim dengan masalahnya tersendiri seperti rumah terbiar, masalah outstanding maintenance, quit rent, rumah kotor dan rosak dan pelbagai lagi yang perlu dipertimbangkan. Tetapi tahukah anda terdapat banyak juga hartanah yang sememangnya berada di lokasi yang bagus dan mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi daripada harga rezab yang ditetapkan? Inilah sebenarnya di mana bagi anda yang mahukan pulangan melalui pelaburan hartanah harus pertimbangkan… lebih-lebih lagi dengan pengecualian CKHT anda mungkin berpeluang memperolehi pulangan yang lebih tinggi jika mengetahui caranya.  

auction-hammer.jpg

Bagi anda yang sedang mencari-cari rumah yang murah untuk dimiliki dan didiami, hartanah lelong juga merupakan suatu opsyen yang boleh dipertimbangkan. Mungkin masalah yang saya nyatakan di atas yang berkaitan dengan hartanah lelong membimbangkan anda tetapi jika anda boleh memperolehi lebih kebaikan dan keuntungan serta dapat memiliki rumah sendiri, mengapa tidak? Daripada terus menyewa dan membayar sewa bulanan, lebih baik anda membayar untuk rumah sendiri.

Oleh itu, sememangnya tidak dinafikan walaupun hartanah lelong mempunyai kekurangan tersendiri, ia juga mempunyai kelebihan tertentu terutamanya kepada individu tertentu yang mahukan hartanah lebih murah daripada harga pasaran.

Tetapi membeli hartanah melalui lelongan awam juga memerlukan sedikit perhatian dan pengetahuan. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada membeli hartanah yang tidak sepatutnya, membuat bidaan pada masa yang tidak sepatutnya dan juga terperangkap dengan sindiket yang membuat keuntungan semasa proses bidaan. Anda juga harus tahu mengapa tidak disyorkan membuat bidaan pada lelongan pertama sesuatu lelongan hartanah kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Sememangnya banyak yang boleh dibincangkan mengenai pembelian hartanah melalui Lelongan Awam. Oleh itu, di atas permintaan ramai Tips Hartanah akan menerbitkan ebook terbaru yang akan berada di pasaran sebelum Oktober 2008 – “Panduan Pembelian Hartanah Lelong Yang Menguntungkan” .

Ebook ini akan menjelaskan lebih lanjut mengapa anda patut atau tidak membeli hartanah di lelongan awam, bagaimana membuat bidaan, prosedur yang harus dilalui, persediaan anda, semakan awal dan pelbagai lagi termasuklah untuk anda yang merancang membuat keuntungan melalui hartanah lelong.

Oleh itu untuk memastikan anda tidak ketinggalan untuk menerima maklumat lanjut mengenai ebook berkenaan, pastikan anda Subscribe kepada Blog TipsHartanah sekarang.

 

 

Advertisement
Buit DUIT melalui BLOG. Ketahui Bagaimana anda boleh
menjana lebih daripada RM20,000 sebulan
Maklumat Lanjut..KLIK Di Sini
  

4 COMMENTS

  1. A’kum

    saya bercadang membeli sebuah rumah lelong. adakah saya perlu membayar tunggakan cukai tanah, cukai harta, bil elektrik dan air? ada orang mengatakan saya harus bayar semuanya tetapi ada pegawai bank mengatakan ada undang2 baru yang membolehkan saya tidak perlu membayar apa2 melainkan harga rumah tersebut.

    harap TH dapat beri penjelasan. terima kasih

  2. Tunggakan biasanya mestilah diselesaikan oleh pembeli dalam membeli rumah lelong. Walau bagaimanapun sesetengah tunggakan seperti cukai tanah boleh diperolehi semula tetapi mengambil masa yang agak lama dan perlu melalui permohonan pembayaran semula yang leceh dan remeh.
    Tidak pasti tentang undang2 baru tersebut, barangkali anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut apa undang2 apa yang dimaksudkan oleh pegawai bank tersebut..

  3. sdr rio said;
    kebiasaannya utk proses membeli rumah yang dilelong di bank, sdr kena juga meneliti T&C proclamation of sales & juga contract of sales yang perlu ditandatangani. kebiasaanya akan ada klausa yang menyatakan bahawa bank akan membayar semua tunggakan quit rent, assessment, etc up to the date of the sale. segala bayaran yang dikenakan selepas tarikh contract of sales ditandatangani, tanggungjwb membayar shifted to successful bidder. juga amat penting utk diperhatikan tarikh ‘completion date’ sesetengahnya terdapat 90 hari, sesetengahnya terdapat 120 hari… dan dlm kebanyakan keadaan, bank tidak akan memberikan extension of time kepada successful bidder jika bidder gagal utk membuat full settlement dalam tempoh tersebut. kes menjadi semakin parah sekiranya setelah tempoh tersebut registered owner menuntut utk menebus hartanah tersebut… maka successful bidder akan kehilangan 10% deposit…

  4. Saya setuju dengan apa yang dikatakan ina di atas. Walau bagaimanapun, bagi extension period, kebanyakan bank akan mempertimbangkan tempoh tersebut jika ianya bukan disebabkan oleh kesilapan anda atau berada diluar kawalan anda seperti kelulusan pemaju, pejabat tanah dan sebagainya.
    Jika ianya disebabkan kesilapan anda seperti masalah pinjaman yang lewat, anda mungkin diberikan extension tetapi pada kadar faedah tertentu seperti 10% setahun. Sebaiknya anda semak dengan bank yang menjual hartanah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here