Advertisement
The Crazy Google Nemesis that they’ve kept it secret for so long..
Get the SECRET on How To Generate $1,456/day from Clickbank!
Setelah pelbagai kenaikan harga pada bulan Jun lepas, bulan Julai akan terus menyaksikan pelbagai lagi kenaikan harga dan yang menjadi tumpuan utama adalah KENAIKAN KADAR PINJAMAN ASAS (BLR) yang dijangka oleh penganalisis pada 25 Julai ini.
Berapa kadar kenaikan tersebut? Penganalisis menjangkakan bahawa kadar BLR akan sebanyak 50 point kadar asas ataupun sebanyak 0.5%, yang mana berkemungkinan dilakukan diantara tempoh tarikh tersebut sehingga akhir tahun ini. Oleh itu berdasarkan kadar BLR semasa pada 6.75%, boleh dijangkakan bahawa sebelum akhir tahun ini BLR akan mencapai kadar 7.25%. Bagi anda yang mengambil pakej BLR + 1%, maka anda seharusnya bersedia dengan pembayaran pada kadar 8.25% – huhhhh…. nasib baik saya mengambil islamic banking pada kadar tetap!
Kadar kenaikan BLR ini sememangnya dijangkakan dan pasti akan berlaku berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan kenaikan BLR di negara jiran seperti Indonesia yang telah menaikkan kepada 8.25% untuk mengatasi masalah inflasi pada kadar 11% – 12.5% dijangka akhir tahun ini.
Di Malaysia, keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu dan berdasarkan kenaikan barangan asas pada bulan Jun, kadar inflasi adalah melebihi 6%. Itu adalah pada bulan Jun dan jika berlaku lagi kenaikan tarif elektrik, ianya mungkin akan mencapai 7% pada bulan Julai!
Dalam sektor pembinaan juga telah menyaksikan kenaikan harga mendadak pada bahan binaan. Sebagai contoh, harga rod keluli telah meningkat kepada RM4,100 per tonne daripada RM3,500 per tonne pada bulan Jun. Sekampit simen juga telah meningkat kepada RM13.45 berbanding RM10.95 pada bulan Jun. Ini menunjukkan tanda-tanda bahawa kenaikan harga rumah juga akan berlaku dan ianya mungkin sukar dihalang – suatu alasan untuk membeli rumah sekarang tetapi jangan terburu-buru!
Walau apapun, bijaklah berbelanja. Membeli rumah mungkin menjadi pelaburan terbesar dan terbaik dalam hidup anda tetapi ia juga boleh menjadi satu penyesalan terbesar dalam hidup anda. Ketahui perkara-perkara yang anda harus tahu sebelum membuat keputusan membeli rumah… dan satu pilihan yang anda boleh lakukan adalah dengan mendapatkan maklumat tersebut di sini.. 🙂
Advertisement
The Crazy Google Nemesis that they’ve kept it secret for so long..
Get the SECRET on How To Generate $1,456/day from Clickbank!

