BLR tidak naik..

1
323

Posting ini sememangnya lewat dari yang sepatutnya dan saya pasti ramai di antara anda sudahpun mengetahui bahawa Bank Negara masih lagi mengekalkan Overnight Policy Rate (OPR) pada kadar 3.5% sebagai langkah mengimbangi kadar inflasi yang tinggi.

 Walau bagaimanapun OPR ini dijangka akan tetap dinaikkan dalam meeting yang akan datang dan jangkaan kenaikan sebelum akhir tahun akan tetap berlaku.  Kesan OPR rendah yang tidak dinaikkan juga telah menyebabkan berlaku ke atas ringgit di mana ianya semakin rendah berbanding Dollar Amerika – baik dari satu segi tetapi mempunyai kesan sebaliknya terhadap perkara lain.

Bagi anda yang mengambil pinnjaman berdasarkan BLR, ini mungkin suatu berita yang baik dan masih boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi memikirkan tentang kenaikan bayaranbalik tambahan bulanan untuk pinjaman anda.

Walau bagaimanapun dengan kadar inflasi melebihi 7% dan OPR yang memang dijangkakan meningkat menjelang akhir tahun, ia sememangnya suatu perkara yang harus diberi perhatian oleh semua dalam membuat perancangan kewangan anda.

1 COMMENT

  1. kalau kita membuat pinjaman ASB di Maybank, adakah ini satu bentuk pelaburan yang masih dapat memberi keuntungan kepada pelabur ASB?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here