Pemilikan Hartanah Bumiputera

1
419

Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) telah menyatakan di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 yang lepas bahawa mereka akan terus mendesak kerajaan untuk memastikan peningkatan dalam pemilikan hartanah oleh bumiputera di setiap negeri.  Dengan resolusi yang telah dicapai selepas 2-hari pameran tersebut, diharapkan ianya tidak terus berkubur begitu sahaja dan semoga pihak kerajaan dan pihak-pihak lain juga tampil untuk merealisasikan resolusi tersebut.  Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tambi Chik juga telah menyatakan bahawa Gabem akan terus memastikan resolusi tersebut akan dilaksanakan walaupun terdapat percanggahan ideologi politik dalam kerajaan negeri yang ada sekarang.

Antara kandungan resolusi tersebut adalah untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera daripada 12% kepada 25% dalam masa 2 tahun; meningkatkan sistem perlaksanaan dan pembangunan yang membolehkan lebih ramai Bumiputera terlibat dalam pasaran hartanah; dan memberikan keutamaan kepada syarikat pembinaan atau kontraktor bumiputera.  Menarik?  Bagi saya, memang menarik untuk resolusi satu dan dua – di mana SEMUA bumiputera boleh terlibat tidak kira siapa mereka, tetapi yang ketiga tu saya fikir masih lagi di tahap lama dimana memberikan keutamaan kepada kontraktor buniputera. Bukannya saya tidak menyokong, sememangnya bagus ada diantara mereka yang masih membela kontraktor bumiputera kita tetapi apa yang saya fikirkan adalah kualiti sebilangan kontraktor bumiputera tersebut yang hanya ‘makan atas angin’ ataupun sebagai “Ali Baba” dan tiada makna pun jika resolusi yang dibuat hanya menguntungkan pihak lain, tetapi apabila projek yang dilaksanakan terbengkalai, runtuh, bocor, tidak berkualiti dan pelbagai lagi berlaku… orang hanya akan nampak kontraktor BUMIPUTERA… jadi ini sudah tentunya akan merosakkan nama-nama kontraktor bumi lain yang bagus.

Apa yang saya nampak di sini walaupun memang baik resolusi tersebut, ianya perlu dipantau untuk perkara-perkara seperti itu tidak berlaku.  Kepada kontraktor bumi, anda juga memainkan peranan dan bertanggungjawab terhadap apa yang telah diberikan kepada anda dan jangan kerana ‘Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga’.  Saya menyokong penuh resolusi Gabem dalam meningkatkan pemilikan hartanah oleh bumiputera dan saya juga tidak mahu lagi melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang berlaku di negeri-negeri lain di mana pemilikan hartanah bumiputera hanya 2% (di pulau) dan keseluruhannya di negeri tersebut, pemilikan oleh Cina (72%) dan India (5.4%).  Bagi saya ini adalah tanggungjawab semua.

Sebagai permulaan, bagi anda yang ingin mendapatkan hartanah pada harga berpatutan, nantikan Lelongan Awam yang akan diadakan pada  6 September 2008.  Terdapat 2 lelongan yang menarik iaitu satu oleh RHB di KL dan satu lagi di Pulau Pinang (semasa pameran hartanah anjuran The Star) yang mempunyai harga rezab yang amat rendah.  Nantikan maklumat lanjut dalam posting akan datang.

1 COMMENT

  1. salam..
    saya pelajar jurusan real estate management yg sedang membuat tesis. ianya adalah berkaitan masalah pemilikan perumahan bumiputera. boleh pihak tuan bg pendapat serba sedikit mengenainya. ini kerana, sumber bahan bacaan seperti buku dan jurnal mengenai perumahan bumiputera adalah terhad untuk saya rujuk. diharap komen dari pihak tuan dapat membantu.terima kasih..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here