Nampaknya terlalu banyak yang saya perlu kejarkan sehingga tidak sempat untuk menghantar posting di sini dan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua. Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan terus memberikan keberkatan kepada kita semua dan janganlah membazir di bulan yang mulia ini.
Saya hanya ingin mengingatkan kepada anda yang mahu membeli hartanah pada harga yang rendah supaya tidak lupa untuk hadir ke 2 acara lelongan awam hartanah di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang. Di Kuala Lumpur, anda boleh membida untuk hartanah yang diakan dilelong bagi pihak RHB bank di mana terdapat 600 hartanah yang antaranya sangat menarik dan berbaloi untuk dibeli. Ianya akan diadakan di PWTC bermula pada pukul 10.30 pagi.
Bagi anda yang berada di kawasan utara, jangan lepaskan peluang menghadiri The Star Property Fair bermula hari ini sehingga hari Ahad, 7 September yang mana mempunyai pelbagai events menarik termasuk seminar, pameran jualan rumah, hiasan dalaman dan juga lelongan awam. Seminar ini akan disampaikan oleh ramai speaker terkenal termasuklah Milan Doshi, pakar pelaburan hartanah. Lelongan awam akan diadakan pada hari Sabtu, pada pukul 1petang dan pendaftaran bermula pada 12 tengah hari.
Memandangkan saya tidak membida untuk sebarang property di KL, saya akan pergi ke Pulau Pinang untuk mengikuti beberapa seminar dan ceramah yang pastinya menarik. Bagi anda yang berada di sana, marilah beramai-ramai ke Penang International Sports Arena (PISA), untuk menimba ilmu!
Selain itu.. saya akan menyentuh beberapa perkara menarik mengenai Bajet 2009 yang baru dibentangkan pada Jumaat lepas dalam beberapa hari akan datang. Terdapat beberapa isu menarik yang ingin saya sentuh termasuk potongan 50% duti setem bagi Perjanjian Pinjaman sebagaimana yang telah diberikan pada Perjanjian Jual Beli pada tahun lepas. Nantikannya…
Sekian.