Sindiket di Lelongan Awam

1
354

Memang menarik untuk mengetahui tentang sindiket di Lelongan awam hartanah terutamanya kepada anda yang masih tidak mengetahui mengenainya dan juga untuk anda yang merancang untuk membida kali pertama.

Sindiket ini merupakan individu atau kumpulan yang mengambil keuntungan mudah daripada setiap lelongan hartanah yang melibatkan hartanah yang mudah dijual dan dilelong pada harga yang biasanya lebih rendah dari harga pasaran.  Dalam lelongan-lelongan lepas yang saya hadiri, mereka ini dalam pemerhatian saya merupakan  suatu kumpulan yang sangat terancang strategi mereka.  Bayangkan dalam satu lelongan hartanah mereka melibatkan sehingga 30 pembida diantara mereka untuk memanipulasi harga jualan hartanah tersebut.  Mereka juga membida sehingga 20 orang untuk satu hartanah tetapi akhirnya seorang sahaja yang membuat bidaan.

Sindiket ini biasanya beroperasi dalam dua cara iaitu sama ada menawarkan orang duit untuk menarik diri dari membida atau menawarkan untuk menarik diri jika terdapat pembida serius sanggup untuk membayar mereka.  Bagi mereka yang baru dalam lelongan awam ini, jangan cuba-cuba untuk berurusan dengan orang seperti ini dan elakkan daripada membuat sebarang perhubungan atau percakapan dengan orang yang anda tidak kenali sebelum dan semasa lelongan tentang hartanah yang ingin anda bida.

Tidak dinafikan juga ada diantara mereka yang juga membuat duit dengan menjadi pembida seperti ini – menerima tawaran sindiket ini untuk menarik diri dengan tidak membuat bidaan dan menerima wang dari mereka.  Tetapi ini merupakan suatu perkara yang akhirnya mungkin memberi kesan kepada anda jika anda tidak berpengalaman cukup dalam lelongan awam ini.

Perkara ini sememangnya amat menarik sekali dan merupakan antara topik yang akan saya sentuh dalam ebook akan datang TipsHartanah mengenai lelongan awam…  Nantikannya!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here