Ooopss… kepada pemilik rumah di Bukit Antarabangsa (BA) janganlah marah kerana bukan saya yang mengatakan demikian tetapi sekadar quote apa yang dikatakan oleh seorang Agen Hartanah di dalam NST semalam yang mengatakan harga rumah di BA mungkin tiada nilai atau jika jatuh kepada RM10K sekalipun mungkin masih tiada pembeli kerana pada masa ini orang lebih mengutamakan keselamatan nyawa daripada harta…
Kenyataan tersebut telah membawa rasa tidak puas hati dikalangan penduduk dan pemilik BA kerana mereka mengatakan dalam menghadapi saat sukar sekarang sepatutnya orang lain tidak menambahkan lagi masalah dan keperitan mereka… kenyataan tersebut tidak patut dikeluarkan.
Saya sebenarnya bersimpati dengan nasib mereka yang terlibat… memang tidak dinafikan nilai hartanah di kawasan tersebut akan terjejas teruk… tetapi bila dilihat semula apa yang berlaku sebelum ini di mana selepas kejadian Highland Towers runtuh, masih terdapat juga projek yang dibangunkan dan dijual pada harga melebihi RM300K… dan masih ada pembeli. Adakah manusia lupa atau sememangnya BA mempunyai tarikan tersendiri?
Secara peribadi, jika dilihat dari segi lokasi, saya sendiri amat menyukainya dan juga suasana hijau di kawasan tersebut.. tetapi apabila memikirkan apa yang berlaku mungkin beberapa perkara lain perlu dipetimbangkan semula.. Kalaupun saya ingin membeli di kawasan tersebut.. mungkin pada harga yang saya fikir amat berbaloi dan juga tidak terletak di atas bukit/lereng bukit/di bawah bukit..
Pada masa ini masih terdapat beberapa lokasi di BA yang saya fikir masih selamat untuk didiami kerana tidak terletak di cerun bukit ataupun berhampiran dengan cerun berbahaya.. dan jika anda bercadang untuk membeli di lokasi menarik berhampiran KL, mungkin anda boleh fikirkan kawasan ini dengan syarat harganya amat berbaloi dan terletak di kawasan yang benar-benar jauh dari risiko tanah runtuh.