Property Review: Sri Angsana Hilir Condo

0
1304

Apa khabar semua pembaca Tips Hartanah?

Posting kali ini merupakan suatu review ke atas hartanah lelong yang bakal dilelong pada 16/9 nanti memandangkan saya menerima banyak pertanyaan dan soalan mengenainya.  Daripada 8 property yang bakal dilelong tersebut, terdapat 4 property yang boleh saya katakan berbaloi untuk anda beli tetapi untuk property review kali ini, saya memilih hartanah kedua iaitu sebuah unit kondominium, Sri Angsana Hilir Condominium di Taman Angsana Hilir Condo.

Tidak dinafikan banyak berita-berita yang boleh dikatakan negatif tersebar dan diketahui umum mengenai kondo ini tetapi tidak ramai yang mengetahui keadaan sebenar kondo ini sekarang setelah ianya diuruskan sendiri oleh Badan Pengurusannya sendiri yang mana boleh dikatakan banyak perubahan positif berbanding 3-4 tahun dahulu.

Dari segi lokasi, saya memberikan 3.5/5 kepada property ini kerana walaupun ianya boleh dikatakan terletak di kawasan yang agak kurang prime tetapi jaraknya dari KL city centre dan juga kemudahan-kemudahan lain yang terdapat berhampirannya amat bermanfaat kepada penduduknya seperti berhampiran Tesco dan juga bank-bank yang terletak di Desa Pandan (hanya 2-3 minit perjalanan dengan kereta).  Dari segi kawasan persekitaran/kejiranan, saya memberikan 2.5/5 kerana faktor laluan keluar masuk yang agak kurang terurus dan kawasan perumahan di sekitarnya.  Kawasan ini juga dikatakan mempunyai kadar jenayah yang agak tinggi tetapi property jenis ini mungkin lebih selamat berbanding landed property seperti rumah teres.  Walau bagaimanapun, saya mendapati tindakan proaktif Persatuan Penduduk Taman Angsana Hilir dengan meletakkan pintu penghadang dan juga pengawal keselamatan di kawasan berkenaan mampu menangani masalah ini.

//


Dari segi keadaan property, saya memberikan 2.5/5.  Bagi yang sedia maklum Angsana Hilir kondo adalah terdiri daripada 4 blok kondo tetapi hanya 3 sahaja yang siap dibina. Daripada 3 blok tersebut, hanya 2 blok iaitu A & B sahaja yang diurus dengan baik dan mempunyai kadar penghunian tinggi.  Blok C didapati mempunyai masalah dari segi pengurusan yang mungkin berpunca daripada isu CF dan juga pemaju terdahulu yang mana telahpun bankrap.  Oleh itu, jika anda merancang untuk membeli di sini, pastikan ianya adalah sama ada blok A atau B sahaja.

Dari segi nilai dan harga semasa pula boleh dikatakan Sri Angsana Hilir Condo kini mengalami kenaikan semula harga yang baik (hanya blok A & B) selepas mengalami kemorosotan nilai yang teruk beberapa tahun dahulu – kemungkinan selepas ianya diurus sendiri oleh Badan Pengurusan kondo berkenaan.  Harga nilaian semasa untuk unit bersaiz 1,042sf adalah dalam lingkungan RM120K tetapi secara peribadi saya tidak akan membayar setinggi itu untuk kondo ini.  Walau bagaimanapun, jika berdasarkan sewaan semasa, property ini mempunyai pasaran yang baik dimana harga sewaan adalah dari RM800-900 dan ini memberikan ‘gross yield’ anda di sekitar 8-9% jika anda dapat membelinya kurang daripada RM120K – agak baik untuk property seperti ini.  Oleh itu saya memberikan property ini rating 4/5 kerana potensi yang ada dan juga pasaran sewaan semasa yang baik.

Secara kesimpulannya, saya mengesyorkan property ini untuk mereka yang bercadang untuk melabur bagi jangka masa sederhana dan memperolehi cash flow yang positif.  Jika anda membelinya melalui Lelongan, pastikan ianya dibeli di bawah nilai pasaran dan hanya unit di Blok A dan B. Saya mengesyorkan anda untuk tidak membida melebihi RM100K untuk unit ini tetapi semuanya terpulang kepada anda dalam membuat keputusan anda sendiri kerana ia adalah pelaburan anda.

Tips Hartanah Rating:  3/5

[googleMap name=”Sri Angsana Hilir Condo” description=”Sri Angsana Hilir Condo” width=”500″ height=”350″]Sri Angsana Hilir Condo[/googleMap]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here