[Review Tips Hartanah] Skim Rumah Pertamaku (SRP)

0
471

Sejak pengumuman SRP dibuat oleh kerajaan pada minggu lepas, begitu banyak sekali pertanyaan, komen dan luahan peribadi yang saya terima daripada pembaca Tips Hartanah mengenainya.  Banyak sekali yang tidak berpuashati dengan syarat-syarat yang sedia ada yang dikenakan untuk memohon dan antara yang paling menjadi perhatian adalah had gaji hanya dihadkan kepada RM3,000 dan supaya had harga rumah dari RM100,000 hingga RM220,000 dinaikkan.  Selain itu ada juga yang menyatakan mereka tidak berpuashati kerana tidak layak disebabkan mereka berkerja sendiri sedangkan pendapatan mereka kurang dari RM3,000 sebulan.

Bagi anda yang masih belum membaca lebih lanjut mengenai syarat-syarat dan penerangan lain mengenai Skim Rumah Pertamaku (SRP) bolehlah membacanya dahulu di http://www.srp.com.my/

Berdasarkan komen-komen yang saya terima tersebut, berikut adalah apa yang boleh saya ulaskan selepas melihat dari pelbagai sudut:-

  • Pendapatan maksima – saya mengesyorkan ianya dinaikkan kepada RM4,000 untuk pemohon yang berada di Lembah Klang (Kuala Lumpur & sebahagian Selangor) serta Pulau Pinang memandangkan kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar ini.  Pendapatan RM3,000 pada masa sekarang hanya sekadar cukup untuk keperluan asas dan masih lagi berat untuk membuat bayaran ansuran rumah.  Dengan kenaikan ini, lebih ramai yang boleh memohon kerana didapati mereka yang berpendapatan sehingga RM4,000 juga masih mengalami masalah untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi serta komitmen lain.
  • Had harga rumah – Harga yang ditetapkan pada masa ini pada RM100K-RM220K mungkin perlu dikaji semula kepada RM100K – RM300,000.  Ini mungkin juga boleh dihadkan kepada kawasan bandar seperti yang dinyatakan di atas kerana didapati rumah apartment di Kuala Lumpur pada masa ini sudahpun berharga di sekitar RM200K+.    Walau bagaimanapun, dalam meluluskan permohonan pembelian melebihi RM220K, bank/pembiaya perlulah melihat terlebih dahulu komitmen pembeli sebelum memberikan kelulusan untuk mengelakkan masalah untuk membuat pembayaran pada masa hadapan.  Harus diingat, lebih tinggi harga yang anda beli maka lebih tinggi komitmen bulanan anda dan ini akan menganggu perbelanjaan anda yang lain termasuklah saraan bulanan biasa dan boleh membebankan.  Dengan memohon SRP, anda terpaksa menanggung pinjaman sekurang-kurangnya 10% yang lebih tinggi berbanding peminjam lain.  Ini akan menyebabkan pemabayaran bulanan anda turut meningkat dan boleh memberi kesan kepada kewangan anda.  Tambahan 10% yang dijamin Cagamas bukanlah percuma tetapi masih perlu dibayar dengan kadar faedah sama dengan pinjaman 90% anda.

Walaupun saya dapati ciri-ciri sedia ada SRP ini adalah rasional tetapi ianya perlukan sedikit ‘adjustment’ untuk kawasan/golongan tertentu dan tidak boleh digunapakai sama rata untuk setiap kawasan kerana kos sara hidup yang berbeza dan harga rumah yang turut jauh berbeza untuk kawasan bandar besar dan kawasan lain.

*saya terpaksa mengolah posting ini sehingga 3 kali untuk cuba ‘memihak’ kepada bakal pembeli pertama tetapi setelah melihat dari pelbagai aspek saya akhirnya mendapati secara amnya syarat yang dikenakan adalah rasional cuma memerlukan sedikit perubahan seperti yang saya nyatakan di atas.

Bagi anda yang masih mendapati ianya masih perlu diperbaiki, sila berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah untuk perbincangan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here