Tiiba-tiba rasa nak tulis satu artikel pasal tanah ‘TOL’ atau dalam englishnya dipanggil ‘Temporary Occupancy License’.. dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Tanah “Lesen Pendudukan Sementara” (TPS) atau juga dikenali sebagai “Lesen Menduduki Sementara” (LMS) – saje saya letak dua2 term supaya senang nak search lebih banyak info pasal tanah ni.
Sebenarnya sembang2 pasal tanah TOL ni dengan seorang sahabat… katanya ada orang urusniagakan tanah TOL dan ada jugak lawyer yang turut membuat perjanjian untuk jual beli tanah TOL tersebut… sebelum ni pun saya ada dengar kes-kes orang nak jual tanah TOL ni.. ada yang sampai bapak dia punya tanah TOL pun dia nak jualkan..
Jadi apa sebenarnya isu tanah TOL ni? isu yg nak saya kongsikan di sini adalah tiada sebenarnya istilah “Tanah TOL” yang ada hanyalah TOL ataupun “Lesen Pendudukan Sementara” atas tanah tersebut… untuk lebih mudah difahami.. orang yang ada lesen TOL ni TIADA HAK pun untuk menjual, memajak, menyewa dan memindahmilik termasuklah mewasiatkan ke atas tanah tersebut kepada orang lain… lesen tersebut hanya sah untuk mereka yang diberi hak sementara sahaja.. Hak SEMENTARA di sini yang bermaksud tamat pada 31 Disember tahun kalendar berkenaan..
Oleh itu… kalau dah namanya LESEN… tanah tersebut dengan jelasnya bukanlah milik mereka yang memiliki lesen TOL tersebut.. dan TIADA JAMINAN tanah tersebut juga akan diberikan kepada pemegang TOL walaupun mereka telah lama menduduki tanah tersebut. Yang menjadi masalah dan isu sekarang ni ada sesetengah pemegang TOL ini ingin menjual kononnya “tanah mereka” kepada orang lain dengan ‘membuat cerita’ atau andaian bahawa geran hakmilik akan dikeluarkan ke atas tanah tersebut dan ingin menjualnya pada harga yang rendah.. tapi sebenarnya tak rendah pun.. ada yang menawarkan harga puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Satu sahaja nasihat saya… jangan mudah tertipu dengan penjualan Tanah TOL a.k.a Tanah yang hanya ada ‘Lesen Pendudukan Sementara’ kerana pemilik sebenar masih lagi kerajaan negeri sebagaimana termaktub di dalam Kanun Tanah Negara… dan bukannya pemegang lesen berkenaan.
Semoga sedikit coretan ini membantu. Sekian.