Mungkin agak lari topik sedikit bila Tips Hartanah ingin mengulas mengenai perkara ini tetapi sebenarnya pengangkutan dan infrastruktur jalanraya memberikan kesan langsung dan tidak langusung kepada sektor hartanah terutamanya kediaman.
Sebagai contoh, beberapa lokasi kediaman menunjukkan peningkatan harga yang signifikan selepas siapnya sambungan rangkaian LRT dan ada pula pemaju yang menjual pangsapuri dengan harga yang lebih tinggi dengan alasan berhampiran stesen LRT. Oleh itu, apa kata kita lihat apakah yang telah diumumkan semalam di bawah Bajet 2016 berkaitan Isu Pengangkutan.
[box] Pengangkutan Awam [/box]
-
Projek LRT sambungan Ampang dengan jarak 18.1km – dijangka akan siap pada Mac 2016 manakala projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights sejauh 17.4km dijangka akan siap pada pertengahan 2016.
-
Projek MRT jajaran Sungai Buloh – Semantan dijangka akan mula digunakan pada Disember 2016 manakala fasa 2 Semantan – Kajang dijangka siap pada pertengahan 2017.
-
Memulakan pembinaan MRT 2 dari Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dengan jarak 52km. Kerja pembinaan dijangka bermula suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022.
-
Projek LRT 3 dari Bandar Utama, Damansara – Johan Setia, Kelang dengan jarak 36 km. Akan mula dibina pada 2016 dan dijangka siap pada 2020.
-
‘High Speed Rail’ KL – Singapura. Masih dalam rundingan dengan kerajaan Singapura.
[box] Pembinaan Lebuhraya [/box]
-
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak meliputi jajaran 1,90km dijangka siap sepenuhnya pada 2021 manakala jajaran Sabah pula, fasa 1 pembinaan akan bermula pada 2016 meliputi jarak 706km bermula dari Sindumin ke Tawau. Lebuhraya ini akan bebas daripada sebarang bayaran tol
-
Antara projek lebuhraya yang sedang dan bakal dilaksanakan adalah Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang, Lebuhraya Pulau Indah, Selangor; Lebuhraya Central Spine Road di Pantai Timur; Lebuhraya Persisiran Pantai Masjid Tanah-Klebang, Melaka.