Home Berita PHB optimis hartanah tempatan

PHB optimis hartanah tempatan

0
361
Kamalul Arifin Othman (tengah) bersama Ikon Amanah Hartanah Bumiputera, Noor Neelofa Mohd. Noor bergambar bersama sebahagian pelajar ketika Kempen Menabung Sambl Melabur di Nu Sentral, Kuala Lumpur, semalam. utusan/Roy Azis Abd Aziz

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Pe­laburan Hartanah Berhad (PHB) tidak mempunyai perancangan untuk membuat pelaburan hartanah di luar negara buat masa ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, pihaknya optimis terhadap kemampuan sektor hartanah dalam negara yang mampu memberi pulangan se­timpal terhadap pelaburan yang dibuat.

Kata beliau, terdapat banyak peluang pelaburan baharu setiap tahun dan dengan jumlah yang ada sudah mencukupi tanpa perlu melihat kepada prospek hartanah luar negara.

 “Tidak semestinya pelaburan di luar negara memberi pulang­an yang baik. Dengan kerancak­an pembangunan hartanah di Malaysia, kami yakin pelaburan yang dibuat mampu memberi pulangan kepada pelabur.

“Tahun lalu PHB telah mengambil alih enam aset dan akan berterusan menilai peluang-peluang baharu pelaburan. Berapa banyak akan ditambah bergantung kepada pasaran dan prospek yang baik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PHB, Mohd. Fadzil Maruwan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Maybank Malaysia, Badrul Hisyam Abu Bakar.

Tambah Kamalul, PHB juga akan menambah unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) tahun ini memandangkan sambut­an menggalakkan daripada orang ramai.

Malah katanya, penurunan kadar pelaburan minimum daripada RM500 kepada RM100 akan memberi kelebihan dan tindakan itu bukan disebabkan penurunan nilai hartanah pada masa kini.

“Semasa awal pelancaran dahulu nilainya adalah sangat tinggi. Kami merasakan perlunya harga yang rendah bagi membolehkan orang ramai turut sama melabur,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here