Pemaju Sabah memberi tumpuan kepada harta kediaman

0
304

KOTA KINABALU: Pemaju di Sabah dijangka memberi tumpuan kepada pembinaan harta kediaman dalam tempoh beberapa tahun akan datang, berikutan kemerosotan dalam ruang komersial, menurut persatuan hartanah.

Menurut Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Pembina Harta Tanah Sabah, Chew Sang Hai, Lebihan harta komersil, terutamanya di Kota Kinabalu, disebabkan oleh harga hartanah yang tinggi dan syarat permohonan pinjaman yang ketat yang dikenakan oleh bank.

“Ini adalah masalah sementara yang kita harap akan dapat diatasi,” Tambahnya lagi.

“Mulai sekarang hingga 2018, hanya ada satu atau dua projek hartanah komersil yang akan dilancarkan. Tidak ada lagi pembangunan untuk jenis harta ini pada tahun-tahun akan datang.

“Pemaju sekarang perlu menumpukan perhatian kepada harta tanah yang mampu dimiliki, mungkin kediaman, yang berharga RM400,000 dan ke bawah. Manakala, kediaman mewah akan dikurangkan.”

Mengikut beberapa laporan, ibu kota Sabah sudah mempunyai kira-kira 6.2 juta kaki persegi ruang runcit dengan 1.1 juta kaki persegi lagi yang akan disediakan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Keadaan ini mencetuskan keraguan  sama ada  penyewa yang mencukupi boleh didapati bagi memenuhi unit runcit tersebut atau sebaliknya,  memandangkan bandar tersebut mempunyai populasi kurang daripada 500,000 sekaligus menjadikan purata ruang runcit yag disediakan sekitar 14.6 kaki persegi bagi setiap orang.

Sebagai perbandingan, kawasan tertentu di Lembah Klang mempunyai ruang purata lapan kaki persegi seorang manakala Petaling Jaya telah mencapai 16 kaki persegi.

Harga hartanah perlahan-lahan naik kerana kenaikan harga minyak dan komoditi dan juga peningkatan perbelanjaan awam, termasuk perbelanjaan kerajaan terhadap projek-projek infrastruktur, seperti lebuh raya Pan Borneo.

“kini, bidang hartanah merupakan industri yang mencabar . Pemaju perlu berada dalam industri untuk jangka masa yang panjang, bukan jangka masa yang singkat untuk memeroleh keuntungan. Mereka perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan cekap dalam mengatasi keadaan pasaran yang kurang baik.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here