MELAKA: Pameran hartanah MyRumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) akan berlangsung di pusat beli belah, AEON Bandaraya Melaka bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Siri jelajah kedua pameran hartanah dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menawarkan lebih 2,653 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM681 juta.
Ketua Pengiklanan Wilayah & Usahawan Kecil dan Sederhana (SME) NSTP, S Linggaraj, berkata MyRumah mengenengahkan konsep ‘4E’ kepada pengunjung iaitu โeducationโ (pendidikan), โentertainmentโ (hiburan), โenvironmentโ (persekitaran) dan โexperienceโ (pengalaman) bagi memastikan pameran itu lebih interaktif serta bermaklumat.
“๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐ข๐๐โ ๐๐๐๐๐ค๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โ๐๐๐ก๐๐๐โ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ โ๐๐๐ก๐๐๐โ ๐๐๐โ๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐180,000 โ๐๐๐๐๐ ๐ ๐679,000 ๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐ข๐๐ขโ ๐๐๐๐๐๐ข โ๐๐๐ก๐๐๐โ ๐ข๐ก๐๐๐.
“Melalui konsep 4E yang diketengahkan, kita cuba membawa pembeli pelbagai maklumat berkaitan hartanah, tip pelaburan oleh pakar hartanah terkenal, pinjaman perumahan serta pendidikan interaktif,” katanya pada pra- pelancaran siri kedua Pameran Hartanah MyRumah 2019 di sini, hari ini.
Siri kedua pameran hartanah MyRumah AEON Bandaraya Melaka itu akan berlangsung jam 10 pagi hingga jam 10 malam disertai oleh tujuh pemaju iaitu Bukit Pelali (Astaka Padu Sdn Bhd); Faithview Group Development Sdn Bhd; Kumpulan Handal; Jabatan Perumahan Negara (JPN); Lembaga Perumahan Melaka (LPM); Scientex Heights Sdn Bhd dan SPNB Aspirasi (SPNB).
Pameran itu turut disertai oleh Takaful Ikhlas Bhd.
Sementara itu, Linggaraj berkata pihaknya berharap pengunjung di Melaka dan wilayah selatan lain termasuk di Negeri Sembilan dan Johor dapat meluangkan masa mengikuti pameran berkenaan, sekali gus mengintai potensi hartanah di Melaka yang pesat berberkembang.
“Malah, pembeli rumah di pameran hartanah MyRumah ini juga berpeluang menyertai pertandingan caburan bertuah utama sebuah kereta Nissan Almera,” katanya.
Terdahulu, siri pertama MyRumah yang dianjurkan di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, pada Mac lalu berakhir dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.
Selepas Melaka, siri jelajah pameran hartanah MyRumah 2019 akan berlangsung Pulau Pinang, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.