JOHOR BAHRU 25 Feb. – Tidak dinafikan pembukaan gedung perabot dari Sweden dan yang terbesar di Asia Tenggara, IKEA di Taman Desa Tebrau, di sini pada akhir tahun lalu berjaya melonjakkan nama Tebrau.
Terletak di pinggir bandar raya ini, Tebrau kini berkembang pesat sebagai destinasi beli-belah terkemuka, perniagaan komersial, perindustrian, perkhidmatan dan perumahan.
Kawasan ini yang merupakan sebahagian daripada wilayah Iskandar Malaysia turut menerima tempias pembangunan pesat koridor ekonomi yangberkembang pesat di selatan tanah air.
Bagi mengimbangi pembangunan pesat projek hartanah dan perumahan bernilai tinggi di pusat bandar, kerajaan Pusat dan negeri turut mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memastikan semua golongan rakyat turut mendapat manfaatnya.
Bukan sekadar omongan kosong, kerajaan membuktikannya menerusi pelbagai inisiatif, antaranya pembangunan program Perumahan Rakyat Johor (PRJ) di kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini, termasuk dalam Parlimen Tebrau.
Berdasarkan laporan Task Force Perumahan Rakyat Johor, Parlimen Tebrau bakal mencatatkan antara kawasan tertinggi dibangunkan dengan projek PRJ menjelang tahun 2020.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang, sebanyak 17 projek pembangunan PRJ yang merangkumi 11,311 unit kediaman telah, sedang dan akan dibina di Parlimen Tebrau bermula pada 2014 hingga 2020.
Katanya, projek tersebut melibatkan Perumahan Komuniti Johor (PKJ) A yang berharga RM42,000, PKJ B (RM80,000) dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bernilai RM150,000.
“Usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini bagi memastikan keperluan golongan pertengahan dan bawah untuk memiliki rumah di dalam kawasan bandar dan pinggir bandar dapat dipenuhi.
“Ini penting bagi memastikan golongan tersebut termasuk penduduk di kawasan Tebrau ini tidak terpinggir daripada pembangunan pesat yang sedang berlaku di Wilayah Iskandar Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Maulizan yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, selain PRJ, kerajaan negeri turut memberi perhatian serius terhadap penempatan semula setinggan dengan memberikan hak milik tanah dan penyediaan Program Perumahan Rakyat (PPR).
“Setinggan tinggal sedikit sahaja lagi, antara 200 hingga 300 penduduk kerana kebanyakan mereka telah diberi hak milik tanah oleh kerajaan dengan terkini menerusi pengurniaan hak milik tanah kepada 160 penduduk di Kampung Sentosa.
“Walau bagaimanapun, terdapat juga yang tidak dapat diberikan hak milik tanah kerana beberapa masalah, seperti rumah terletak di rizab sungai. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan PPR seperti 700 unit PPR di Sungai Tiram,” katanya.
Ditanya projek terbaharu yang akan dibangunkan di kawasan Tebrau, Maulizan memberitahu, Klinik Kesihatan Tiram yang baharu menelan kos kira-kira RM30 juta sedang dibina di Bandar Tiram dan dijangka siap pada 2020.
Selain itu, tiga lagi sekolah agama baharu akan dibina di Taman Desa Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kampung Kong-Kong Laut selain pembinaan Dewan Muafakat Johor di Kampung Pasir Putih, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Setia Indah, Kampung Cahaya Baru dan Jalan Ciku, Kota Masai.
SUBANG JAYA: Dua lelaki berusia 29 dan 44 tahun ditahan polis kerana mengurung penyewa rumah yang didakwa gagal menjelaskan sewa bulanan di Tropicana Metropark, Subang Jaya, semalam.
PETALING JAYA (Feb 19): As property prices increasingly escalate beyond the reach of many would-be homebuyers — as corroborated by Bank Negara Malaysia’s (BNM) latest quarterly bulletin — some experts have advised them to turn their sights to the secondary market, where homes in Kuala Lumpur priced up to RM200,000 are still available.
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Pemaju perlu lebih berhati-hati dan mengambil kira banyak faktor terutama membabitkan keperluan pembeli sebelum membina sebarang projek pembangunan termasuk rumah mampu milik.
IF you ask any seasoned property investor how important the principles of Feng Shui in the investment journey are, I believe you will get a bag of mixed comments. Some investors swear by it and will not make a single move without consulting their expert, while others put it all to being nothing but hogwash and old wives’ tales.
Malaysia menghadapi kekurangan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan ramai, dengan Bank Negara Malaysia menerusi laporan yang lengkap dengan data menunjukkan rumah di negara ini ‘tidak mampu dibeli’ pada 2016 oleh standard antarabangsa.

KUALA LUMPUR, Feb 13 ― The solution to Malaysians being unable to afford their own homes may lie beyond growing their income levels and instead involve helping property developers bring down their cost, a property consultancy firm has said.
KUALA LUMPUR: The Malaysian property market is expected to be “flat and stable” this year, as consumers continue to adopt a “wait and see approach” in light of the challenging environment, said property consultancy Rahim & Co.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bergelar datuk dan sedang mengesan seorang lagi individu berhubung kes penipuan Projek Perumahan Mampu Milik 1Malaysia membabitkan kerugian bernilai RM9.3 juta yang ditawarkan sebuah koperasi pembangunan hartanah.
Kerajaan Selangor membatalkan sembilan projek Rumah Selangoku yang diluluskan sebelum ini, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad.
Menurut Iskandar, pembatalan sembilan projek tersebut yang akan disahkan oleh MMKN melibatkan tiga projek di Kajang, dua projek di Selayang dan masing-masing satu projek di Subang Jaya, Shah Alam, Ampang Jaya dan Klang.