Home Blog Page 69

Projek Hartanah Terbesar Di Dunia

0

Rasanya ini bukanlah kali pertama percubaan untuk membangunkan Kg. Baru – suatu penempatan yang besar di tengah metropolitan KL.  Tetapi sebelum ini beberapa percubaan dan perancangan untuk membangunkannya juga telah gagal menemui jalan buntu kerana tidak mendapat kerjasama dari semua pihak terlibat.

Seperti sedia maklum, isu utama di Kg. Baru adalah mengenai pemilikan tanah yang mana kebanyakannya adalah masih di atas nama pemilik yang sudahpun tiada (meninggal dunia) dan sudahpun bergenerasi.  Pelbagai kajian dan soalselidik juga telah dilakukan tetapi akhirnya masih ditakuk lama.

Dengan perkembangan terbaru yang diumumkan, dan penglibatan penuh kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) saya harap kali ini ianya bakal menjadi kenyataan kerana penduduk Kg. Baru juga saya fikir mahukan pembaharuan terhadap kawasan mereka seiring dengan pembangunan sekitarnya.

Makumat lanjut mengenai pengumuman penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru adalah seperti yang dilaporkan di bawah:-

Sumber : Berita Harian (06/05/2010)

Kabinet luluskan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru

Kabinet meluluskan cadangan untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelia pelan pembangunan semula kawasan itu yang bakal menjadi antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata penubuhan perbadanan itu adalah antara tiga perkara yang dipersetujui oleh Kabinet, kelmarin mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan pembangunan Kampung Baru yang dikemukakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dalam memorandumnya kepada Kabinet.

Katanya, KWPKB akan mengemukakan satu rang undang-undang di Parlimen bagi membolehkan penubuhan perbadanan berkenaan yang akan diletakkan di bawah kementerian berkenaan. “Perbadanan itu antara lain akan memastikan ciri-ciri kebudayaan Melayu perlu ada dalam setiap reka bentuk… beberapa ciri Melayu mesti dikekalkan tetapi dalam suasana moden, ia tidak boleh seperti sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perayaan Hari Pekerja anjuran Persatuan Penduduk Bangsar Baru di Dewan Besar Kompleks Sukan Bangsar di sini, semalam. Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar yang juga antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.

Selain itu, Raja Nong Chik berkata, Kabinet turut bersetuju bahawa pembangunan Kampung Baru akan menggunakan konsep pembangunan semula secara komprehensif atau menyeluruh yang akan menggunakan zon guna tanah Perdagangan Pusat Bandar dengan nisbah plot 1:10. Katanya, kabinet juga bersetuju cadangan untuk melantik Perbadanan Nasional Berhad (PNB) atau Yayasan Amanah Harta Bumiputera (YAHB) atau badan-badan lain yang berkaitan sebagai ejen pembangunan dan penjaga amanah orang Melayu dalam melaksanakan pembangunan semula Kampung Baru. Raja Nong Chik berkata, beliau dijangka bersemuka dengan semua pihak yang mempunyai kepentingan di Kampung Baru termasuk penduduk, pemilik tanah dan penjaja pada penghujung bulan ini. Katanya, dalam perjumpaan itu, beliau akan membentangkan syor serta perancangan kementerian mengenai pelan pembangunan semula itu di samping mendapatkan persetujuan mereka mengenai pelantikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tertentu yang akan bertanggungjawab membangunkan kawasan itu. Beliau juga ingin mendengar sendiri segala cadangan atau apa saja pandangan daripada pemilik tanah Kampung Baru bagi memastikan usaha itu memberikan manfaat kepada semua pihak. “Saya harap dalam tahun ini semua proses dapat diselesaikan, untuk membolehkan pemilik tanah jelas mengenai konsep itu, perbadanan diwujudkan, GLC dilantik…pada penghujung tahun itulah sasaran saya sebelum kita meneruskan dengan proses perundangan,” katanya. Katanya, segala maklum balas akan diambil kira untuk dimasukkan dalam perancangan kementerian itu sebelum dibentangkan sekali lagi kepada Kabinet.

[googleMap]map[/googleMap]

Mahkamah perbetul kesilapan..

0

Semalam bolehlah saya katakan antara hari yang besar dan bersejarah dalam sistem perundangan dan pentadbiran tanah Malaysia.  Setelah sekian lama mahkamah ‘duduk’ di atas keputusan yang ‘silap’, semalam Hakim Mahkamah Persekutuan Tun Zaki Azmi telah membuat keputusan baru ke atas perundangan tersebut yang mana merujuk kepada Seksyen 340, Kanun Tanah Negara 1965.

Selama bertahun-tahun kes Adorna Properties telah menjadi rujukan Mahkamah dalam membicarakan pembeli ‘bona-fide’ dan juga penjualan tanah melibatkan pemalsuan dokumen. Dan setiap kali ia di bawa ke mahkamah, keputusannya pasti akan memihak kepada pembeli ‘bona-fide’ tersebut dan merugikan pemilik asal walaupun transaksi jualan tersebut adalah melalui pemalsuan dokumen.

Kini, apa yang diharap-harapkan oleh semua pihak telahpun menjadi kenyataan… keadilan telah ditegakkan… imej kehakiman dan perundangan hartanah sedikit sebanyak telah diperbetulkan dengan keputusan mahkamah persekutuan semalam yang mana memihak kepada pemilik sebenar tanah di mana tandatangan beliau telah dipalsukan dan hartanah beliau telah dijual.  Semoga dengan keputusan ini kes Adorna Properties hanya menjadi sejarah dan boleh diketepikan dalam  membicarakan kes sebegini dan yang berkaitan Seksyen 340, Kanun Tanah Negara.

Untuk berita lanjut mengenai penghakiman kes terbaru ini, sila klik di sini.

Property Auction: 13th January 2010

0

Lelongan akan datang pada 13 Januari 2010 oleh Ambank (M) Berhad.

Kuala Lumpur & Selangor.

12 hartanah pelbagai jenis.

Hartanah tumpuan:

  1. University Tower, Petaling Jaya (Lot 6) – Harga Rezab: RM280,000
  2. Taman Langat Jaya, BB Bangi (Lot 10) – Harga Rezab: RM120,000

Lihat senarai penuh di bawah:
Property Auction 13 Jan 2010

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat untuk membida dan membeli hartanah lelong, sila hubungi saya di 013-3426242.

CKHT hanya untuk 5 tahun..

2

Selepas pelbagai komen diberikan selepas pengumuman Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diumumkan pada Bajet 2010 yang lepas, kerajaan telah mengkaji semula CKHT dan mengumumkan semalam bahawa kadar 5% tersebut hanya untuk hartanah yang dijual semula dalam tempoh 5 tahun selepas pembelian.

Bagi saya ini barulah dikatakan adil (berbanding sebelum ni walaupun masih tidak mencukupi..) untuk mereka yang sememangnya membeli hartanah untuk mendiami dan bukan spekulasi.  Pengumuman baru ini bermaksud mereka yang membeli hartanah dan menjualnya semula selepas 5 tahun tidak akan dikenakan sebarang cukai keuntungan sebagaimana yang pernah terpakai sebelum ini (sebelum CKHT dikecualikan) cuma bezanya kali ini dengan kadar yang terpakai sebelum ini adalah ianya kadar rata pada 5%.

Sebelum ini mereka yang menjual hartanah dalam tempoh 5 tahun selepas pembelian akan dikenakan CKHT pada kadar yang berbilang iaitu dari 30% pada tahun pertama dan berkurang kepada 5% pada tahun ke-4.

Pada pendapat saya, kadar CKHT yang lama dengan menggunakan kadar berbilang ini merupakan lebih adil kepada semua kerana ianya akan mengurangkan spekulator (mereka yang membeli dan menjual hartanah dalam jangka masa yang singkat untuk keuntungan) daripada menyebabkan harga hartanah melonjak tinggi dan menjadi diluar kemampuan oleh majoriti pembeli biasa.

Dengan kadar baru ini mereka hanya dikenakan kadar 5% daripada keuntungan yang diperolehi – terlalu kecil berbanding keuntungan yang mereka buat.  Sebagai contoh, katakan keuntugan yang dibuat daripada pembelian sebuah hartanah adalah RM100,000 (harga pembelian adalah RM500,000 dan jualan RM600K) maka kadar 5% hanyalah RM5,000 – suatu jumlah yang amat kecil.  Oleh itu bagi mereka yang mempunyai modal besar untuk melakukan pembelian dan spekulasi seperti ini masih merasakan tiada kesan terhadap ‘bisnes’ mereka walaupun mereka membeli dan menjual dalam minggu atau tahun yang sama kerana keuntungan yang banyak.

Kesannya adalah kepada orang-orang biasa yang membeli hartanah untuk benar-benar sebagai kediaman mereka. Harga hartanah akan menjadi lebih mahal akibat tindakan spekulasi yang tidak dikawal tersebut.

Saya masih mengharapkan kerajaan akan mengkaji pula kadar yang dikenakan (mungkin tidak berlaku selepas mereka menetapkan tempoh 5 tahun berbanding tiada tempoh).  Mungkin kada tahun pertama dinaikkan kepada 30% sebagai langkah membendung spekulasi tersebut.

Anda mempunyai komen? Apa kata anda kongsi di sini.

CKHT dikenakan semula mulai 2010

0
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) akan dikuatkuasakan semula bermula pada 1 Januari 2010 berdasarkan Bajet 2010 yang dibentangkan lepas.  Kadar yang dikenakan juga adalah lebih rendah dari kadar semasa mengikut Akta CKHT 1976 yang mana dikecualikan pada masa ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menegaskan bahawa kadar ini dikenakan tanpa mengambil kira jangka masa tempoh pegangan dan kategori pemilik.  Kadar 5.0 peratus ini akan dilaksanakan melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 dan akan diwartakan secepat mungkin.

“Dengan ini, kadar CKHT semasa yang lebih tinggi dari 5 peratus yang terkandung dalam Jadual 5 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, tidak lagi terpakai,” beliau berkata dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Walau bagaimanapun, pengecualian kepada individu diberi seperti berikut:

  • Pengecualian ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 atau 10% daripada keuntungan bercukai, yang mana lebih tinggi;
  • Pemberian hadiah bagi pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, antara datuk, nenek dan cucu dikekalkan; dan
  • Pelupusan sebuah rumah kediaman sekali sepanjang hayat.

Pada pendapat saya, walaupun CKHT ini akan dikuatkuasakan semula, kadar yang dikenakan adalah munasabah.  Ini juga secara tidak langsung akan dapat mengawal sedikit sebanyak spekulasi dalam hartanah yang melonjak harga hartanah ke paras yang tinggi.

Agriculture Land Wanted in Johor

0

Sedikit iklan/announcement nak saya buat di sini. Saya mempunyai klien yang sekarang ini memerlukan tanah pertanian untuk dijual di Johor (Melaka masih boleh diterima). Saiz adalah dari 10 ekar sehingga 500 ekar. Jika anda mempunyai tanah tersebut atau mempunyai DIRECT CONTACT kepada pemilik tanah berkenaan, sila hubungi saya di 013-3426242 ataupun melalui email.

Harap maklum, saya tidak akan melayan tawaran daripada ‘orang tengah’ ataupun ‘orang tengah kepada orang tengah’ untuk deal ni kerana sebelulm ni beberapa deal tidak berjaya disebabkan perkara sebegini. Oleh itu sila pastikan jika anda adalah agent/broker/introducer, anda mempunyai ‘direct contact’ kepada owner tanah berkenaan.

Sekian.

Property Review: Sri Angsana Hilir Condo

0

Apa khabar semua pembaca Tips Hartanah?

Posting kali ini merupakan suatu review ke atas hartanah lelong yang bakal dilelong pada 16/9 nanti memandangkan saya menerima banyak pertanyaan dan soalan mengenainya.  Daripada 8 property yang bakal dilelong tersebut, terdapat 4 property yang boleh saya katakan berbaloi untuk anda beli tetapi untuk property review kali ini, saya memilih hartanah kedua iaitu sebuah unit kondominium, Sri Angsana Hilir Condominium di Taman Angsana Hilir Condo.

Tidak dinafikan banyak berita-berita yang boleh dikatakan negatif tersebar dan diketahui umum mengenai kondo ini tetapi tidak ramai yang mengetahui keadaan sebenar kondo ini sekarang setelah ianya diuruskan sendiri oleh Badan Pengurusannya sendiri yang mana boleh dikatakan banyak perubahan positif berbanding 3-4 tahun dahulu.

Dari segi lokasi, saya memberikan 3.5/5 kepada property ini kerana walaupun ianya boleh dikatakan terletak di kawasan yang agak kurang prime tetapi jaraknya dari KL city centre dan juga kemudahan-kemudahan lain yang terdapat berhampirannya amat bermanfaat kepada penduduknya seperti berhampiran Tesco dan juga bank-bank yang terletak di Desa Pandan (hanya 2-3 minit perjalanan dengan kereta).  Dari segi kawasan persekitaran/kejiranan, saya memberikan 2.5/5 kerana faktor laluan keluar masuk yang agak kurang terurus dan kawasan perumahan di sekitarnya.  Kawasan ini juga dikatakan mempunyai kadar jenayah yang agak tinggi tetapi property jenis ini mungkin lebih selamat berbanding landed property seperti rumah teres.  Walau bagaimanapun, saya mendapati tindakan proaktif Persatuan Penduduk Taman Angsana Hilir dengan meletakkan pintu penghadang dan juga pengawal keselamatan di kawasan berkenaan mampu menangani masalah ini.

//


Dari segi keadaan property, saya memberikan 2.5/5.  Bagi yang sedia maklum Angsana Hilir kondo adalah terdiri daripada 4 blok kondo tetapi hanya 3 sahaja yang siap dibina. Daripada 3 blok tersebut, hanya 2 blok iaitu A & B sahaja yang diurus dengan baik dan mempunyai kadar penghunian tinggi.  Blok C didapati mempunyai masalah dari segi pengurusan yang mungkin berpunca daripada isu CF dan juga pemaju terdahulu yang mana telahpun bankrap.  Oleh itu, jika anda merancang untuk membeli di sini, pastikan ianya adalah sama ada blok A atau B sahaja.

Dari segi nilai dan harga semasa pula boleh dikatakan Sri Angsana Hilir Condo kini mengalami kenaikan semula harga yang baik (hanya blok A & B) selepas mengalami kemorosotan nilai yang teruk beberapa tahun dahulu – kemungkinan selepas ianya diurus sendiri oleh Badan Pengurusan kondo berkenaan.  Harga nilaian semasa untuk unit bersaiz 1,042sf adalah dalam lingkungan RM120K tetapi secara peribadi saya tidak akan membayar setinggi itu untuk kondo ini.  Walau bagaimanapun, jika berdasarkan sewaan semasa, property ini mempunyai pasaran yang baik dimana harga sewaan adalah dari RM800-900 dan ini memberikan ‘gross yield’ anda di sekitar 8-9% jika anda dapat membelinya kurang daripada RM120K – agak baik untuk property seperti ini.  Oleh itu saya memberikan property ini rating 4/5 kerana potensi yang ada dan juga pasaran sewaan semasa yang baik.

Secara kesimpulannya, saya mengesyorkan property ini untuk mereka yang bercadang untuk melabur bagi jangka masa sederhana dan memperolehi cash flow yang positif.  Jika anda membelinya melalui Lelongan, pastikan ianya dibeli di bawah nilai pasaran dan hanya unit di Blok A dan B. Saya mengesyorkan anda untuk tidak membida melebihi RM100K untuk unit ini tetapi semuanya terpulang kepada anda dalam membuat keputusan anda sendiri kerana ia adalah pelaburan anda.

Tips Hartanah Rating:  3/5

[googleMap name=”Sri Angsana Hilir Condo” description=”Sri Angsana Hilir Condo” width=”500″ height=”350″]Sri Angsana Hilir Condo[/googleMap]

Senarai Hartanah Lelong

0

Seperti yang saya janjikan terdahulu, posting kali ini adalah senarai penuh hartanah di KL & Selangor yang bakal dilelong dalam bulan September dan Oktober.

Memandangkan tarikh lelongan untuk hartanah-hartanah ini masih belum ditetapkan, details penuh hartanah seperti alamat tidak dipaparkan di sini.  Walau bagaimanapun, jika anda berminat dengan hartanah tertentu, sila emelkan kepada saya dan nyatakan ID hartanah berkenaan (cthnya: “TH23”) dan pertanyaan lain berkenaan hartanah tersebut.

Saya akan paparkan maklumat penuh hartanah tersebut di blog ini sebaik sahaja tarikh lelongan telah ditetapkan.  Deposit untuk lelongan adalah 5% daripada Harga Rezab.

Untuk melihat senarai penuh hartanah tersebut, sila klik link berikut:

KlangValleyAuction-SeptOct


//

Pulau Pinang meningkatkan kadar kepadatan pembangunan

0

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meningkatkan kadar kepadatan bagi pembangunan hartanah di negeri tersebut yang mana akan menurunkan dan mengimbangi harga hartanah, menurut Pengerusi Eksekutif Hunza Properties Bhd.

“Kerajaan negeri baru-baru ini telah membuat keputusan untuk meningkatkan kadar kepadatan keluasan binaan seluas 280,000 kaki persefi daripada 90,000kp bagi setiap 100,000 kaki persegi keluasan tanah. Keputusan tersebut bakal membolehkan pemaju untuk membina lebih banyak unit, dan seterusnya memberikan lebih pilihan kepada pengguna (pembeli).”

“Ia juga akan menghalang peningkatan mendadak harga hartanah dalam beberapa tahun akan datang,” katanya di majlis penerangan kepada media, penganalisa dan banker.

Syarikat berkenaan di dalam proses akhir untuk pelancaran projek apartment “hijau” di atas tanah seluas 4 hektar tidak lama lagi. (Sila baca berita selanjutnya melalui link Source di bawah)

nuffnang_bid = “ee9573879a3469a88fe3286228d8a6d8”;


Saya secara peribadinya berpendapat ada kebenaran dengan apa yang dinyatakan oleh beliau tetapi bagi saya ia sebenarnya adalah hanya sebahagian daripada marketing di buat untuk menarik bakal pembeli membeli apartment di Pulau Pinang . Ramai sedia maklum masih banyak lagi projek-projek apartment/condo lain yang dilancarkan dan ditawarkan di dalam pasaran di sana yang masih tidak mendapat sambutan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, memandangkan Hunza menawarkan konsep “hijau” bagi projek terbaru mereka ini, mungkin lebih berbaloi untuk kita tunggu dan lihat apa yang sebenarnya membuatkan projek ini istimewa berbanding projek lain apabila ianya dilancarkan kelak.

Jika saya sebagai seorang bakal pembeli atau pelabur di Pulau Pinang, sudah pastinya saya tidak akan terburu-buru mendapatkan hartanah ini terutamanya dalam keadaan sekarang yang banyak pilihan dengan harga yang sangat kompetitif.  Ditambah pula dengan keputusan tersebut, ianya MUNGKIN akan menyebabkan pasaran apartment/condo sedia ada akan mengalami sedikit penurunan harga disebabkan lebih banyak penawaran yang akan memasuki pasaran.

Original Source: Star Property

90 hartanah Lembah Klang untuk dilelong

0

Apa khabar semua pembaca Tips Hartanah!
Hari ni saya sekadar ingin berkongsi sedikit info dengan anda semua mengenai hartanah yang bakal dilelong di KL & Selangor pada bulan September & Oktober depan (ya..musim raya ni kan..). Mungkin agak terbatas untuk kebanyakan orang kerana persiapan perlu dilakukan untuk perayaan tetapi bagi mereka yang masih tercari-cari hartanah menarik dan murah, mungkin ini adalah peluangnya.

Antara hartanah menarik yang mungkin anda minati adalah:-

  • BAM Villa Condo, Kuala Lumpur
  • Estana Court, Ampang
  • Fawina Court, Ampang
  • Kenanga Point Condo, Kuala Lumpur
  • Miharja Condo, Kuala Lumpur
  • Sri Suajaya Condo, Kuala Lumpur
  • Pelangi Indah Condo, Jln Ipoh, KL
  • Menara Duta, Kuala Lumpur
  • Sunway Court
  • Vista Millenium, Puchong
  • dan banyak lagi.

Jika anda berminat atau mempunyai pertanyaan lanjut, sila emel kepada saya di admin[a]tipshartanah.com.

Sekian.

nuffnang_bid = “ee9573879a3469a88fe3286228d8a6d8”;