Home Blog Page 7

PR1MA kenakan yuran tempahan RM500

0

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), agensi perumahan mampu milik melaksanakan yuran tempahan sebanyak RM500 kepada semua bakal pembeli, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

PR1MA menerusi laman webnya berkata, yuran berkenaan dikenakan sebagai komitmen pembelian sehingga perjanjian jual beli rumah ditandatangani dan disetem.

“Yuran tempahan itu akan dikenakan ketika membuat tempahan pembelian rumah dan semua pembayaran mestilah dibuat atas nama Perbadanan PR1MA Malaysia dan disahkan di dalam sistem PR1MA sebelum surat tawaran pembelian (OTP) dikeluarkan.

“Manakala bagi projek perumahan di Sarawak, pembayaran dibuat di atas nama PR1MA Development Sdn Bhd,” katanya.

PR1MA berkata, pada masa ini, pihaknya tidak menerima sebarang pembayaran melalui tunai atau pindahan wang sehingga perkara itu dimaklumkan kemudian.

“Pembayaran yuran berkenaan perlu dibuat melalui cek atau deraf bank,” katanya.

Selain itu, PR1MA berkata, yuran tempahan itu boleh dikembalikan tertakluk kepada syarat dan dokumen sampingan yang diperlukan.

“Langkah yang perlu diambil pembeli bagi pemulangan yuran tempahan ialah dengan menulis surat dan e-mel kepada info@pr1ma.my.

“Permohonan bagi pemulangan yang sudah diluluskan akan mengambil masa sehingga tiga bulan dan jumlah berkenaan akan dikreditkan ke dalam akaun bank pembeli,” katanya.

Lokasi pembangunan PR1MA terletak di bandar utama seluruh Malaysia dan kediaman yang ditawarkan berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.

Secara umumnya, rumah teres yang dibangunkan PR1MA berukuran dari 850 kaki persegi hingga 1,850 kaki persegi, manakala apartmen PR1MA berukuran dari 600 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi.

Dalam pada itu, PR1MA turut menawarkan diskaun dan rebat menarik sepanjang penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang berlangsung sehingga Disember ini.

Agensi perumahan itu menawarkan 10 peratus diskaun dan rebat sehingga 20 peratus dengan pengecualian duti setem (tertakluk terma dan syarat).

Pemaju perlu pastikan pegawai pemasaran hartanah miliki REN yang diperakui – Zuraida

0

KUALA LUMPUR (Bernama) – Pemegang kepentingan termasuk pemaju perlu memastikan mereka yang terlibat dalam pemasaran projek hartanah, diperakui dan memiliki tag pengenalan Perunding Hartanah (REN), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Menurut Zuraida beliau dimaklumkan bahawa amalan hartanah memerlukan REN diperakui dan diberikan tag yang dilampirkan dengan syarikat hartanah.

“Saya dapati banyak ejen yang memasarkan projek untuk pemaju, sebagai contoh di kompleks beli-belah dan di tempat lain, tidak mempunyai tag … ini dianggap sebagai pelanggaran undang-undang.

“Ini kerana hanya mereka yang mempunyai tag yang disahkan undang-undang dan mereka mempunyai keupayaan undang-undang untuk mewakili pemaju,” kata Zuraida dalam ucapan pada Malam Gala dan Anugerah Hartanah Nasional ke-11 di sini malam ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah kementerian berkenaan Dr Alauddin Sidal.

Zuraida berkata orang ramai perlu mendapat khidmat daripada ejen-ejen yang diperakui dengan meminta tag untuk membantu mereka menjual atau memperoleh harta supaya tidak ditipu oleh broker haram.

Pada majlis itu, Presiden Institut Ejen Harta Presiden Malaysia N. Thinahara Kumar menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Richiprop manakala Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik diangerahkan kepada S. Sarkunan dari Knight Frank Malaysia Sdn Bhd.

— BERNAMA

PKNS sasar jualan RM60 juta pada ekspo hartanah

0

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan jualan RM60 juta sepanjang penganjuran ekspo Koleksi Hartanah PKNS siri kedua tahun 2019 yang bermula Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, sasaran itu adalah lebih tinggi berbanding siri pertama yang diadakan pada bulan Mac lalu yang hanya berjaya mencatat jualan sebanyak RM10 juta.

Katanya, untuk siri kedua ini, PKNS yakin sasaran itu mampu dicapai bersandarkan tawaran menarik diberi kepada bakal pembeli termasuk rebat dan diskaun khas.

“Menariknya pada ekspo kali ini, kami menawarkan diskaun tambahan sebanyak RM5,500 kepada 55 pembeli terawal sempena ulang tahun PKNS ke-55 pada 1 Ogos ini.

“Bukan itu saja, rebat sehingga 20 peratus turut ditawarkan kepada pembeli selain percuma kos guaman perjanjian jual beli (SPA) dan duti setem memorandum pertukaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ekspo itu di sini.

Ekspo selama 10 hari itu menawarkan kira-kira 2,500 unit kediaman milik PKNS dan anak syarikatnya dengan harga bermula dari RM200,000 seunit sehingga RM3 juta seunit bergantung kepada jenis, saiz dan lokasi hartanah.

Mengulas lanjut Mohd Azizi berkata, PKNS juga memeterai kerjasama dengan Maybank Bhd dalam pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer.

“Skim yang diilhamkan oleh kerajaan negeri Selangor ini adalah skim bantuan pinjaman untuk memudahkan rakyat Selangor, yang mana pihak Maybank akan menyediakan pembiayaan sebanyak 90 peratus, manakala kerajaan negeri akan memberi bantuan pembiayaan sebanyak 10 peratus dengan PKNS dilantik sebagai agensi pelaksana skim ini.

“Skim ini adalah insentif pembiayaan pinjaman 100 peratus pada kadar faedah rendah untuk lapan tahun pertama. Ini akan memudahkan pembeli untuk mendapatkan pinjaman, seterusnya memiliki rumah idaman mereka.

“Ia terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) dibangunkan oleh PKNS dan anak syarikat PKNS yang terletak di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak,” katanya.

Permohonan hanya boleh dibuat di cawangan Maybank Seksyen 14, Shah Alam.

𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 ‘𝐎𝐩𝐭𝐢𝐨𝐧’ 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐫𝐨𝐤𝐞𝐫 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦.

0
Jika anda pemilik tanah, elakkan dari memberikan ‘option’ penjualan kepada individu yang bukan ejen hartanah berdaftar.
 
Kebiasaanya, mereka akan meletakkan terma di mana pemilik memberi kuasa penuh untuk menjual tanah anda selagi ia masih tidak terjual dan mereka akan bertindak seolah-olah mereka mempunyai kuasa penuh terhadap tanah tersebut dan menghalang ejen hartanah atau pihak lain dari berurusan dengan pemilik tanah.
 
Individiu seperti ini yang menjalankan aktiviti jualbeli tanah tanpa berdaftar sebagai Ejen Hartanah (termasuk Perunding Hartanah) dengan Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH) sebenarnya merupakan broker haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana:-
 
  • Menjalankan aktiviti jualbeli hartanah secara haram – hukuman berat termasuk hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM300,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan bersalah.
  • Mengambil deposit secara haram – boleh dihukum mengikut Seksyen 137(1) dan (2) akta berkenaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Sebagai tuan tanah, anda juga bakal berdepan kerugian ditipu apabila berurusan dengan individu seperti ini.
 
Untuk mengenalpasti sama ada anda berurusan dengan ejen hartanah atau perunding hartanah berdaftar, antara yang boleh anda lakukan:-
  1. Mintak dan semak nombor pendaftaran mereka dengan LPPEH. (www.lppeh.gov.my)
  2. Semak pendaftaran syarikat mereka.
  3. Pastikan segala bayaran dibuat kepada syarikat dan bukannya kepada individu atau peguam – melainkan anda berurusan terus dengan pembeli tanpa orang tengah atau ejen.

Pautan dan rujukan lain:-

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/broker-hartanah-haram-bakal-berdepan-tindakan-tegas-zuraida

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/466856/2-lelaki-didakwa-ambil-deposit-secara-haram

Pameran MyRumah Melaka bermula Jumaat ini

0

MELAKA: Pameran hartanah MyRumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) akan berlangsung di pusat beli belah, AEON Bandaraya Melaka bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Siri jelajah kedua pameran hartanah dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menawarkan lebih 2,653 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM681 juta.

Ketua Pengiklanan Wilayah & Usahawan Kecil dan Sederhana (SME) NSTP, S Linggaraj, berkata MyRumah mengenengahkan konsep ‘4E’ kepada pengunjung iaitu ‘education’ (pendidikan), ‘entertainment’ (hiburan), ‘environment’ (persekitaran) dan ‘experience’ (pengalaman) bagi memastikan pameran itu lebih interaktif serta bermaklumat.

“𝑆𝑖𝑟𝑖 𝑗𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑑𝑢𝑎 𝑝𝑎𝑚𝑒𝑟𝑎𝑛 𝑀𝑦𝑅𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑤𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑙𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑑𝑖𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑅𝑀180,000 ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 𝑅𝑀679,000 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑢𝑗𝑢ℎ 𝑝𝑒𝑚𝑎𝑗𝑢 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑢𝑡𝑎𝑚𝑎.

“Melalui konsep 4E yang diketengahkan, kita cuba membawa pembeli pelbagai maklumat berkaitan hartanah, tip pelaburan oleh pakar hartanah terkenal, pinjaman perumahan serta pendidikan interaktif,” katanya pada pra- pelancaran siri kedua Pameran Hartanah MyRumah 2019 di sini, hari ini.

Siri kedua pameran hartanah MyRumah AEON Bandaraya Melaka itu akan berlangsung jam 10 pagi hingga jam 10 malam disertai oleh tujuh pemaju iaitu Bukit Pelali (Astaka Padu Sdn Bhd); Faithview Group Development Sdn Bhd; Kumpulan Handal; Jabatan Perumahan Negara (JPN); Lembaga Perumahan Melaka (LPM); Scientex Heights Sdn Bhd dan SPNB Aspirasi (SPNB).

Pameran itu turut disertai oleh Takaful Ikhlas Bhd.

Sementara itu, Linggaraj berkata pihaknya berharap pengunjung di Melaka dan wilayah selatan lain termasuk di Negeri Sembilan dan Johor dapat meluangkan masa mengikuti pameran berkenaan, sekali gus mengintai potensi hartanah di Melaka yang pesat berberkembang.

“Malah, pembeli rumah di pameran hartanah MyRumah ini juga berpeluang menyertai pertandingan caburan bertuah utama sebuah kereta Nissan Almera,” katanya.

Terdahulu, siri pertama MyRumah yang dianjurkan di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, pada Mac lalu berakhir dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Selepas Melaka, siri jelajah pameran hartanah MyRumah 2019 akan berlangsung Pulau Pinang, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.

Membeli Rumah Rosak? Wajarkah Teruskan Pembelian?

0

Kadangkala apabila membeli rumah ‘sub-sale’ bakal pembeli akan melalui pengalaman yang membuatkan mereka sukar membuat keputusan.

Antaranya apabila lokasi rumah telah disukai, luaran rumah nampak menarik tetapi apabila melihat dalaman, barulah nampak kerosakan yang wujud.  Tanda-tanda kebocoran bumbung, pintu-pintu  yang rosak atau terdapat keretakan pada dinding, lantai dan sebagainya.

Hati mula berbelah bahagi.  Ingin meneruskan pembelian atau tidak.  Siapakah yang perlu menanggung kos baikpulih?  Adakah perlu meminta penjual untuk membaikpulih kerosakan terlebih dahulu atau pembeli harus menerima kerosakan seadanya?

Sebenarnya dalam situasi ini terdapat beberapa situasi dan tindakan yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:-

  1. Pemilik atau penjual membaikpulih kerosakan.

Ini antara yang biasa dilakukan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak jika ianya tidak melibatkan kos baikpulih yang tinggi.  Biasanya kerosakan yang memerlukan penjual untuk melakukan baikpulih terlebih dahulu adalah seperti kebocoran bumbung, paip dan beberapa kerosakan kecil yang lain.

  1. Pembeli bersetuju untuk baikpulih sendiri kerosakan (membeli seadanya).

Dalam kes ini, terdapat 2 keadaan di mana penjual dan pembeli bersetuju pada suatu harga jualan yang lebih rendah daripada pasaran di mana kedua-duanya bersetuju bahawa pengurangan kos tersebut diambilkira sebagai kos untuk menampung baik pulih yang perlu dilakukan oleh pembeli.

Situasi 1:-

Sekiranya pemilik memilih untuk membaikpulih kerosakan yang ada, kebiasaannya ia lebih menguntungkan pemilik/penjual kerana kos yang ditanggung adalah lebih rendah dari kemungkinan ‘diskaun’ atau pengurangan harga yang perlu diberikan kepada pembeli akibat daripada kerosakan tersebut.

Sebagai contoh, apabila terdapat kesan kebocoran ianya memberikan tanggapan yang negatif terhadap rumah dan biasanya bakal pembeli menganggap ianya adalah suatu kerosakan besar yang memerlukan kos yang tinggi.  Oleh itu jika penjual enggan membaikpulih, penurunan harga yang diminta oleh bakal pembeli mungkin adalah beberapa ribu ringgit (biasanyanya dalam gandaan RM5K-10K).  Dalam kebanyakan kes, kos membaiki kebocoran kecil bubung biasanya adalah sekitar beberapa ratus sahaja. Jika pengurangan yang diberikan sehingga RM5,000 atau RM10,000 maka pemilik rumah sudah kerugian beberapa ribu RM.

Situasi 2:-

Ini biasanya menjadi pilihan dalam kebanyakan kes jual beli kerana pemilik enggan mengeluarkan sebarang kos untuk baikpulih atau tiada bajet untuk membaikpulih kerosakan.  Jika jualbeli dipersetujui maka rundingan harga akan berlaku dalam mengambilkira kos membaikpulih kerosakan yang ada.

Dalam kebanyakan kes, situasi ini lebih memihak kepada pembeli kerana kerosakan yang wujud secara psikologinya memberi tekanan kepada penjual akibat menjual rumah yang tidak sempurna dan pembeli akan cuba berunding untuk mendapatkan harga yang terendah kerana ‘risiko’ yang diambil untuk membaikpulih kerosakan.

Sebaiknya, kedua-dua pihak mendapatkan sebutharga dari kontraktor dan barulah memulakan perundingan berkaitan harga dan jual beli rumah tersebut.

Adalah sebaiknya disarankan di dalam kedua-dua situasi, penjual dan pembeli menyenaraikan segala kerosakan yang perlu dibaiki oleh pihak yang berkenaan dengan bantuan perunding hartanah dan memasukkan terma-terma berkaitan pembaikan kerosakan di dalam Dokumen Perjanjian Jual Beli supaya kedua-dua pihak terlibat akur dan tiada salah faham berlaku di akhir proses jual beli dan semasa serahan kunci kepada pembeli.

Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN – Zuraida

0

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) akan dikecualikan daripada sekatan untuk pembelian rumah pertama.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, perkara berkenaan akan diumumkan secara rasmi selepas pelancaran Skim Perumahan Belia pada pertengahan Oktober ini.

Zuraida berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan bulan lalu menerusi perbualan telefon.

“Mana-mana pembeli rumah pertama atau graduan yang disenaraihitamkan oleh CCRIS, boleh dikecualikan daripada senarai tersebut.

“Maknanya untuk yang ingin beli rumah, beli rumah sahaja, kereta tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sidang Akhbar Persidangan Hartanah ‘Hi Home’ di Kelab Tasik Diraja, Taman Tasik Perdana, di sini.

Turut hadir, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com, Radzi Tajuddin.

Persidangan Hartanah Hi Home bakal melancarkan Ekspo Hartanah Online (www.HiHomes.my) selama tiga bulan berakhir 31 Oktober ini.

Sebanyak 100 projek perumahan di seluruh negara, dengan separuh daripadanya adalah projek rumah mampu milik, bakal ditawarkan sepanjang ekspo yang dianggarkan bernilai RM3.4 bilion.

CCRIS merupakan sistem dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta.

PR1MA catat jualan RM3 bilion sepanjang HOC

0

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mencatat jualan hartanah sebanyak RM3 bilion sepanjang tempoh enam bulan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) berlangsung sejak awal tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jumlah terbabit adalah merangkumi jualan kira-kira 4,000 unit rumah kediaman daripada 13,000 unit yang ditawarkan sepanjang enam bulan kempen HOC berlangsung.

Katanya, jumlah berkenaan hanyalah yang dicatatkan PR1MA sahaja dan tidak termasuk dengan syarikat lain yang menyertai kempen berkenaan.

“Sepanjang HOC berlangsung, rumah yang dijual pada harga RM300,000 dan ke bawah mendapat sambutan menggalakkan.

“Bagi mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah pada HOC, kami akan mempertimbang untuk menawarkan skim pemilikan rumah secara sewa beli (RTO),” katanya pada sidang media sempena pelancaran Hi HOME di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengasas yang juga Ketua Eksekutif Hartabumi dotCom Sdn Bhd, Radzi Tajuddin.

Hi HOME adalah platform kupasan idea, perbincangan solusi baharu dan pengenalan teknologi terkini bagi membantu kerajaan dalam menangani isu pemilikan rumah di negara ini terutama bagi golongan belia.

Ia mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kerajaan negeri Selangor dan Perak.

Baru-baru ini, Zuraida mengumumkan HOC 2019 yang sepatutnya berakhir Jun lalu dilanjutkan sehingga Disember depan bagi membuka lebih ruang untuk rakyat negara ini memiliki kediaman sendiri, sekali gus membantu industri perumahan negara untuk berada pada landasan sebenar.

Sementara itu, Radzi berkata Hi HOME menyasarkan jualan hartanah sebanyak RM500 juta menerusi Ekspo Hartanah Online yang dianjurkannya bermula 25 Julai ini.

Katanya, ekspo yang berlangsung selama tiga bulan sehingga 31 Oktober itu menawarkan 100 projek perumahan di seluruh negara dengan 50 peratus daripadanya adalah projek rumah mampu milik.

“Ekspo berkenaan mendapat kerjasama daripada pemaju hartanah yang menawarkan unit rumah kediaman baharu kepada pembeli di Lembah Klang, Terengganu, Kelantan serta wilayah tengah seperti Melaka dan Negeri Sembilan.

“Antara pemaju yang terbabit termasuklah UEM Sunrise, MRCB, UDA Holdings, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), PR1MA dan sebagainya.

“Dianggarkan nilai keseluruhan stok hartanah kediaman yang ditawarkan pada ekspo berkenaan adalah sebanyak RM3.4 bilion,” katanya.

Keputusan Pembelian Rumah Pertama Yang Penting

0

Keputusan membeli rumah pertama sangat penting.

  • Bila anda membeli
  • Berapa harga yang anda beli
  • Di mana lokasi anda membeli
  • Jenis rumah yang anda beli

Keputusan ini akan memberi kesan dan boleh mempengaruhi diri dan kewangan anda pada masa hadapan.

 

Bila anda membeli rumah pertama?

Lebih awal keputusan anda membeli, lebih cerah masa depan anda dan lebih baik untuk kewangan anda. Mereka yang membuat keputusan awal untuk membeli rumah biasanya akan berpeluang untuk menikmati kenaikan nilai rumah tersebut pada masa hadapan dengan lebih tinggi.

Sebagai contoh, jika anda membeli rumah pertama pada umur 25 tahun dengan harga RM100K, kemungkinan dalam 5 tahun harga rumah tersebut meningkat sehingga RM150,000. Ini bermakna, pada umur 30 tahun. anda sudah mempunyai nilai ekuiti yang lebih dari liability anda dan mempunyai simpanan ‘pasif’ sekurang-kurangnya RM50,000 jika anda menjualkan rumah tersebut. Adakah anda boleh menyimpan RM50,000 dalam masa 5 tahun pada umur 20an dengan gaji mungkin di bawah RM4,000? Kemungkinan besar memang tidak. Oleh itu, buatlah perancangan untuk membeli rumah pertama anda seawal yang mungkin tanpa membebankan kewangan semasa anda.

 

Harga Yang Anda Beli

Harga pembelian rumah pertama anda juga boleh menjadi faktor penting dan memberikan kesan kepada kewangan semasa dan masa depan anda. Jangan terlalu mengikut kehendak untuk membeli rumah idaman anda untuk pembelian pertama.

Memaksa diri untuk membeli rumah pada tahap maksima kemampuan anda boleh menjejaskan kewangan semasa anda. Anda perlu tahu apa yang anda layak dan apa yang anda mampu. Walaupun anda boleh mendapatkan pinjaman sehingga 70% dari pendapatan anda dan tiada komitmen lain semasa anda membeli rumah tidak bermaksud anda perlu mencari rumah yang semahal mungkin untuk anda beli.

Sebagai contoh, andaikan pendapatan bersih anda RM3,000. Secara amnya anda boleh mendapatkan pinjaman sehingga 70% gaji bersih anda, bermakna ansuran bulanan anda boleh mencapai sehingga RM2,100. Tetapi disebabkan anda masih belum membeli kereta, masih belum berkahwin atau masih belum mempunyai anak, sebaiknya jangan membeli rumah yang memerlukan anda membayar komitmen sehingga RM2,100 (atau berharga lebih kurang RM400,000). Sebaiknya beli rumah pada harga yang lebih rendah, contohnya RM300,000 dan hanya memerlukan anda membayar ansuran lebih rendah dari kelayakan anda dan lebih mampu dan selesa untuk anda.

Selain itu, pembelian rumah pada harga yang lebih rendah dari nilai pasaran juga boleh memberikan kelebihan pada anda. Apabila anda membeli rumah di bawah nilai pasaran, anda mempunyai lebihan ekuti yang boleh membantu anda bertindak sebagai simpanan pasif masa depan anda apabila anda bercadang untuk menjual atau membuat pembiayaan semula.

Kebanyakan rumah yang dijual di bawah nilai pasaran boleh di dapati dalam pasaran ‘sub-sale’ dan juga lelongan. Tetapi terdapat juga rumah baharu yang memberikan rebat tinggi yang mungkin boleh dipertimbangkan jika harganya sesuai dengan kemampuan anda.

Mendapatkan nasihat perunding hartanah bertauliah adalah lebih baik dan lebih mudah untuk anda. Khidmat tersebut juga percuma untuk anda sebagai pembeli.

 

Lokasi Yang Anda Beli

Lokasi memainkan peranan penting khususnya untuk rumah pertama anda. Lokasi yang strategik berhampiran kawasan yang mempunyai permintaan tinggi akan manjadikan nilai sesuatu hartanah meningkat dengan lebih cepat – tetapi tidak semestinya kerana ia mungkin bergantung kepada faktor lain hartanah itu sendiri.

Apabila anda membeli rumah di lokasi yang strategik, kenaikan nilai yang tinggi pada masa hadapan membantu anda mempunyai nilai ekuiti yang lebih tinggi dan juga menjadi simpanan pasif yang baik untuk masa depan anda.

Sebagai contoh, anda membeli di lokasi A yang mempunyai permintaan tinggi, manakala rakan anda membeli di lokasi B kerana mahu tinggal berhampiran keluarga tetapi tidak mempunyai permintaan tinggi di mana masing-masing membeli pada harga RM200K. Selepas 5 tahun kemungkinan harga rumah yang anda beli melonjak nilainya kepada RM300,000 manakala rumah rakan anda di lokasi B hanya meningkat sekitar RM250,000 disebabakan faktor lokasi yang kurang permintaan dan sewa yang lebih rendah.

Oleh itu pertimbangkan lokasi yang baik apabila membeli rumah pertama anda kerana apabila anda membuat keputusan untuk menjual pada masa hadapan pastinya ia akan lebih menguntungkan anda.

Jenis Rumah Yang Anda Beli

Jenis rumah juga memberikan kesan terhadap pembelian rumah pertama anda. Secara amnya, rumah bertanah (‘landed’) akan mempunyai kenaikan yang lebih tinggi berbanding rumah strata atau bertingkat kerana bekalan yang terhad. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sememangnya amat sukar untuk mencari rumah bertanah (‘landed’) yang mampu milik kerana kebanyakannya adalah rumah bertingkat.

Jika anda tidak mempunyai banyak pilihan untuk membeli antara rumah ‘landed’ atau ‘strata’ buat pilihan antara rumah ‘strata’ terbaik yang boleh anda beli. Jika anda membeli rumah jenis ini, sebaiknya pilih tingkat yang rendah jika ia tiada lif. Jika anda membeli rumah flat atau apartment dari pasaran sub-sale, pilih kawasan perumahan yang mempunyai penyelenggaraan yang baik. Penyelenggaraan yang baik akan memberikan kesan terhadap permintaan dan seterusnya harga hartanah di kawasan tersebut.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli ‘serviced apartment’, lihat perbandingan rumah-rumah lain di sekitar kawasan tersebut yang mungkin banyak dijual pada harga lebih rendah, atau terdapat banyak lelongan yang boleh anda beli. ‘Serviced apartment’ merupakan antara paling banyak unit yang tidak terjual pada masa ini, oleh itu anda perlu berhati-hati apabila membeli rumah jenis ini. Namun begitu, tidak semuanya tidak bagus, jika anda melihat faktor-faktor lain seperti yang telah dinyatakan sebelum ini seperti Harga dan Lokasi, mungkin ia juga boleh menjadi pembelian rumah pertama yang baik untuk anda.

Oleh itu, sebagai kesimpulannya, pembelian rumah pertama seawal mungkin sangat memberi kesan kepada anda. Apabila membuat keputusan pastikan ianya tidak membebankan diri anda dan pilihlah lokasi dan harga yang betul supaya pembelian rumah pertama anda bukan sahaja sesuai sebagai tempat tinggal anda tetapi bakal menjadi PELABURAN TERBAIK yang pernah anda lakukan dalam hidup anda.

Selamat Membeli Rumah Pertama anda.

#MK
#TipsHartanah

Sentul tumpuan pelabur hartanah

0

TERLETAK kurang 15 kilometer (km) dari pusat bandar Kuala Lumpur menjadikan Sentul sebagai lokasi pilihan tepat bagi mereka yang mahu memiliki kediaman impian dengan gaya hidup bandar kerana lokasinya yang mudah diakses dan dikelilingi oleh pelbagai kemudahan awam untuk ke mana sahaja.

Jarak pemanduan kurang daripada 30 minit ke pusat bandar juga menjadikan daerah ini sebagai tumpuan utama golongan pekerja yang tidak mampu membeli rumah di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Berdasarkan carian penulis di laman utama carian hartanah, kediaman bertingkat seperti apartmen dan kondominium dijual sekitar RM280,000 hingga RM500,000 dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi.

Malah, ada pemilik yang sanggup menjual unit kediaman mereka di bawah harga pasaran. Melihat kepada situasi ini, Sentul yang dahulunya kurang popular berbanding lokasi di Ampang dan Wangsa Maju mampu menjadi lokasi tumpuan kerana harga rumahnya yang masih mampu milik dan tidak terlalu melambung tinggi.

Khidmat nasihat pakar

Apa yang penting adalah bagaimana pembeli mendapatkan khidmat nasihat pakar dan membandingkan harga kediaman yang ditawarkan di lokasi ini.

Kedudukan Sentul yang berhampiran dengan Titiwangsa; Bukit Tunku; Setiawangsa; Mont Kiara dan Damansara Heights menjadikan ia kawasan yang berpotensi tinggi untuk menjadi kawasan tumpuan pelabur hartanah memandangkan lokasinya yang sangat strategik serta diramal akan mengalami peningkatan hartanah pada masa hadapan.

Populasi kawasan ini juga sangat harmoni yang mana ia didiami sama rata oleh kaum Melayu, Cina dan India.

Selain akses pengangkutan awam seperti KTM dan LRT, Sentul juga dihubungkan dengan beberapa lebuh raya utama antaranya DUKE, MAHAMERU, MRR2, AKLEH, SPRINT dan Jalan Duta.

Kemudahan, lokasi strategik

Dengan jaringan yang luas, sudah tentu ia mampu menjimatkan jarak perjalanan penduduk Sentul untuk ke sesuatu destinasi.

Faktor ini juga menjadi elemen penting sebagai daya penarik bagi potensi sesebuah hartanah seperti Sentul.

Siapa tidak mahu kediaman yang hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur dan memiliki segala kemudahan yang diperlukan bukan?

Walaupun harga kediaman di sini rata-ratanya berharga RM280,000 dan ke atas bergantung kepada jenis hartanah, anda mampu berjimat banyak dengan menggunakan kemudahan awam yang disediakan.

Anda boleh sahaja memilih rumah sub-sale atau projek baharu bergantung kepada bajet yang ada. Antara projek baharu yang sedang dibangunkan adalah M Centura, Sentul dan Projek Perumahan Kos Rendah Sentul Raya.