Home Blog Page 72

Hapuskan ‘kekebalan’ PBT?

1

Terlalu banyak sebenarnya isu yang bangkit berkaitan tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.  Antara yang paling menarik perhatian saya adalah mengenai isu ‘kekebalan’ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Apakah sebenarnya kekebalan yang dimaksudkan ini?

‘Kekebalan’ yang dimaksudkan adalah PBT TIDAK BOLEH dikenakan tindakan walaupun terbukti ianya adalah disebabkan oleh kesilapan dan kecuaian mereka. Klaus ini adalah termaktub dibawah Seksyen 95(2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang melindungi PBT.

Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Highland Towers sebelum ini juga membuktikan satu lagi sebab di mana peruntukan tersebut perlu disemak semula bagi kepentingan awam.  Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2006 tersebut telah mengenepikan Mahkamah Rayuan terdahulu yang telah menolak rayuan Arab Malaysian Finance Bhd (AmFinance) dan tiga defendan lain yang didapati cuai berhubung tragedi Highland Towers dan mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong yang memutuskan defenda cuai dan gagal melaksanakan kewajipan berjaga-jaga masing-masing pada tahun 2003 (maklumat lanjut kes, klik di sini).

Lagi Kes Tanah Runtuh..

0

Belum reda kes tanah runtuh di Ulu Yam.. terjadi pula kes yang sama di Jalan Semantan, Damansara.  Ketika saya sendiri belum sempat membaca lebih lanjut mengenai kes di Jalan Semantan, kita semua dikejutkan semula dengan tragedi yang lebih ngeri yang berlaku awal pagi Sabtu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Ampang/Ulu Kelang.

Sebelum saya meneruskan lagi posting ni, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat, terutamanya yang melibatkan kehilangan nyawa kepada ahli keluarga mereka.

Memang tidak dinafikan kes-kes yang berlaku ini semuanya dikaitkan dengan kejadian hujan lebat yang berterusan akhir-akhir ini tetapi tragedi buruk di Bukit Antarabangsa ini bukanlah kali pertama dan setiap kali apabila berlaku ianya pasti melibatkan kehilangan nyawa. Sehingga saya menulis posting ini, dilaporkan kehilangan nyawa adalah seramai 4 orang dan berpuluh orang telah tercedera dan dihantar untuk mendapatkan rawatan termasuklah seorang ibu yang mengandung 9 bulan serta warga emas.

Dan ketika ini jugalah kenyataan-kenyataan popular yang tidak asing lagi dikeluarkan oleh mereka yang berkenaan serta pihak-pihak berkuasa.. Ini termasuklah.. “akan menghentikan pembangunan”, tidak meluluskan permohonan pembangunan baru”, “mengkaji struktur kekuatan tanah” dan pelbagai lagi yang saya fikir akan hilang begitu sahaja apabila keadaan kembali reda.  Dan kepada mereka yang terlibat, kesannya pasti selama-lamanya… Dengan kerosakan kerugian yang tidak ditanggung pihak insurans, pastinya ia akan menambah lagi beban kepada mereka yang terlibat.

Untung RM15,000..

0

Waaa… tengok heading macam best je kan??.. Untung RM15,000.. kalau lah dapat selalu macam ni kan best!.  Actually this time bukan saya yang untung tapi client saya yang untung coz saya berjaya arrange untuk dia beli property below market price.

Property tersebut adalah auction property dan saya telah menguruskan untuk lelongan tersebut pada harga yang beliau inginkan dan seterusnya beliau boleh membuat bidaan untuk harga tersebut.

Sebenarnya banyak lagi peluang yang ada dan masih menantikan mereka yang berminat untuk membeli hartanah below market price dengan ‘special arrangement’.  Benda ni pun saya tak boleh nak reveal banyak2.. so kalau anda pembaca TipsHartanah, mungkin anda antara orang yang bertuah kerana mengetahui mengenai perkara ni…  so, jika anda mempunyai budget dan memang bercadang untuk membeli property… mungkin anda boleh menghubungi TipsHartanah di admin[a]tipshartanah.com (email sahaja dan bukan reply posting ni) untuk maklumat lanjut.

Klient kedua saya sedang menantikan satu hartanah yang juga kurang dari harga pasaran dan agak sukar untuk diperolehi kerana lokasinya yang menarik.

Cerita banyak-banyak pun tak bleh.. so senang cerite untuk anda yang SERIOUS sahaja (dah ada budget la)… email saya untuk maklumat lanjut… kalau soalan yang sekadar nak tanya2 benda yang tak serius mungkin saya tak dapat nak layan.. so sorry.. kerana ada banyak perkara dan urusan yang lebih priority untuk saya lakukan.

Adios..

CIMB & Maybank Turunkan Kadar Pinjaman Asas (BLR)

1

Berikutan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam, CIMB dan Maybank telah mengumumkan untuk menurunkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) mereka kepada 6.5% berbanding 6.75% sebelum ini dan berkuatkuasa pada 1 December 2008.  Ini adalah berlawanan dengan kebanyakan pendapat dan spekulasi ramai sebelum ini yang menjangkakan bahawa BLR akan dinaikkan.

Bagi anda yang mempunyai pakej kadar pinjaman yang tinggi sebelum ini mungkin boleh mendapatkan nasihat daripada bank anda selepas 1 December ini untuk membincangkan pengstrukturan semula pinjaman anda kepada lebih rendah.

Dengan krisis kewangan dunia yang berlaku pada masa ini, kadar rendah ini dijangkakan mungkin berterusan sehingga pertengahan tahun depan untuk menggalakkan lagi industri perbankan dan perbelanjaan peruncitan yang semakin perlahan.

Saya sendiri telah mengarahkan banker saya untuk menunggu sehingga selepas 1 December ini untuk revised package pinjaman saya yang baru diluluskan 2 minggu lepas berdasarkan kadar lama.  Nampaknya bayaran bulanan saya akan dapat dikurangkan lagi dan akan terdpat lebihan sewa yang lebih tinggi apabila rumah tersebut disewakan nanti.

So, sekarang ni masih masa untuk membeli rumah atau perlu tunggu lagi? Segalanya terpulang kepada perancangan dan tujuan pembelian anda…

Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR)

2

Selepas beberapa bulan spekulasi mengenai penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh penganalisis-penganalisis ekonomi, Bank Negara Malaysia, pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari Isnin memutuskan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman kepada 3.25 peratus daripada 3.50 peratus.

Menurut BNM keputusan menurunkan kadar OPR yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) itu adalah sebagai langkah awal untuk menyediakan persekitaran monetari yang menyokong pertumbuhan negara. Berikutan keputusan itu, kadar tertinggi campur tangan BNM adalah pada 3.50 peratus manakala kadar terendahnya pula adalah 3.00 peratus. Pengumuman BNM menjawab spekulasi di pasaran yang mana penganalisis meramalkan OPR akan diturunkan sehingga 50 mata asas secara berperingkat-peringkat bermula dengan 25 mata asas hari ini.

Menurut penganalisis, baki 25 mata asas lagi akan diturunkan pada separuh pertama tahun depan berikutan kadar inflasi yang semakin menurun membantu Bank Pusat itu melonggarkan polisi mereka. Menurut BNM penurunan ini dibuat selepas mengambil kira risiko pertumbuhan yang lebih rendah semakin nyata dan tekanan inflasi yang semakin berkurangan.

Bank Pusat berkata, beberapa negara maju telahpun mengalami kemelesetan susulan keadaan tekanan yang buruk dalam sistem kewangan masing-masing.

Kemerosotan permintaan global yang ketara, kejatuhan harga komoditi yang besar dan penurunan harga ekuiti yang nyata telah memberikan tekanan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi serantau.

Sambil menyatakan inflasi global telah mula menurun dan aliran itu akan berterusan, Bank Pusat berkata, perkembangan ini mendorong pihak berkuasa menyediakan sokongan kecairan secara besar-besaran kepada pasaran kewangan dan mengambil langkah penyelesaian sektor kewangan, rangsangan fiskal dan kelonggaran dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Bank Pusat menjelaskan lagi, perkembangan global yang buruk telah menjejaskan ekonomi Malaysia seperti prestasi eksport yang lebih perlahan dan harga ekuiti yang rendah.

Katanya, meskipun permintaan dalam negara kekal mapan, terdapat tanda-tanda aktiviti sektor swasta akan menjadi lebih rendah dalam keadaan pasaran pekerja yang tidak menggalakkan dan suasana perniagaan semakin mencabar.

“Dalam keadaan ini, mengekalkan permintaan dalam negeri adalah penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi pada 2009 kekal positif. Risiko terhadap kestabilan harga kini berkurang dan kadar inflasi menyederhana daripada kadar tertingginya pada suku ketiga tahun ini,” kata BNM sambil menambah inflasi akan menyederhana lagi pada separuh kedua tahun depan.

Iskandar Malaysia – Hab Pengajian Perubatan

1

Iskandar Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region, IDR) bakal menjadi hab pengajian perubatan di rantau ini pada masa hadapan dengan penubuhan Universiti Perubatan Newcastle Malaysia (NUMed) yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan.

Univesiti tersebut menjangkakan pelajar-pelajar daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia akan melanjutkan pengajian perubatan di kampus tersebut apabila dibuka kelak.  Dengan ranking 10 universiti perubatan teratas di United Kingdom, lebih ramai lagi pelajar dijangkakan melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Universiti Perubatan Newcastle Malaysia (NUMed) dijangka siap sepenuhnya pada 2011 dan pihak universiti tersebut akan melabur RM400 juta dalam tempoh 30 tahun akan datang untuk membangunkan kampus tersebut.

Melaka dan Georgetown – Tapak Warisan Dunia

2

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat serta penduduk di kedua-dua bandar ini di atas pengisytiharan sebagai “Tapak Warisan Dunia”.  Pengiktirafan ini pastinya tidak datang dengan mudah dan ianya berdasarkan pelbagai faktor yang harus dipenuhi serta melalui beberapa proses penyaringan dan pengesahan yang dilakukan beberapa kali sebelum diiktiraf.

Walau bagaimanapun, pengiktirafan ini tidak habis begitu sahaja kerana ianya datang dengan tanggungjawab lain.  Saya pasti semua pihak pastinya gembira dengan pengiktirafan ini kecuali mereka yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan keuntungan tertentu.  Tidak dinafikan terdapatnya pihak yang tidak menyenangi pengiktirafan ini kerana dengan menjadi Tapak Warisan Dunia, kedua-dua kawasan ini tidak lagi boleh dibuat sesuka hati – dalam ertikata lain tidak boleh sesenang hati dibangunkan dengan sesuatu pembangunan dan bangunan sedia ada mestilah dilindungi, dijaga dan juga kawasan ini harus dipromosi sebagai Tapak Warisan Dunia.

Saya berharap pada masa akan datang kedua-dua bandar ini akan lebih dijaga rapi sebagai ‘warisan dunia’ dan menjadi terkenal di seluruh dunia dengan keunikan yang ada. Ini kerana Malaysia hanya mempunyai 3 ‘Tapak Warisan Dunia’ dan jika ianya gagal dilindungi atau garispanduan yang wujud tidak dipatuhi maka ianya akan berdepan dengan penarikan balik pengiktirafan tersebut.

Lagi taktik sindiket di Lelongan

1

Posting ni adalah sambungan kepada posting saya terdahulu mengenai auction yang saya hadiri di Penang pada hari semalam.  Memang sambutan yang amat hebat… mengikut apa yang dimaklumkan oleh auctioneer, bilangan bidders yang mendaftar adalah melebihi 200 orang. Bilangan property pula adalah 48 dan hanya 24 sahaja yang mempunyai bidder.  Terdapat 2 properties yang mana registered bidder adalah seramai lebih 40 orang dan beberapa lagi yang mempunyai lebih daripada 20 orang.  Hebat kan?.. Ini semua adalah disebabkan harga rezab yang ternyata amat rendah.

Ada satu property yang mula dibida pada harga rezab RM155K dan akhirnya dilelong sehingga RM245K dan satu lagi rumah bermula pada RM30K dan dilelong akhirnya pada harga RM75K. Memang sungguh live and happening auction pada masa tu apabila mereka yang berada di dalam dewan memberi tepukan ‘sokongan’ kepada 2 pembida terakhir yang ‘berlawan’ untuk memenangi hartanah tersebut.  Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian saya adalah bagaimana taktik sindiket yang boleh saya katakan tersusun dan agak rapi dalam mencapai objektf mereka.  Saya lihat juga bagaimana mereka ‘menggunakan’ 13 orang suruhan (tak tahu dimana mereka pungut orang-orang ini) untuk membuat bidaan bagi mendapatkan sebuah hartanah bumiputera.  Cuba bayangkan daripada 13 orang ‘bidders suruhan’ ini akhirnya hanya satu orang sahaja yang membuat bidaan pada harga RM1K  lebih tinggi (peingkatan pertama) dengan yang lainnya tersenyum menantikan bidaan itu ditutup.  Mereka ini saya lihat semuanya mengikut arahan kumpulan sindiket berkenaan dan seorang perempuan muda yang ‘memenangi’ bidaan tersebut bertanya kepada sindiket tersebut sama ada semuanya telah selesai (tanpa menyedari perbualan mereka didengari dan diperhatikan saya). Saya tidak tahu berapa ‘duit percuma’ yang mereka perolehi tetapi saya merasakan diantara RM100 – 200 seorang.  Apakah taktik disebalik cara pertama ini?

Auction di Penang

0

Sorry pasal lupa nak inform awal2 pasal auction ni. baru teringat coz besok kena pegi pagi-pagi lagi.  Apa yang menarik sangat pasal auction ni?  Haaa…sebenarnya seperti auction yang saya pegi pada bulan September yang lepas oleh auctioneer yang sama, auction ni juga sebenarnya menawarkan harga rezab serendah 50% daripada market price. No wonder ari ni auctioneer tu inform saya lebih 80 bidder registered.  Bagi anda yang baru tahu, agak terlambat la untuk anda bid jika anda berminat coz deposit hanya dalam bentuk Banker’s Cheque or Cashier’s Order.. Kad Kredit tak terima.  Melainkan anda boleh jumpa bank yang bukak esok.Kalo tak silap saya ada bank yang bukak hari Sabtu especially yang dalam shopping complex.

Pada auction yang lepas ada satu property menarik, harga rezab daripada RM190K lompat sampai RM284K bila bidder menang… kalau tak silap saya market value lebih kurang RM280K je… kira 4K lebih la… mungkin bidder tu tak kisah sebab dia punye property yang satu lagi dekat dengan yang dia beli tu.

Kali ni saya rasa lebih menarik sebab auctioneer telah buat marketing lebih awal berbanding sebelum ni.  Property yang sebelum ni takde bidder pun semuanye dah ada at least satu bidder registered.  Hmmm…. baguss… Kepada anda yang tak kemana-mana esok… jemputlah datang ke Kompleks Masyarakat Penyayang di Penang pukul 12pm.. dekat dengan Polo Club. Saya pun tak sure actual location sebab ni pun kali pertama buat auction kat situ.

Nanti saya update lagi apa outcome auction kali ni..

Untung lagi!

0

Kalau anda sudah membaca forum TipsHartanah mengenai posting saya berkenaan pelaburan hartanah dan bagaimana nak guna kereta percuma tentu anda akan faham tentang apa yang akan saya share di sini. Hari ni memang seronok untuk saya, tambahan lagi loan untuk satu lagi property yang saya beli telahpun lulus.. takdelah property mahal tapi sekadar RM90,000 dan ‘yield’ yang boleh saya katakan bagus.

Loan saya 80% iaitu RM72K dan saya perolehi daripada CIMB (Islamic loan). Monthly repayment lebih kurang RM385.. memang rendah bukan?

Property yang saya beli ni adalah low medium cost apartment di Kepong dan tujuan saya belipun purely untuk investment. Sebab saya beli antaranya kerana..

  1. Rental lebih kurang RM550, kalau saya buat semi-furnished maybe boleh mintak RM600-650.
  2. Yield yang boleh dikatakan tinggi (7.3%+)..tetapi sebenarnya lebih sebab…
  3. Tempat ni boleh dikatakan agak senang dapat tenant. Setahu saya semua unit didiami.. mungkin kerana lokasi yang strategik.
  4. Potensi untuk dijual semula.  Dan sememangnya saya bercadang untuk simpan maksimum 5 tahun sahaja.

Jadi berdasarkan di atas, saya akan dapat surplus rental lebih kurang RM165 (maintenance tenant kena bayar lain) yang mana saya kira sememangnya baik untuk property yang macam ni. Selain itu mengapa saya katakan saya sebenarnya dapat return yang lebih atau yield yang lebih tinggi? Ini kerana sebenarnya saya daapt membelinya pada harga yang lebih rendah… berapa dan bagaimana? biarlah itu saya sahaja yang tahu… :).