Home Blog Page 74

Bajet 2009 dan hartanah Malaysia

0

Memandangkan The Star Property Fair hanya bermula pada pukul 1 petang nanti, saya masih mempunyai masa pagi ni untuk menghantar sedikit posting sementara masih di hotel.  Sejak hari Jumaat lepas lagi ingin saya memberikan sedikit review dan komen mengenai bajet 2009 tetapi masa kurang mengizinkan.  Ada beberapa perkara yang berkait dengan isu hartanah yang boleh kita bincangkan di sini dan antaranya memang berkait terus dengan anda yang ingin membeli rumah.

Seperti yang saya nyatakan terdahulu, antara perkara yang paling menarik untuk anda yang merancang untuk membeli rumah adalah pengecualian 50% duti setem ke atas Dokumen Perjanjian Pinjaman.  Ini adalah tambahan ke atas potongan yang sama ke atas duti setem dokumen Perjanjian Jual Beli yang telah diberikan terdahulu pada Bajet 2008 yang lepas.  Walau bagaimanapun ini hanya untuk pembelian rumah bernilai RM250,000 ke bawah sahaja.  Dan kedua-duanya akan menjimatkan anda sehingga RM2,000 – memang berbaloi!. 

Antara perkara lain yang menarik adalah sambungan sistem rel sedia ada yang pastinya memberikan berita gembira kepada anda yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan.  Ianya melibatkan sambungan 15km kepada laluan rel LRT Ampang-Sri Petaling sehingga Putra Heights, melalui OUG, Kinrara dan Puchong kepada laluan PUTRA-LRT dari Kelana Jaya melalui Glenmarie, Subang Jaya dan USJ. Selain itu laluan baru komuter dari Cheras ke Kota Damansara sepanjang 42km juga dijangka akan meningkatkan lagi nilai hartanah yang terlibat di kawasan berkenaan.

Selain daripada pemaju yang pastinya gembira dengan perancangan berkenaan yang melibatkan projek mereka, penduduk-penduduk di kawasan berkenaan juga akan turut sama menikmati faedah yang telah sekian lama mereka nantikan terutamanya kawasan-kawasan yang padat dan sesak seperti Subang Jaya dan Puchong.

 Dijangkakan lebih banyak apartment-apartment akan dibina berhampiran dengan laluan baru berkenaan dan mungkin sesuai bagi anda yang merancang untuk membeli hartanah untuk masa hadapan sama ada untuk mendiami sendiri ataupun sebagai pelaburan..  Walau bagaimanapun, sedia maklum sesetengah kawasan berkenaan yang terlibat seperti Puchong sudahpun mempunyai lebihan penawaran hartanah yang boleh dibeli sekarang pada harga yang rendah dan ini mungkin juga salah satu perkara yang anda boleh pertimbangkan untuk pembelian anda.

Bersambung…

Lelongan Hartanah pada 6 September

0

Nampaknya terlalu banyak yang saya perlu kejarkan sehingga tidak sempat untuk menghantar posting di sini dan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua.  Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan terus memberikan keberkatan kepada kita semua dan janganlah membazir di bulan yang mulia ini.

Saya hanya ingin mengingatkan kepada anda yang mahu membeli hartanah pada harga yang rendah supaya tidak lupa untuk hadir ke 2 acara lelongan awam hartanah di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.  Di Kuala Lumpur, anda boleh membida untuk hartanah yang diakan dilelong bagi pihak RHB bank di mana terdapat 600 hartanah yang antaranya sangat menarik dan berbaloi untuk dibeli.  Ianya akan diadakan di PWTC bermula pada pukul 10.30 pagi.

Bagi anda yang berada di kawasan utara, jangan lepaskan peluang menghadiri The Star Property Fair bermula hari ini sehingga hari Ahad, 7 September yang mana mempunyai pelbagai events menarik termasuk seminar, pameran jualan rumah, hiasan dalaman dan juga lelongan awam.  Seminar ini akan disampaikan oleh ramai speaker terkenal termasuklah Milan Doshi, pakar pelaburan hartanah.  Lelongan awam akan diadakan pada hari Sabtu, pada pukul 1petang dan pendaftaran bermula pada 12 tengah hari.

Memandangkan saya tidak membida untuk sebarang property di KL, saya akan pergi ke Pulau Pinang untuk mengikuti beberapa seminar dan ceramah yang pastinya menarik.  Bagi anda yang berada di sana, marilah beramai-ramai ke Penang International Sports Arena (PISA), untuk menimba ilmu!

Selain itu.. saya akan menyentuh beberapa perkara menarik mengenai Bajet 2009 yang baru dibentangkan pada Jumaat lepas dalam beberapa hari akan datang.  Terdapat beberapa isu menarik yang ingin saya sentuh termasuk potongan 50% duti setem bagi Perjanjian Pinjaman sebagaimana yang telah diberikan pada Perjanjian Jual Beli pada tahun lepas.  Nantikannya…

Sekian.

Pemilikan Hartanah Bumiputera

1

Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) telah menyatakan di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 yang lepas bahawa mereka akan terus mendesak kerajaan untuk memastikan peningkatan dalam pemilikan hartanah oleh bumiputera di setiap negeri.  Dengan resolusi yang telah dicapai selepas 2-hari pameran tersebut, diharapkan ianya tidak terus berkubur begitu sahaja dan semoga pihak kerajaan dan pihak-pihak lain juga tampil untuk merealisasikan resolusi tersebut.  Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tambi Chik juga telah menyatakan bahawa Gabem akan terus memastikan resolusi tersebut akan dilaksanakan walaupun terdapat percanggahan ideologi politik dalam kerajaan negeri yang ada sekarang.

Antara kandungan resolusi tersebut adalah untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera daripada 12% kepada 25% dalam masa 2 tahun; meningkatkan sistem perlaksanaan dan pembangunan yang membolehkan lebih ramai Bumiputera terlibat dalam pasaran hartanah; dan memberikan keutamaan kepada syarikat pembinaan atau kontraktor bumiputera.  Menarik?  Bagi saya, memang menarik untuk resolusi satu dan dua – di mana SEMUA bumiputera boleh terlibat tidak kira siapa mereka, tetapi yang ketiga tu saya fikir masih lagi di tahap lama dimana memberikan keutamaan kepada kontraktor buniputera. Bukannya saya tidak menyokong, sememangnya bagus ada diantara mereka yang masih membela kontraktor bumiputera kita tetapi apa yang saya fikirkan adalah kualiti sebilangan kontraktor bumiputera tersebut yang hanya ‘makan atas angin’ ataupun sebagai “Ali Baba” dan tiada makna pun jika resolusi yang dibuat hanya menguntungkan pihak lain, tetapi apabila projek yang dilaksanakan terbengkalai, runtuh, bocor, tidak berkualiti dan pelbagai lagi berlaku… orang hanya akan nampak kontraktor BUMIPUTERA… jadi ini sudah tentunya akan merosakkan nama-nama kontraktor bumi lain yang bagus.

Apa yang saya nampak di sini walaupun memang baik resolusi tersebut, ianya perlu dipantau untuk perkara-perkara seperti itu tidak berlaku.  Kepada kontraktor bumi, anda juga memainkan peranan dan bertanggungjawab terhadap apa yang telah diberikan kepada anda dan jangan kerana ‘Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga’.  Saya menyokong penuh resolusi Gabem dalam meningkatkan pemilikan hartanah oleh bumiputera dan saya juga tidak mahu lagi melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang berlaku di negeri-negeri lain di mana pemilikan hartanah bumiputera hanya 2% (di pulau) dan keseluruhannya di negeri tersebut, pemilikan oleh Cina (72%) dan India (5.4%).  Bagi saya ini adalah tanggungjawab semua.

Sebagai permulaan, bagi anda yang ingin mendapatkan hartanah pada harga berpatutan, nantikan Lelongan Awam yang akan diadakan pada  6 September 2008.  Terdapat 2 lelongan yang menarik iaitu satu oleh RHB di KL dan satu lagi di Pulau Pinang (semasa pameran hartanah anjuran The Star) yang mempunyai harga rezab yang amat rendah.  Nantikan maklumat lanjut dalam posting akan datang.

MAPEX 2008 – mari ke sana!

0

Agak lambat untuk berkongsi dengan anda. Walau bagaimanapun bagi anda yang masih belum mengetahui tentang MAPEX 2008 yang sedang di adakan di PWTC pada 22 -24 Ogos ini, bolehlah pergi ke sana untuk melihat projek-projek yang mungkin bersesuaian dan sedang anda cari selama ini.

Terdapat lebih 40 pemaju dan peserta lain dan inilah salah satu tempat yang tidak patut anda lepaskan jika anda bercadang membeli rumah kerana biasanya akan ada tawaran-tawaran istimewa terhad hanya pada hari pameran tersebut.

Antara projek yang saya dapati menarik adalah seperti 162 Residency, Selayang (apartment) yang bermula daripada RM117K, Precinct 18R1, Putrajaya dan banyak lagi.

Jom ke Mapex!..

Pembiayaan Semula dan kesannya..

1

Pada masa kini ramai yang berpendapat bahawa Pembiayaan Semula rumah/hartanah merupakan cara yang termudah dalam mendapatkan tunai.  Ada yang juga sanggup membiaya semula rumah semata-mata hanya untuk mendapatkan wang untuk pergi melancong atau membuat ubahsuai rumah.  Tidak kurang juga ramai yang membiaya semula rumah kerana untuk membayar hutang jangka pendek (seperti kad kredit) tetapi menggantikannya dengan hutang jangka panjang yang memberikan kesan.

Tidak dinafikan juga pembiayaan semula boleh memberikan fleksibiliti kewangan kepada kita tetapi ianya hanya kesan yang kecil.  Dan juga jika kita mengetahui bagaimana dan bila sebenarnya patut kita membuat pembiayaan semula, maka barulah kita berbuat demikian…  Sebelum itu, bagi anda yang belum pernah membaca artikel mengenai pebiayaan semula, berikut adalah artikel yang saya temui online untuk bacaan anda….

BLR tidak naik..

1

Posting ini sememangnya lewat dari yang sepatutnya dan saya pasti ramai di antara anda sudahpun mengetahui bahawa Bank Negara masih lagi mengekalkan Overnight Policy Rate (OPR) pada kadar 3.5% sebagai langkah mengimbangi kadar inflasi yang tinggi.

 Walau bagaimanapun OPR ini dijangka akan tetap dinaikkan dalam meeting yang akan datang dan jangkaan kenaikan sebelum akhir tahun akan tetap berlaku.  Kesan OPR rendah yang tidak dinaikkan juga telah menyebabkan berlaku ke atas ringgit di mana ianya semakin rendah berbanding Dollar Amerika – baik dari satu segi tetapi mempunyai kesan sebaliknya terhadap perkara lain.

Bagi anda yang mengambil pinnjaman berdasarkan BLR, ini mungkin suatu berita yang baik dan masih boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi memikirkan tentang kenaikan bayaranbalik tambahan bulanan untuk pinjaman anda.

Walau bagaimanapun dengan kadar inflasi melebihi 7% dan OPR yang memang dijangkakan meningkat menjelang akhir tahun, ia sememangnya suatu perkara yang harus diberi perhatian oleh semua dalam membuat perancangan kewangan anda.

BLR dijangka naik Bulan ini pada…

0

Advertisement
The Crazy Google Nemesis that
they’ve kept it secret for so long..
Get the SECRET on How To Generate $1,456/day from Clickbank!
 

Setelah pelbagai kenaikan harga pada bulan Jun lepas, bulan Julai akan terus menyaksikan pelbagai lagi kenaikan harga dan yang menjadi tumpuan utama adalah KENAIKAN KADAR PINJAMAN ASAS (BLR) yang dijangka oleh penganalisis pada 25 Julai ini. 

Berapa kadar kenaikan tersebut?  Penganalisis menjangkakan bahawa kadar BLR akan sebanyak 50 point kadar asas ataupun sebanyak 0.5%, yang mana berkemungkinan dilakukan diantara tempoh tarikh tersebut sehingga akhir tahun ini.  Oleh itu berdasarkan kadar BLR semasa pada 6.75%, boleh dijangkakan bahawa sebelum akhir tahun ini BLR akan mencapai kadar 7.25%.  Bagi anda yang mengambil pakej BLR + 1%, maka anda seharusnya bersedia dengan pembayaran pada kadar 8.25% – huhhhh…. nasib baik saya mengambil islamic banking pada kadar tetap!

Blog Badan Pengurusan

1

Satu berita baik untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ‘Management Corporation’ – badan pengurusan yang menguruskan hartanah strata seperti flat, apartment dan condo. Saudara Mohd Iskandar telah memulakan blog khusus mengenai ‘Badan Pengurusan’.

Oleh itu bagi anda yang mempunyai masalah mengenai MC ini seperti penyelenggaraan tidak dilakukan dan undang-undang yang terlibat, anda mungkin boleh menjenguk blog beliau dan bertanya pelbagai soalan di sana.

Layari blog beliau di http://badanpengurusan.com

Hartanah Lelong.. Adakah ia menguntungkan?

4

Advertisement
Bukan Main-main! Memang Mudah. Semua Complete!
Ketahui Bagaimana jana RM20,000 sebulan dari BLOG.
Dapatkan Sekarang!
“Beli atau tak beli? Murah memang murah, tetapi adakah berbaloi?”Mungkin ini antara persoalan yang bermain di fikiran anda yang mungkin ingin membeli rumah atau hartanah lain di lelongan awam. Daripada flyers atau iklan di suratkhabar sememangnya nampak murah, tetapi betulkah ianya benar-benar murah atau itu sememangnya harga hartanah berkenaan?Hartanah lelong di Malaysia juga sememangnya sinonim dengan masalahnya tersendiri seperti rumah terbiar, masalah outstanding maintenance, quit rent, rumah kotor dan rosak dan pelbagai lagi yang perlu dipertimbangkan. Tetapi tahukah anda terdapat banyak juga hartanah yang sememangnya berada di lokasi yang bagus dan mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi daripada harga rezab yang ditetapkan? Inilah sebenarnya di mana bagi anda yang mahukan pulangan melalui pelaburan hartanah harus pertimbangkan… lebih-lebih lagi dengan pengecualian CKHT anda mungkin berpeluang memperolehi pulangan yang lebih tinggi jika mengetahui caranya.  

auction-hammer.jpg

Landscape.. meningkatkan value hartanah anda!

0

Hari Sabtu yang lepas saya telah pergi ke Kota Damansara melalui Jalan Sungai Buloh dan mendapati banyak nursery-nursery yang menjual pokok-pokok hiasan dan barangan landscape terletak di tepi-tepi jalan. Tiba-tiba saya teringat kata-kata rakan saya, Nazif (seorang pemilik syarikat landscape) yang suatu ketika menyatakan bahawa landscape boleh meningkatkan value hartanah kita. Beliau menyatakan dengan kos landscape yang minimal, kita akan mampu meningkatkan value rumah dan menikmati faedah lain..

Mungkin ada diantara anda yang pernah mengalaminya tetapi bagi anda yang masih belum memandang positif terhadap landscape (seperti mengatakan ianya hanya pembaziran), biar saya berkongsi sedikit semoga ianya dapat memberikan gambaran yang lebih jelas dan membawa kebaikan untuk semua.