Home Blog Page 76

Kerjaya dan Peluang dalam Bidang Hartanah

15

Apa khabar semua? Seronok beraya di kampung? Semoga anda semua sihat dan bergembira pada syawal tahun ini.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai peluang kerjaya dan potensi pendapatan di dalam bidang hartanah… khususnya di Malaysia. Mengapa saya membawa topik ini? Sebenarnya ini adalah berdasarkan banyak pengalaman saya apabila bersembang dengan orang-orang yang telah berjaya (dan juga masih belum berjaya) serta otai-otai (kira orang berusia lebih 40 tahun dan berpengalaman la kot)…

Saya dapati kebanyakan daripada mereka yang saya jumpa ini semuanya mengatakan mereka lambat nampak peluang yang ada di dalam bidang hartanah… dan hanya ketika usia yang semakin meningkat barulah mereka nampak peluang tersebut dan ada yang merasakan ianya agak lambat untuk mereka menyedarinya pada awal dahulu. Ada sesetengah mereka (bank manager, officer, manager, dan mcm2 lagi) baru mencuba2 untuk menceburi untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut peluang yang ada dalam bidang hartanah.. dan ada juga yang telahpun menukar bidang… dari bidang2 lain kepada hartanah..

Apabila saya terfikir tentang perkara ini saya mula berfikir sendirian…

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

0

Sempena Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Ahli dan pembaca-pembaca Tipshartanah. Semoga anda bergembira di hari lebaran dan tidak lupa kepada mereka yang kekurangan.

Kepada anda yang memandu untuk pulang ke kampung, semoga berhati-hati di jalanraya, sentiasa ingat kepada orang yang tersayang…

Selamat Hari Raya!

Permintaan REHDA yang melampau..

1

Saya tertarik dengan isu baru-baru ini mengenai REHDA meminta kerajaan menyemak semula harga rumah kos rendah daripada RM42,000 kepada RM60,000. Walaupun kerajaan akhirnya menolak permintaan mereka, di sini dapat dilihat bahawa REHDA sememangnya langsung tidak memikirkan kepentingan di pihak pembeli ataupun rakyat tetapi hanya memikirkan kepentingan kepada pemaju semata-mata.

KLCC Condominium..

0

Apa khabar semua?… Akhirnya dapat juga saya mencuri sedikit masa untuk menulis di Blog ini setelah lebih sebulan tidak berkesempatan melakukannya.

Sememangnya saya merasakan masa berlalu dengan amat pantas.. terlalu banyak yang perlu saya settlekan dan lakukan sejak dua bulan lepas sehingga tidak mempunyai banyak masa yang terluang untuk TipsHartanah, terutamanya menulis di Blog ini. Memandangkan baru-baru ini saya telah menyambung pelajaran saya ke peringkat Masters, maka hujung minggu saya tidak lagi free seperti masa-masa yang lalu dan tiada lagi appointment dari 9 pagi – 6 petang.

Jadual kerja saya juga semakin padat setiap hari dengan appointment-appointment klien untuk melihat bangunan-bangunan komersil di Damansara Heights, Sunway serta rumah-rumah di sekitar Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, sejak pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) baru-baru ini saya dapat merasakan bahawa semakin ramai pelabur-pelabur asing datang ke Malaysia untuk membuat pembelian sebagai pelaburan terutamanya hartanah-hartanah bernilai jutaan ringgit seperti kondominium di sekitar KLCC. Sepertimana yang pernah saya nyatakan di dalam posting sebelum ini mengenai pengecualian CKHT, ianya sememangnya akan menggalakkan semula industri hartanah Malaysia terutamanya hartanah ‘high-end’ tetapi di dalam masa yang sama kita akan menyaksikan lebih banyak hartanah Malaysia di beli oleh pelabur asing. Baik atau tidak, kedua-duanya pasti ada. Ini kerana

CTOS dan Anda…

2

Setelah sekian lama mengikuti perkembangan dan perdebatan mengenai isu CTOS akhirnya saya tergerak untuk berkongsi dan meluahkan sedikit pendapat saya mengenai isu ini – yang mana saya kira mungkin ada yang bersetuju dan pastinya ada yang tidak setuju.

Saya fikir di sini saya tidak perlu menjelaskan lebih lanjut tentang apa sebenarnya CTOS atau ‘Credit Tip-Off Service‘ kerana saya fikir anda pasti telah membaca mengenainya berulang kali dalam tempoh tiga minggu yang lepas.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah

Banjir..oh banjir…

0

Apa khabar semua?.. Saya berharap anda semua sihat-sihat hendaknya.. Nampaknya sudah lama betul saya tidak memblog di sini kerana mengalami sedikit masalah kesihatan.. seminggu lebih saya keluar masuk hospital untuk test darah kerana disyaki jangkitan virus denggi.. tetapi Alhamdulillah.. sekarang semuanya kembali kepada normal… saya sendiri sebenarnya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan diri saya jadi begitu teruk pada minggu tersebut.. demam melebihi 39 darjah Celcius setiap hari.. batuk yang teruk dan selsema.. Alhamdulillah saya disahkan tidak mengalami jangkitan Denggi, Selsema burung etc… hmmm…
Kepada anda yang menempah ebook-ebook Tipshartanah pada akhir bulan Mei dan awal bulan ini juga saya memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana berlaku sedikit kelewatan dan masalah kepada sesetengah anda… Maaf yek.. Saya harap semoga perkara sebegini dapat dielakkan di masa hadapan..Sepanjang tempoh berkenaan juga banyak isu-isu yang sebenarnya ingin saya bangkitkan tetapi saya fikir yang paling menarik perhatian semua pihak adalah banjir kilat pada 10 Jun lepas… tarikh yang sama…

Pasaran Hartanah semakin baik?

0

Baru-baru ini REHDA (Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia) telah menjalankan satu soalselidik terhadap ahli-ahlinya (Pemaju-pemaju perumahan) untuk melihat kesan daripada beberapa perubahan terhadap polisi yang dilakukan baru-baru ini.

Berdasarkan kajiselidik tersebut yang dilakukan dari 21 April sehingga 8 May lepas melibatkan 153 Ahli REHDA telah mendapati bahawa lebih daripada satu perlima responden (22%) menyatakan Jualan mereka telah meningkat manakala 18% pula menyatakan bahawa mereka telah dapat menukarkan prospek mereka kepada pembeli kesan daripada perubahan polisi seperti pasaran saham yang meningkat dan menggalakkan, pengecualian CKHT dan memudahkan kerenah birokrasi terhadap pembeli-pembeli asing.

Forum Tips Hartanah

0

Assalamualaikum dan Apa Khabar semua,

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan mengapa ada Forum dan Blog di Tipshartanah sedangkan kedua-duanya hampir sama. Ada pembaca yang bertanyakan kepada saya mana yang lebih sesuai untuk beliau bertanyakan soalan berkaitan hartanah dan membincangkan sesuatu permasalahan mengenai hartanah..

Dari statistik Tipshartanah juga saya sebenarnya mendapati bahawa lebih ramai yang ‘sampai’ ke Tipshartanah.com adalah di Blog ini (www.tipshartanah.com/blog) berbanding di Forum Tipshartanah (www.tipshartanah.com/publicforum). Tujuan saya mewujudkan kedua-duanya adalah sebenarnya mempunyai dua matlamat yang berbeza.

Blog telah diwujudkan lebih awal berbanding FORUM PUBLIC (tetapi kemudian daripada Forum Member) kerana saya ingin membincangkan mengenai isu-isu hartanah bersama pembaca semua. Tetapi ini kemudiannya saya mendapati di Blog ini kecenderungan untuk berkomunikasi dengan banyak pihak adalah amat terbatas. Oleh itu saya mewujudkan Forum Public (untuk non-member) yang mana bagi membolehkan lebih ramai pengunjung untuk berbincang mengenai hartanah dalam pelbagai topik. Ini adalah berbeza dengan blog di mana apabila terdapat sesuatu keperluan untuk saya bincangkan dan huraikan dengan lebih panjang dan mendalam maka saya akan memilih di sini untuk menyampaikannya. Blog ini saya gunakan lebih seperti menulis artikel yang saya harap pengunjung akan dapat memperolehi maklumat lebih jelas dalam perkara yang saya bincangkan berbeza dengan Forum di mana anda bebas bertanya, menjawab, memberi respons dan pelbagai lagi mengenai sebarang topik yang anda inginkan..

Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak memjemput dengan segala hormatnya anda semua untuk menyertai FORUM TIPSHARTANAH untuk lebih memeriahkannnya dan supaya lebih banyak idea yang akan dapat kita bincangkan di sana. Berdasarkan permasalahan yang wujud serta idea-idea yang wujud di Forum juga akan saya gunakan untuk membincangkan dengan lebih lanjut jika diperlukan di ruangan Blog ini. Idea-idea dan pendapat anda sangat saya nantikan dan hargai kerana kadangkala otak saya ni agak beku untuk membincangkan mengenai sesuatu isu hartanah, melainkan anda dapat membantu mencetuskan sesuatu isu/permasalahan.. Jika terdapat banyak isu atau pertanyaan mengenai topik yang sama maka saya akan cuba menyatakan penyelesainnya di sini dan semoga semua dapat manfaat daripadanya..

Semoga anda sekarang mendapat jawapan mengapa terdapat Forum dan Blog di Tipshartanah ini..

Bagi anda yang belum mendaftar di Forum Tipshartanah, saya alu-alukan anda berbuat demikian di www.tipshartanah.com/publicforum

Jumpa di sana…..

Isu beli rumah dan masuk awal..

12

Baru-baru ni seorang rakan berjumpa dan mengadu dengan saya mengenai rumah yang beliau beli sebelum ni mempunyai masalah dengan penjual dan juga peguam yang menguruskan. Menurutnya rumah tersebut sudah menjadi miliknya kerana bank telah membuat ‘disbursement’ tetapi penjual masih menuntut sewa bulanan kerana mendakwa ‘disbursement’ tersebut belum dibuat dengan jumlah sepenuhnya… sehinggalah masalah bertambah apabila rumah tersebut hampir disita kerana penjual tidak pernah membayar cukai taksiran (assessment) untuk tempoh lebih setahun dan membuatkan rakan saya semakin ‘naik angin’ dan akhirnya terpaksa keluar duit sendiri untuk membayar cukai taksiran tersebut.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai isu di atas, saya ingin anda nampak terlebih dahulu apakah sebenarnya yang berlaku di atas:
1) Pembeli telah membeli rumah tersebut secara terus kepada penjual (tanpa melalui ejen hartanah) pada harga yang sama-sama persetujui
2) Pembeli telah meminta untuk masuk lebih awal (dengan membayar sewa) sehinggalah bank membuat ‘disbursement’ kepada penjual.
3) Tiada perjanjian sewaan dibuat untuk penyewaan tersebut.
4) Kedua-dua pembeli dan penjual mempunyai peguam tersendiri yang mewakili mereka.
5) Penjual tidak membayar cukai taksiran untuk tempoh yang lama (lebih setahun) sehingga menerima notis sita.

Bagi anda yang merancang untuk membeli rumah, saya harap anda dapat mengambil sedikit pengajaran/manfaat dari isu ini – terutamanya jika anda merancang untuk masuk lebih awal dgn membayar sewa kepada penjual.

Sekarang kita bincangkan lebih mendalam mengenai isu ini..

BTS vs STB

2

Bina Kemudian Jual (Build Then Sell – BTS) dan Jual Kemudian Bina (Sell Then Build – STB) – Adakah BTS benar-benar memberikan kelebihan dan manfaat kepada pembeli-pembeli rumah?

Isu BTS dan STB ini pernah dibincangkan sebelum ini dan akhirnya ianya telahpun dimaktubkan dengan lebih jelas oleh kerajaan mengenai apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemaju-pemaju perumahan baru-baru ini serta pengumuman pemberian insentif kepada pemaju yang menggunakan konsep BTS.

Sebelum saya bincangkan lebih jauh, biar saya nyatakan dengan ringkas apakah sebenarnya BTS yang diperkatakan sekarang ini?
BTS sebenarnya adalah