Home Blog Page 77

Proses Pembelian Hartanah Dipercepatkan

2

Satu lagi berita baik untuk rakyat Malaysia!

Kerajaan akan mengambil langkah proaktif yang selama ini dinanti-nanti oleh semua iaitu untuk mempercepatkan lagi proses transaksi pembelian sesuatu hartanah – yang pada masa ini biasanya mengambil masa 6 bulan dan kadangkala sehingga setahun!

Ya, sememangnya di Malaysia proses pembelian/transaksi sesuatu hartanah mengambil masa yang agak panjang berbanding kebanyakan negara-negara lain. Perkara ini sememangnya telah lama diperkatakan dan dibincangkan, dan jika Malaysia mahukan lebih ramai pelabur-pelabur dari luar proses transaksi hartanah ini seharusnya disingkatkan, jika boleh kurang dari 2 minggu (realistik). Ini juga bagi menunjukkan Malaysia sudah bersedia untuk menjadi negara maju serta kerajaan amat peka terhadap proses kelulusan dan segala proses berkaitan transaksi hartanah. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Hong Kong proses ini sememannya dilakukan dengan efficien dan SINGKAT di mana untuk transaksi mudah seperti apartment atau rumah, ianya hanya mengambil masa sesingkat 1 hari – tak dapat saya bayangkan bagaiamana sistem mereka yang amat efisien tersebut.

Mungkin buat permulaan ini kita tidak mengharapkan proses transaksi ini tidak secepat itu kerana ianya melibatkan pelbagai agensi dan jabatan serta pangkalan data yang besar dan efisien, tetapi jika ianya boleh disingkatkan dari 3/ 6 bulan (pada masa ini) kepada 2 minggu,saya fikir ianya sudah memadai dan akan memuaskan hati ramai pembeli, penjual, pelabur dan sebagainya.

REITs – Apa sebenarnya R.E.I.T?

3

Sekarang ini bagi anda yang biasa membaca kolum-kolum berita mengenai perniagaan, pelaburan dan hartanah pastinya akan terlintas atau terbaca mengenai REIT. Bagi anda yang sememangnya di dalam bidang pelaburan saya pasti anda biasa dengannya tetapi bagi anda yang berada di dalam perniagaan atau hartanah, mungkin tidak semua yang arif mengenainya.. dan bagaimana pula dengan anda yang sememangnya tidak pernah ambil tahu mengenai pelaburan dan hartanah?.. hahh… saya pasti anda tentu tidak jelas mengenainya..

Jangan risau… posting kali ini saya terlintas pula dan ingin membincangkan serba ringkas mengenai apakah sebenarnya REIT ini dan apa yang menarik sangat mengenainya.. bagi anda yang sememangnya tidak pernah tahu mengenainya sebelum ini… saya harap anda teruskan membaca, kerana saya akan menyatakan kepada anda bagaimana anda boleh memiliki sebahagian hotel, pusat membeli-belah, hospital dan sebagainya yang bernilai jutaan ringgit ini hanya melalui REIT..

OK, Apakah sebenarnya REIT?

Pemansuhan Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

2

Pemansuhan (Ya.. sebenarnya adalah PENGECUALIAN dan bukannya pemansuhan) CKHT yang diumumkan oleh PM baru-baru ini amat menggembirakan banyak pihak terutamanya mereka yang terlibat secara terus dengan penjualan dan pelaburan hartanah.

Pemansuhan Pengecualian ini adalah bertujuan untuk merancakkan semula prestasi sektor hartanah yang agak lembab terutamanya kategori ‘medium’ dan ‘high-end’. Dengan pembangunan kategori ini yang berterusan dan memberikan bekalan yang banyak di pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, unit-unit hartanah kategori ini dilihat mengalami permintaan yang agak suram kerana kebanyakannya berharga melebihi RM1,000,000 dan memerlukan mereka yang benar-benar mampu sahaja – yang mana sudah tentunya majoritinya adalah syarikat-syarikat atau pelabur-pelabur asing.

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, apakah sebenarnya CKHT? CKHT sebenarnya adalah

Elak Membeli dari Pemaju Bermasalah

10

Apa khabar semua?

Nampaknya ini hanyalah artikel yang kedua saya pada bulan Februari ni. Sebenarnya, saya sedang terfikir jugak apabila ada orang berkata pasaran hartanah Malaysia agak ‘slow’ kerana hakikatnnya saya sememangnya tak menang tangan untuk menguruskan pelbagai permintaan dan urusan berkaitan hartanah saya termasuklah klien yang mencari ladang sawit beribu-ribu ekar, ruang office untuk menempatkan lebih kurang 2,000 staff dan banyak lagi penjualan hartanah dari individu dan syarikat. Bagi anda yang mempunyai maklumat mengenai ruang office untuk disewa/dijual di sekitar
Putrajaya/Cyberjaya dengan saiz 50,000 – 100,000 sf
bolehlah menghubungi saya melalui email
di admin[a]tipshartanah.com. Mengenai ladang sawit, telah saya nyatakan dalam posting terdahulu tetapi pengecualian terhadap negeri-negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

OK, berbalik kepada tajuk kita. Sebenarnya isu ni penting untuk kita bicarakan kerana banyak yang komplen kerana ‘tertipu’ dengan sikap pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab dan
‘hati kering’ ni! Walau bagaimanapun ingin saya jelaskan sekali lagi… dan berulang-ulang kali bahawa dalam proses pembelian rumah, terutamanya anda yang kali pertama, sila dapatkan nasihat terlebih dahulu dari mereka yang mempunyai pengalaman atau dapatkan maklumat dari internet mengenai perkara yang mesti anda tahu sebelum menandatangani perjanjian pembelian dan mengeluarkan wang deposit anda yng boleh ‘hangus’.

Persoalan di sini adalah….

Adakah pemaju yang menipu ATAU anda yang kurang prihatin dan tidak membaca APA YANG SEPATUTNYA terlebih dahulu?

Tanah Dikehendaki..

1

Nampaknya saya terpaksa selitkan sedikit Iklan/Pengumuman ini di sini.

Sememangnya sekarang ni saya amat sibuk menjalankan urusan berkaitan hartanah saya dan sekarang ini saya mempunyai klien yang benar-benar sedang mencari tanah untuk dibangunkan.

Jika anda adalah PEMILIK kepada tanah-tanah yang terletak di KL/Lembah Klang anda bolehlah menghubungi saya melalui email admin[a]tipshartanah.com untuk maklumat lanjut.

Selain itu, saya juga mempunyai klien yang sedang mencari Ladang Kelapa Sawit dengan saiz yang besar (1,000 ekar sehingga 20,000 ekar) di Semenanjung Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang ladang sawit dalam saiz berkenaan dan berminat untuk menjualnya, sila hubungi saya melalui email yang sama.

Sila ambil perhatian, saya dan klien saya hanya berurusan terus dengan Pemilik sahaja atau orang yang mempunyai hubungan terus dengan pemilik. Sebarang perbincangan akan dilakukan terus dengan pemilik tetapi di atas arrangement anda (jika anda diberikan kuasa oleh pemilik). Kami tidak berurusan dengan mereka yang mempunyai beberapa orang tengah.

Terima Kasih.

Perancangan Tips Hartanah 2007?

0

Tahun 2006 telah berlalu dengan pelbagai kenangan dan sesuatu untuk diambil pengajaran. Bagi saya serta Tips Hartanah khususnya, tahun 2006 merupakan langkah awal saya memindahkan maklumat serta informasi yang saya ketahui kepada lebih ramai orang melalui teknologi ICT yang saya fikir harus diambil perhatian oleh semua. Tahun 2007 ini saya jangkakan bakal menjadi tahun yang amat sibuk untuk diri saya dengan pelbagai aktiviti dan perancangan yang telah saya atur selain daripada aktiviti terus berkaitan hartanah sendiri dan internet.

Setelah memulakan Tips Hartanah pada September 2006, dan masih lagi dikira sebagai ‘jagung muda’ (belumpun setahun jagung.. hehe..) Laman web Tips Hartanah termasuk Blog dan ebook telahpun mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima Kasih saya ucapkan.

Bermula dengan produk Ebook ‘Panduan Membeli Rumah’ yang menjadi panduan kepada hampir setiap orang yang ingin membeli rumah serta informasi di Blog dan Forum, pelbagai perancangan telah saya aturkan untuk tahun ini khusus untuk menyediakan maklumat hartanah yang lebih lengkap dan membantu anda semua. Seperti yang anda lihat di Lamanweb baru TipsHartanah, satu produk bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu Ebook ‘Panduan Menjual Rumah Yang Menguntungkan‘ yang mana merupakan ‘harus-milik’ oleh anda yang sudahpun memiliki rumah dan ingin menjualnya untuk keuntungan maksimum. Harga ebook ini dijangka lebih rendah dari Ebook ‘Panduan Membeli Rumah‘ dan amat-amat berpatutan kerana saya merasakan ianya adalah untuk menghargai anda yang telah memberikan sambutan kepada ebook pertama. Selain itu, Tips Hartanah juga akan melancarkan Ebook yang saya jangkakan akan dinantikan oleh ramai peminat hartanah yang baru serta bercadang untuk menceburkan diri di dalam pelaburan hartanah iaitu produk berkaitan Pelaburan Hartanah dan cara-cara menjana pendapatan yang lumayan dengan modal rendah atau RM’0′ yang selama ini mejadi rahsia kebanyakan mereka yang telah berjaya. Nantikannya pada pertengahan tahun ini!

Mengenai Forum TipsHartanah, saya sememangnya mendapat banyak permintaan dari orang ramai untuk menjadikan ia ‘public’ dan tidak seperti sekarang yang mana khusus untuk Ahli TipsHartanah yang membeli produk sahaja. Walaupun cadangan ini sedang saya pertimbangkan, saya haruslah adil kepada pelanggan sedia ada saya yang telah saya janjikan maklumat ekslusif serta manfaat tambahan untuk mereka. Oleh itu, sebagai alternatif, saya merancang untuk membuka satu Forum Baru, yang mana untuk sesiapa sahaja yang ingin membincangkan sebarang isu mengenai hartanah disamping mendapat maklumbalas terus daripada saya untuk isu-isu hartanah tertentu. Forum ini dijangka bermula pada petengahan Bulan Februari atau awal bulan Mac.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan yang ingin dikongsi bersama atau mahukan sebarang produk berkaitan hartanah ditulis, anda bolehlah menghantar email kepada saya di admin[a]tipshartanah.com. Sebarang cadangan dan perkongsian anda akan dipertimbangkan dan amat saya hargai.

Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan di atas sokongan anda semua.

2007 Property Market Outlook

0

Hopefully it’s still not to late to wish all Tips Hartanah members, readers and visitor a good and Happy New Year! Selamat Tahun Baru 2007.. and hopefully all your 2006 resolutions have been achieved by you.

Talking about the property market outlook or what will the trend for property market in 2007 is very exciting. Besides the rumours that saying interest will be up, price of fuel will be up and almost everything will be UP… (except the salary.. hehehe..).. people are still seem to ignore those rumours and continue buying properties especially houses/residential properties. I am also currently quite busy dealing with many of those who are buying properties, and also looking for properties either for their own-stay or investment purpose. So if you’re one of the property owner (especially in Klang Valley) you can contact me if you’re intent to sell your property to my current clients.

Back to the property market outlook for 2007, I’m personally think that

Tips Hartanah berwajah baru…

0

Tahun Baru 2007 bakal menjelma.. dan untuk memberikan ‘mood’ baru yang lebih segar serta wajah baru yang lebih baik, Laman web Tips Hartanah juga kini telah diubah kepada wajah baru yang lebih memudahkan anda.

New Tips Hartanah site
(Klik gambar untuk melawati Laman web Tips Hartanah)

Dengan produk semasa yang mendapat sambutan hangat pada tahun 2006 – iaitu Ebook ‘Panduan Membeli Rumah’ (dan sentiasa mendapat sambutan berterusan), Tips Hartanah akan terus membawa kepada anda produk-produk ilmiah yang dijangka akan terus memberikan ilmu dan panduan mengenai hartanah di dalam Bahasa Melayu.

Ebook baru ‘Panduan Menjual Rumah Yang Menguntungkan’ dijangka dilancarkan pada awal tahun 2007 – khusus untuk anda yang sudahpun memiliki rumah dan merancang untuk menjualnya, sama ada untuk meng’upgrade’ kepada rumah lain yang lebih selesa atau sebagai investment dan ingin mendapatkan pulangan maksimum dari penjualan rumah anda.

Nantikan Review Ebook ini yang bakal dilancarkan tidak lama lagi!

Kepada Semua Ahli Tip Hartanah dan pengunjung setia Blog Tips Hartanah, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru 2007’.

Apa beza ketiga-tiga ni?…

3

Sebenarnya perkara ni dah lama bermain di fikiran saya dan saya rasa amat penting untuk saya kongsikan bersama..

Apa yang saya maksudkan?… sebenarnya perbezaan yang perlu anda ketahui antara 3 perkara ini iaitu..
1) HARGA PERMINTAAN (Asking Price)
2) HARGA JUALAN (Selling Price)
3) NILAI PASARAN (Market Value).

Kenapa ini penting untuk anda ketahui?

Apa maksud kaveat (caveat)?

12

Sebelum saya menulis posting ni, saya ingin ucapkan terima kasih kepada seorang Ahli TipsHartanah, iaitu Cik Zafirah sebab mengingatkan saya semula untuk menulis tentang Kaveat ni. Saya harap ‘posting’ saya ni dapat menjawab persoalan beliau.

Ok.. Persoalan yang biasa ditanya.. Saya lihat di dalam Geran saya tiba-tiba ada didaftarkan (dimasukkan) Kaveat Persendirian sedangkan saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Apakah sebenarnya Kaveat Persendirian tersebut? Dan apakah kesannya apabila geran saya didaftarkan kaveat persendirian tersebut?

kaveatSebenarnya ramai yang kurang tahu atau kurang arif mengenai istilah-istilah seperti ini dan kesannya terhadap mereka di dalam hartanah dari segi undang-undang. Jika kita ambil Kaveat ini sendiri sebagai contoh, kesan sebenarnya adalah amat besar sekali kepada pemilik tanah tersebut.

Ini kerana apabila sesuatu kaveat dimasukkan (didaftarkan) ke atas sesuatu hakmilik tanah, maka ianya akan menghalang sebarang urusan daripada berlaku ke atas tanah tersebut! Maksudnya?…
maksudnya di sini adalah apabila hakmilik anda telah dimasukkan kaveat, maka anda tidak boleh menjual… menggadai atau menyewakan tanah tersebut atau apa juga urusan pindahmilik kepentingan sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau secara automatiknya tamat tempoh.

Ada berapa jenis kaveat?
Berdasarkan yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56 1965), Kaveat adalah terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats) – Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik (Document of Title)

2) Kaveat Persendirian (Private Caveats) – Kaveat yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah tersebut.

3) Kaveat Pemegang-Lien (Lien-Holders’ Caveats) – Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mana memegang dokumen hakmilik sebagai cagaran untuk tujuan tertentu seperti pemberian pinjaman (contohnya bank).

4) Kaveat Amanah (Trust Caveats) – Kaveat ini hanya dimasukkan oleh Pendaftar terhadap sebarang tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh seseorang individu atau badan sebagai pemegang amanah.

Terdapat beberapa keadaan tertentu yang membezakan kaveat-kaveat di atas dimasukkan. Secara ringkasnya, Kaveat Pendaftar adalah lebih kepada melindungi kepentingan yang berkaitan dengan hak-hak kerajaan atau individu pemilik tanah tersebut. Sebagai contohnya, untuk menghalang urusniaga palsu atau dicurigai daripada berlaku ke atas tanah tersebut atau kadangkala dimasukkan untuk tujuan siasatan rasmi cthnya polis, LHDN, dsbnya ke atas hartanah tersebut.

Bagi Kaveat Persendirian pula, ianya adalah lebih jelas dan mudah difahami. Kaveat jenis ini boleh dimasukkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan kepentingan terhadap hakmilik tanah tersebut, walaupun bukan miliknya. Contohnya adalah orang yang telah membuat sebahagian pembayaran deposit untuk pembelian tersebut atau orang yang mempunyai perjanjian  pajakan yang didaftarkan ke atas tanah tersebut. Walau bagaimanapun, kaveat persendirian ini tidak menghalang dari urusan-urusan lain daripada berlaku ke atas hakmilik tersebut seperti endorsement tertentu. Kaveat persendirian akan terbatal dengan sendirinya selepas 6 tahun.