Bajet 2011: Berita Baik Untuk Pembeli Rumah Pertama

Bajet 2011 telah diumumkan semalam. Seperti biasa ramai yang mengharapkan ‘sesuatu’ dari pengumuman bajet berkenaan.  Secara peribadinya saya juga lihat banyak yang diumumkan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan yang selama ini sememangnya terasa kesan akibat kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Dari segi hartanah dan perumahan juga tidak terkecuali.  Kerajaan sememangnya meletakkan golongan ini antara keutamaan dalam memberikan bantuan dan menyelesaikan permasalahan mereka.  Antaranya adalah pengumuman peruntukan sebanyak RM568juta untuk tujuan pembinaan 87,300 rumah kediaman bagi golongan tersebut, insentif untuk pembeli pertama dengan pembiayaan sehingga 100%, pengecualian duti setem 50% dan pinjaman perumahan sehingga maksimum RM60,000 untuk pekerja estet.

Bukannya nak bodek… tapi saya rasa mereka yang terlibat seharusnya berterima kasih kerana luahan mereka selama ini didengar kerajaan terutamanya bagi mereka yang ingin membeli rumah dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk bayaran 10% deposit.

Skim ini sebenarnya telah lama dilaksanakan di negara lain seperti Australian tetapi dengan sedikit perubahan.  Dengan adanya kemudahan ini di Malaysia, mereka yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 kini tidak perlu lagi risau kerana dengan adanya jaminan kerajaan untuk pembayaran deposit 10% tersebut di bawah Skim Rumah Pertamaku pembelian rumah menjadi lebih mudah dan tidak membebankan.  Walau bagaimanapun, had pembelian dihadkan kepada RM220,000 sahaja – saya fikir cukup tinggi untuk pembelian rumah pertama.  Mungkin harga ini ditetapkan berdasarkan komitmen bulanan di mana ianya adalah sekitar RM1,000 sebulan atau 1/3 daripada pendapatan bulanan.

Saya tidak pasti sama ada kemudahan ini diberikan kepada mereka yang sudah berkahwin sahaja atau mereka yang bujang turut sama dapat menggunakannya kerana setakat ini saya tidak mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.  Jika diambil dari syarat pembelian rumah kos rendah, ianya adalah untuk mereka yang berkahwin dan pendapatan isi rumah RM2,500.  Jika ianya adalah untuk semua orang, maka saya fikir individu bujang yang berpendapatan RM3,000 atau kurang seharusnya merebut peluang ini secepat mungkin sebelum skim ini dimansuhkan atau digubal.  Ini bermakna anda bakal memiliki 2 aset setelah berkahwin jika pasangan anda turut melakukan yang sama – suatu pelaburan yang menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Selain itu pengecualian duti setem sebanyak 50% juga terpakai untuk pembelian rumah melalui skim ini dan bakal menjimatkan lebih kurang RM1,000 lagi ketika anda membeli rumah.

Semoga dengan pengumuman Bajet 2011 ini, anda sudah boleh mula merancang pembelian rumah anda untuk tahun hadapan.

Saya akan mengulas lebih lanjut mengenai bajet 2011 ini dalam posting akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


36 Comments

  1. pendapatan isi rumah yg lebih dr 3k mcm mana?sedangkan masih menyewa dan tidak mampu untuk mendahulukan wang pendahuluan?

    ReplyReply
  2. Fahmi,
    itulah isu sebenar golongan pertengahan sekarang ni.. byk cadangan yg telah diebrikan kepada kerajaan tetapi tak byk lagi yg benar2 diberikan perhatian.
    Golonga pertengahan adalah sebenarnya yang paling tersepit…. pendapatan sebenarnya lebih rendah terutama mereka yang kena income tax sedangkan hakikatnya tak cukup…

    ReplyReply
  3. nor faieza mohd fazli

    macam mana saya nak apply skim rumah pertamaku nie???

    ReplyReply
  4. Nor Faieza,
    Buat masa ini, Cagamas Berhad masih lagi di dalam proses akhir untuk perlaksanaan.
    http://tipshartanah.com/2011/01/update-skim-rumah-pertamaku/

    ReplyReply
  5. Saya bekerja under govt, tapi berstatus kontrak dan sudah 6 bln bekerja. Adakah saya layak utk apply skim ini?

    ReplyReply
  6. muhammad ibrahim bin selamat

    macm mane sy nak apply

    ReplyReply
  7. roshedy

    sy dah istihar muflis,adakah peluang utk.beli rumah dlm skim tersebut.

    ReplyReply
  8. kamy_diary

    saya berumur 33tahun dan berkerja sendiri dengan pendapatan RM2500 sbln, memiliki 3 orang anak dan tinggal di Kangar…. rasa2 nya ada peluang yang tinggi tak untuk miliki rumah nie…. atau pun ia di khaskan untuk pekerja kerajaan sahaja??????

    ReplyReply
  9. idzham

    bagi tahu cara-cara nak beli rumah petama ni….
    dah menetap kat selangor ni dekat 20 tahun tapi tak ada rumah lagi…
    harap dapat membantu…

    ReplyReply
  10. Salam semua,
    Skim Rumah Pertamaku (SRP) kini dilancarkan. Rujuk http://tipshartanah.com/2011/03/skim-rumah-pertamaku-srp-dilancarkan/

    @Muhammad: permohonan seperti pembelian biasa cuma tambahan 10% tersebut akan dijamin Cagamas. W/bagaimanapun buat masa ini masih tidak jelas tentang proses sebenar. Saya berpendapat ianya perlu dilakukan melalui bank apabila membuat pinjaman nanti dan tambahan 10% yang diberikan bank akan dijamin Cagamas.

    @Roshedy: Memandangkan baki pinjaman 90% adalah melalui bank spt biasa maka kemungkinan besar tidak boleh.

    @kamy: tiada masalah. Sesiapa saje boleh pohon asalkan belum memiliki rumah dan memenuhi syarat lain seperti gaji kurang RM3,000 dan harga rumah antara RM100K-220K.

    @idzham: saya akan maklumkan apabila Cagamas membuat pengumuman nanti.

    ReplyReply
  11. old neighbour

    [Edited]

    Eligibility
    1. those who earn less than RM3,000 a month

    My comment : apparently sesape gaji RM1,500 should now think of buying one but will they afford to buy one.. that’s a question.

    2. Houses costing between RM100,000 and RM220,000 either completed properties or under construction.

    My comment : Assessing based on kawasan bandar ok. Hardly to get a house , especially two storey terrace sold at the given range. In KL, if you have RM220,000.00 , u have no choice but to buy an apartment. Not one with the service , just an apartment. 3 rooms and 2 toilets at least with perhaps 800sqf. Those who stay in kampung-kampung or any places that have cheaper cost of living in Malaysia might enjoy the benefit. For example, in JB, you can get a double storey terrace below RM200,000.

    3. Self-employed do not qualify to apply.

    My comment : perhaps, they have done their studies and most important thing is, those who have payslips will be given a chance under this scheme. I am not sure why but I reckon this is something to do about the security la…

    4. The monthly financing repayment sum must also be not more than one-third of the applicants’ monthly gross income.

    My comment : assessing this if a husband is the breadwinner of the household. Kate la.. ok .. Katelaaa your gross income a month is err.. RM2500 after tolak tolak all EPF, Socso bla bla..hence, based on the point no 4. the total repayment sum shall not be exceeded than RM833. If you calculate based on the current BLR 6.3% and total repayment up to 30 years, approximately the ACTUAL total amount of loan that you ACTUALLY deserve is RM135,000 or less!! okay.. I am no expert in this stuff but IF my calculation is correct! why the hell they say those who earn less than RM3,000 can buy a RM220,000 house. I am afraid they have done their studies thoroughly.

    5. However, this sum can go up to 50% of their income if additional credit is permitted under the banks’ underwriting policy.

    My comment : they have house to be paid montly around RM1,500.00, car at least RM500. now RM500 left to eat, top up, pay bills etc. think about a husband singlehandedly controls the house. kesian kan

    having said above, those who are keen to apply, should have sit and do the proper math. Seriously, orang akan cakap, okay you are young and should buy a house while the price is still okay, but that doesnt mean you cannot have proper plan especially in your financing. Working marrried couple might enjoy the benefit in which they can share who should pay wht and what.

    Poisitive
    1. Menolong anak muda to get better place to stay. daripada renting a house, better buy the house. but still! you have to bare the costs of both loan and rent if your house is still under constuction kan

    Negative
    1. Hutang Hutang Hutang – undeniably, no one can afford to buy a house cash. so its forgiven la in fact that’s our style of living in Malaysia
    2. More muflis and bankrap la!
    3. Harga rumah will definitely akan naik mendadak!

    I am not saying that i am very good at handling my monthly income, No but alhamdullilah, at 25yo, I bought a house and nice car but my other expenses still sucks!

    so are u applying?

    ReplyReply
  12. Nice one! Thanks for the sharing.

    ReplyReply
  13. saya nk tahu syarat kelayakan dan bayaran bulan2 sebab pendapatan saya dan suami tak sampai rm2ribu pn…mampu ker kami nk bayar bulan2???ditambah dengan keperluan 2org baby

    ReplyReply
  14. Mesteri

    Saya masih tertanya-tanya macam mana nak mohon skim ini,
    Bila saya tanya pihak bank mereka kata diorg tak dapat lagi pengesahan dari pihak kementerian,
    saya masih keliru dan tak faham,
    adakah pihak bank tidak berminat untuk menolong golongan seperti kami ini adalah kerana tak dapat keuntungan???
    jangan la hampa semangat saya untuk memiliki rumah pertama saya,
    semua bank ini tau mau untung shj… Tau tindas rakyat seperti golongan kita ini.
    kalau nak tolong rakyat seperti golongan kita ini tolong la bagi penerangan yg jelas.

    ReplyReply
  15. Salam…adakah layak jika saya (isteri) masih mempunyai hutang di bank dan sekarang hanya surirumah sahaja manakala nama suami juga tidak boleh digunakan juga tetapi suami bekerja di Mbb(membuat house loan).Memandangkan syarat-syarat tersebut ada pada suami .

    ReplyReply
  16. Blusher Pink

    Mcm mane nk mohon ni???
    Exmple installment 1000.. agk2 installment tu akn naik lg ke ble sy dh maintain byr 2 taun??

    ReplyReply
  17. erney8591

    bagaimna yg berpendapatan xsmpi rm1500 ni…
    harga rumah antra 100k hgga 220k…layak ke?

    ReplyReply
  18. Siti NOrfaez bt Ab Rahim

    macam mana saya nak apply skim rumah pertama ku??
    gaji saya pun tak sampai RM2000…
    layak ke saya nak wat skim dengan harga rumah 150k – 200k ke atas tu?????

    ReplyReply
  19. mardiana

    nak rumah jgk.. bagi la peluang kami fresh graduate yg bru merangkak nk berdikari & berumah tangga ni.gaji seciput RM2000 hbs utk perbelanjaan diri, byar sewa rmh kt org & bayar hutang ptptn. xkan selamenye mcm ni.. huhu.. tension…

    ReplyReply
  20. 1)salam semua..pelancaran skim rumah pertamaku jelas mengembirakan golongan muda yg berpendapatan kurang dari rm3k sebulan,samaada berseorangan@join income.
    tetapi..pembeli skim rumah pertamaku juga perlu tahu,yang mana perlu juga membayar fees2 yang lain@tersembunyi,cthnya:
    -yuran guaman(tgk pada promosi)
    -duti setem
    -m.o.t(memorandum of transfer)
    -PTG consent(gadaian)
    -setem
    -lain2 caj yg dikenakan oleh peguam
    Yang diatas antara pembeli dan pemaju,belum lg antara pihak bank.
    peruntukan untuk membeli rumah samaada SRP atau tidak adalah perlu..tu belum lg kos penyelenggaraan syabas dan t.n.b..
    2)saya adalah salah seorang berkerja di pemaju perumahan bahagian penasihat jualan..saya juga ada memberi nasihat dan juga pendapat pd pembeli skim rumah pertama,yg mana kita perlu berfikiran secara logik dgn harga rumah yg di ingini,supaya tidak membebankan di kemudian hari.
    kerajaan menetapkan rm222,000 harga maksimum utk SRP,tetapi jgn lah kalau gaji kita kasar sebulan rm1000 untuk arga rumah demikian,kerana pihak bank akan kira 1/3 dr gaji untuk pembayaran,brape yg tggl untuk makan??
    3)walau apa pun berita ini indah khabar dr rupa sebenarnya,saya juga ada pembeli2 muda yg ingin skim ini..TETAPI…seandainya kerajaan hanya sekadar memberi berita gembira dan tiada tindakan susulan@pemantauan(pada pihak bank),skim ini tidak akan memberi apa2 makna pun.
    kerana apa saya kata demikian?kerana semua permohonan skim ini dr pembeli saya telah ditolak oleh pihak bank..kenapa?bg saya pembeli2 saya telah memenuhi segala kriteria2 untuk skim rumah pertama,bila saya bertanya pada pihak bank mengapa??jawapannya memang tak boleh diterima akal’SUSAHLAH,BANYAK KERTAS KERJA NAK KENA BUAT’..bagi saya kalo susah berhenti kerja!!jangan dok kat bank menyusahkan…bila perkara @jawapan begini terjadi,kami di bahagian sale(pemaju) di ajukan pelbagai persoalan,ada yg kata kami menipu dan sebagainya.
    Itulah yang saya katakan tadi,berita gembira indah khabar dari rupa.
    pembeli saya gaji bersih
    -rm1650-bank bahagi pertiga,bank memberitahu perlu rm800 sebulan,so xcukuplah,jadi saya beri cadangan untuk join income bersama adik pembeli,memang dapt lebih dr rm800,tetapi bank memberi alasan’bila combine income,xlayak untuk skim rumah pertama’,padahal bila pembeli saya join income,xsampai pun 3k lebih…saya hanya mampu terdiam sahaja.
    4)pada saya lah,ini bukan nk lebih2 atau nk perli sesiapa,sekiranya kerajaan mengutamakan rakyat,kenapa pekerja swasta xlayak dapat pinjaman penuh seperti mana kakitangan kerajaan yang mempunyai satu badan BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN(BPP)PUTRAJAYA,yg mana loan penuh pasti dalam genggaman,jikalau satu malaysia,mengapa kami perkerja swasta seperti NO2?kerajaan@swasta tetap rakyat malaysia,tetapi mengapa ianya berbeza jikalau ‘RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’..
    SEKIAN ASSALAMMUALAIKUM

    ReplyReply
  21. Liyas

    salam..saya nak tahu klu sudah berkahwin, di kira macam mana? adalah syarat isirumah rm3k tu di kira suami isteri or hanya sorang2 jer??

    ingin tahu..

    ReplyReply
  22. Liyas,
    Jumlah pendapatan (combined) tidak melebihi RM3,000.

    ReplyReply
  23. saya sangat mengidamkan untuk memiliki sebuah rumah sendiri, dan sgt tertarik dengan ape yang telah dilncar kan oleh kerajaan, soalan saya, berapa kah gaji minimum(terendah) sebenarnye melayak kan seseorang untuk memiliki sebuah rumah@membeli rumah pertamaku, dengan menyatakan gaji kurang dari rm3000 layak memohon tidak lah jelas bagi saya @ mereka yang memperolehi gaji yang rendah, x kisah la wlpn untuk rumah yg paling rendah harga nye dalam skim ini.

    ReplyReply
  24. Faiz,
    Pendapatan RM3,000 adalah pendapatan isirumah (jumlah pendapatan bersama isteri/suami).

    Sbg contoh,
    1) Jika suami sahaja bekerja dgn pendapatan RM2,500, maka beliau layak memohon di bawah SRP.
    2) Jika suami dan isteri bekerja dengan pendapatan bersama RM3,500 (cth: suami-RM2,000, isteri-RM1,500) maka mereka tidak layak.
    3) Jika suami dan isteri bekerja dengan pendapatan bersama RM2,800 (cth: suami RM1,500, isteri – RM1,300) maka mereka layak memohon.

    Harap penjelasan di atas membantu.
    Sekian.

    ReplyReply
  25. saya ada tanda ? dlm kepala sampai had umur berapa yang layak memohon rumah pertamaku

    ReplyReply
  26. Salam Razi,
    Had umur adalah sebagaimana yang digunapakai untuk permohonan pinjaman biasa melalui bank (bank mempunyai polisi tersendiri). SRP hanya membantu dari segi tambahan 10% bayaran supaya pembelian boleh dibiayai sepenuhnya.

    ReplyReply
  27. Zulkarnain

    Salam,

    Bagaimana sekiranya saya mempunyai pinjaman kenderaan bersama bank? Jadi untuk skim ini, adakah 1/3 gaji untuk pengiraan bayar balik bank dihitung bersama dengan pinjaman yang lain?

    ReplyReply
  28. ku mohammad

    Salam,
    Bagaimana jikalau pemohon tak bayar PTPTN. Adakah menjejaskan permohonan skim rumah pertamaku ini?

    ReplyReply
  29. sofian

    RM3000 salary, does it refer to gross salary, or after tax/socso/epf salary?

    ReplyReply
  30. cempaka rembulan

    adakah perumahan yg dipilih sahaja? saya tinggal di kawasan kampung, tapi banyak perumahan di sini….

    ReplyReply
  31. pndapatab saya bawah RM1000 sebulan,sy krja swasta,adakah sy layak memohon..

    ReplyReply
  32. Salam Syed,
    Tiada masalah jika komitmen dan bayaran balik bulanan layak mengikut syarat bank.

    ReplyReply
  33. ada kah sy layak memohon jika sy sudah memiliki rumah flat, maslah ny rumah sy tingkat empat, dh sy mengahadapi maslah kesihatan utk menaiki sehingga tingkat empat…dan pendapatan sy kurang dr 3k.

    ReplyReply
  34. Adakah skim rumah pertamaku ini termasuk untuk pembelian rumah terpakai (melalui agen/owner asal) yg berharga bawah rm220k???

    ReplyReply
  35. saya bekerja selama 6 tahun,gaji saya 2,000, adakah sya layak membeli rumah pertama,.

    ReplyReply
  36. @Faizal: Ya.
    @Jaga: Ya, layak jika syarat2 lain juga dipenuhi.

    ReplyReply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Had Siling Pinjaman 100% Kekal | Tips Hartanah - [...] Siling Pinjaman 100% kekal pada jumlah RM220,000 sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan pada Bajet 2011 tahun lepas menurut Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>