Had Siling Pinjaman 100% Kekal

0
211

Had Siling Pinjaman 100% kekal pada jumlah RM220,000 sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan pada Bajet 2011 tahun lepas menurut Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Menurut beliau cadangan Pemaju Perumahan & Hartanah Malaysia (REHDA) untuk menaikkan had siling dari RM220,000 kepada RM350,000 supaya boleh memberikan manfaat kepada lebih ramai pembeli telah ditolak oleh Perdana Menteri. Dengan menaikkan had tersebut Perdana Menteri berpandangan bahawa ia bakal memberikan beban kepada pembeli yang akan menanggung hutang yang lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencadangkan di dalam Bajet 2011 bahawa pembeli rumah pertama dengan pendapatan isirumah kurang RM3,000 dibenarkan memperolehi pinjaman sehingga 100% untuk rumah berharga sehingga RM220,000.

Sumber dari berita asal, The Star.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here