10 Tips & Panduan Membeli Rumah 2011 (Bhg 1)

Hohoho… mari…mari.. sapa yang nak tau..

Okla… sebenarnya saya saje buat posting ni sebab ada yang bertanya… dan ada lagi yang bertanya.. dan ada lagi yang bertanya…  Antara soalannya.. “OK tak beli rumah tahun ni?” Beli kat situ…kat sini.. OK ke?”.. “BLR naik nanti macamana?” …”OK ke beli rumah second-hand?” … OK ke beli rumah lelong?”… huhhh… dan macam-macam lagi la..

Tak kira la apa soalan anda.. mungkin sedikit tips pendek dan pantas yang saya kongsikan di bawah ni boleh membantu anda untuk membuat keputusan dan panduan membeli rumah idaman anda pada tahun baru 2011 ni.

TIP 1 : Berapa Bajet Anda?
Hahaha… ni semua orang tau kan?.. sebab tu saya letak di tempat pertama sebab anda akan nampak perkara ni setiap kali anda tengok iklan.. tengok rumah.. telefon ejen… telefon penjual dan sebelum anda buat perkara-perkara lain untuk membeli rumah. OK?  So sekarang set bajet anda.. terpulang pada anda… saya tak tau berapa bajet anda.. rumah apa anda nak… lokasi mana..  Kalau RM400K.. set itu sebagai MAX LIMIT.. Sudah? Kalau dah.. next..

TIP 2 : Berapa Kemampuan Anda?
Aikksss… tadi dah tanya bajet… ni tanya kemampuan lak? Tak ke sama?  Sama… tapi tak serupa!  Sebabnya ada orang letak bajet tinggi2

tapi tak kena dengan kemampuan.  Kalau dah income sebulan RM3,000 tak payah letak bajet tu nak beli rumah sampai RM400,000 sebab silap2 tak cukup nak beli susu dgn pampers anak je.  So biarlah berpada-pada.  Rules of thumb -bayaran bulanan rumah anda nanti adalah disekitar 1/3 (33%) daripada jumlah pendapatan isirumah anda (suami & isteri termasuklah kalau ada FIXED side income)… Ni anggaran je.. kalau nak lebih sikit sampai 40% still ok sebab rumah ni adalah investment.  Kalau boleh kurang dari 1/3 tu lebih bagus.  OK dah?.. Camni la.. kalau total income anda dan suami/isteri adalah RM10,000 sebulan maka bajet bulanan anda adalah disekitar RM3,300 – RM3,500 max.  Lebih elok dalam RM3,000 atau kurang.  Bagaimanapun ini seharusnya bergantung kepada komitmen bulanan anda terhadap perkara lain seperti kereta dsbnya. So berapa harga rumah dan Bajet ni?? Anda boleh check di Mortgage Calculator di panel sebelah kanan berikut >>>

TIP 3 : Buat Pilihan Jenis Rumah Impian Anda
Ini seharusnya cepat dan ringkas.  Ada sebahagian pendapat menyuruh anda menetapkan lokasi terlebih dahulu, tetapi saya lebih prefer supaya anda membuat keputusan rumah apakah yang anda ingin beli berdasarkan bajet dan kemampuan yang telah anda tetapkan di atas.  Selepas itu barulah anda membuat keputusan lokasi supaya proses ini menjadi lebih cepat dan tepat.
Pada peringkat ini anda boleh membuat keputusan seperti ingin membeli rumah ‘landed’ (seperti teres, semi-d dsb) atau membeli strata/bertingkat seperti kondominium/apartment/townhouse sesuai mengikut keperluan anda.  Keperluan anda bolehlah dirujuk kepada beramai di dalam keluarga anda atau macamanapun anda tetap mahukan rumah bawah (‘landed’) dan tidak mahu rumah bertingkat.  Terpulang kepada anda.  Setelah anda membuat keputusan, barulah anda memilik lokasi yang sesuai dengan rumah yang anda inginkan dan bajet serta kemampuan anda.

TIP 4 : Pilih Lokasi
Aikkss.. camne ni?? orang kata dalam property kena pilih lokasi…lokasi… lokasi.. ni dah jatuh no 4 pulak.. tak kisah la kan.. itu orang yang berduit kata.. sekarang ni saya nak bagi tip yang semua orang boleh gunakan.  Maksudnya kalau ongkosnya kurang..aka tak mampu jangan lak nak pilih lokasi yang anda tahu harganya memang mahal dan anda pun tak mampu atau kena puasa tiap-tiap hari sebab nak beli rumah kat situ.  Sebab tu anda kena tahu berapa kemampuan anda.  Macam manapun memang lah lokasi tetap penting… so berdasarkan keputusan yang anda dah buat di atas..  baru kita pilih lokasi yang terbaik.  Anda dah tahu rumah apa dan berapa bajet anda… so… apa lagi??.. pergi la cari!  hehehe… sorry eh..  gurau je… jangan marah..  So kat mana nak cari? paling simple dan cepat gunakan Pakcik ‘Google’.. taip “HOUSE FOR SALE WANGSA MAJU” sebagai contoh.  Banyak la result yang akan keluar.  Kalau nak terus specific anda boleh pergi ke website popular seperti www.iproperty.com.my dan terus buat pilihan anda.

Bercakap mengenai lokasi ni… anda perlulah buat keputusan berdasarkan perkara seperti.. Berapa jauh dari tempat kerja anda dan/atau pasangan anda.  Anda pastinya kalau boleh tak mahu ulang-alik setiap hari 50km ke tempat kerja dan kalau boleh terdapat sekolah atau kemudahan lain di sekitar rumah anda.  Perkara-perkara ini anda perlu tentukan dan buat keputusan sendiri.  Ini kerana setiap orang mempunyai keperluan berbeza. Cthnya ada yang pergi kerja naik LRT, so nak beli dekat dengan stesen LRT, ada yang nak dekat exit highway supaya pagi-pagi keluar rumah terus masuk highway tak perlu lalu traffic jamm terus ke tempat kerja.. Anda buat keputusan sendiri.  Sebaiknya luangkan masa untuk pusing2 di kawasan yang anda berminat sebelum membeli.

TIP 5 : Bayar Deposit
Beli..beli jugak… tapi duit depositnya dah cukup ke? dah siapkan ke untuk bayar?  Kalau anda beli rumah pertama atau kedua anda perlu standby at least 15% (10% deposit, 5% lain-lain).  kalau beli rumah ketiga dan seterusnya lagi banyak yang kena standby sebab undang-undang baru hanya benarkan pinjaman max 70% sahaja.  Kalau dah cukup dalam simpanan ok lah.. kalau belum cukup dan plan nak keluarkan dari EPF, sila semak terlebih dahulu baki anda kerana jika anda sudah buat komitmen bayar duit pendahuluan dan tidak mahu meneruskan pembelian, kemungkinan besar duit tersebut akan hangus kerana membatalkan pembelian.  So perkara ni nampak kecil tapi besar jugak kesannya. So pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bayaran deposit dan lain-lain ni seperti peguam, penilaian dll.

huhhhh… panjang lah pulak.. so sambung kemudian la ye.. saya namakan posting ni Bahagian 1 dulu.  Nanti sambung Bahagian 2 pulak…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


9 Comments

  1. memang berguna dan penuh informasi…saya berminat nak membeli rumah lelong dibawah harga psaran untuk pelaburan.
    Kat mana saya nak cari ilmu ni?

    ReplyReply
  2. TQ Adibah.
    Ada byk info kat net ni ttg rumah lelong. boleh try guna pakcik google je. Tp kalau nak tau list property for auction boleh check kat auctionner website atau bank website. Antaranya auctions.com.my, cimbbank.com.my/auction/
    Kadang2 saya juga update auction kat sini… just check it out timely.. nak lagi senang follow this blog k.

    ReplyReply
  3. Musykilah

    Salam,
    Mahu tanye kalau rumah pertama tak habis bayar lagi bole ke
    Keluar rumah kedua dari epf?

    ReplyReply
  4. Musykilah,
    Boleh, dengan syarat rumah pertama yang dibeli melalui pengeluaran epf tersebut telah dilupuskan pemilikannya/dijual.

    ReplyReply
  5. Hayati ahmad

    Kepada sesiapa yang inginkan free consultation berhubung pembelian rumah sila emailkan pada saya soalan-soalan anda di hayati.mnco@hotmail.com

    Sharing is caring!

    maaf ye admin…hanya ingin membantu dengan sedikit ilmu yang ada.

    terima kasih admin.

    ReplyReply
  6. Nak tanya, rumah pertama saya belum habis bayar dan skrg saya teringin nak beli rumah kedua. Masalahnya saya xbole keluarkan kwsp sbyk 10% kerana rumah pertama belum dilupuskan pemilikkanya. Saya dan isteri tinggal berjauhan dan hanya berjumpa 2 bulan sekali dalam waktu yg singkat (2-3 hati je). Memandangkan kesibukkan saya isteri saya telah berjumpa lawyer dan lawyer tersebut mengatakan bole keluar kwsp dan dia akan uruskan baki rumah pertama (saya agak2 mgkin dgn cara re-finance balik rumah pertama, tukar hak milik dan kemudian baru apply kwsp rasanya)
    Soalan saya:
    1. Bagaimana cara re-finance ni? katalah saya ada baki rumah pertama sebanyak 4ok? harga pasaran rumah semasa saya ialah rm70k.
    2. Adakah dgn cara re-finance ini akan menyebabkan saya kerugian banyak atau sedikit ataupun sama rata? mengikut BLR setakat bulan 10, 2011?
    3. Adakah cara lain yg pihak kwsp boleh tolong saya mengatasi masalah ini?
    TQ

    ReplyReply
  7. abi a'im

    ini informasi yang sangat bagus, tapi saya ada satu soalan pasal e book tips hartanah tu sesuai ke untuk saye yang berpendapatan hanya Rm1300, yang maknenya kemampuan bulanan saya 1300×33%= 429 ringgit sahaje.. sedangkan anda memberikan contoh pada tip no 2. bagi orang yang berpendapatan 3000 sebulan..

    ReplyReply
  8. masyitah

    salam..saya ni masih bujang dan berhajat membeli rumah sebagai aset. pendapatan bulanan sekitar 3 ribu sebulan. saya berhajat membeli rumah di perumahan yang baru hendak dibina sekitar kawsan kampung dan berhampiran rumah ibubapa saya..mohon penjelasan samada sesuai k saya membeli di kampung memandangkan saya belum berkeluarga? n rate sewa disitu sekitar rm200 sahaja sebulan.apa faktor lain yg perlu diambil kira?

    ReplyReply
  9. salam admin..boleh bg pndangan tak..sy bak beli rumah tp ada 2 pilihan..pening nak pilih..pilihan 1..luas lot 22×70,dekat jalan utama,dlm dah membangun,10km dr bndar,harga 218k free lwyer dn stamp duty… pilihan ke-2= luas lot 22×86,lebih kurang 15km ke bndar,di kawasn yg akn membangun pd msa akn dtg,dlm kwsn kg sikit,hrga 178k, lawyer free,stamp duty dlm 3k.. mana satu yg terbaik utk sy pilih..tq admin

    ReplyReply

Trackbacks/Pingbacks

  1. 10 Tips & Panduan Membeli Rumah 2011 (Bhg 2) | Tips Hartanah - [...] Ini adalah sambungan kepada Bahagian 1 Di Sini. [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>