10 Tips & Panduan Membeli Rumah 2011 (Bhg 2)

Ini adalah sambungan kepada Bahagian 1 Di Sini.

Tip 6 : Mendapatkan Pinjaman

Rumah dah ada, Deposit dah bayar…. sekarang masanya untuk mendapatkan pinjaman untuk pembelian rumah anda… melainkan jika anda membeli cash.  Bercakap mengenai mendapatkan pinjaman ni sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan dan masing-masing ada cara tersendiri.  Walau bagaimanapun di sini ingin saya kongsikan cara yang boleh dilakukan oleh anda serta tips yang berkaitan.  Pertama.. anda sudah tentunya membuat keputusan berapa margin pinjaman yang anda mahukan… 90%, 80% atau lebih rendah.  Ini juga berkaitan dengan berapa simpanan yang anda miliki dan ingin gunakan untuk tujuan pembelian rumah ini.  Jika anda mempunyai bajet yang tinggi untuk membayar deposit, itu sangat baik tetapi saya tidak menggalakkan untuk anda bayar terlalu tinggi kerana dalam hartanah duit tersebut sebenarnya boleh anda gunakan untuk membeli tambahan lagi hartanah untuk tujuan pelaburan dan mungkin menambah pembayaran semula rumah ini.

Kedua… tentukan jenis pakej pinjaman yang anda mahukan (sebagai seorang Islam tentunya saya syorkan pinjaman Islamik) tetapi bukan itu sahaja.  Anda tentukan sama ada ianya kadar tetap atau berbilang tingkat (multi-tier rate) dan berapa tahun tempoh pinjaman anda.  Ketika posting ini ditulis BLR adalah 6.30% dan sesetengah bank memberikan kadar pinjaman serendah BLR -(minus)2%.  Cadangan saya, jika anda membeli untuk tempoh jangka masa pendek mungkin ini lebih sesuai tetapi jika pembelian anda untuk jangka panjang… nak tinggal sampai tua contohnya… sila lihat pilihan kadar tetap dengan kadar terendah kerana anda tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang tempoh 20-30 tahun pinjaman anda.  Oleh itu dengan bayaran tetap untuk rumah anda, anda boleh merancang kewangan anda dengan lebih baik.

Tip 7 : Memilih Bank
OK.. ni saja saya pisahkan dari Tip 6 di atas kerana saya fikir membuat pilihan bank juga perlukan perhatian khusus. Sebabnya… supaya selepas anda membuat pinjaman nanti taklah susah untuk anda membuat bayaran.  Maksud saya di sini kalau boleh biarlah bank tersebut senang anda pergi kalau anda jenis yang buat bayaran terus di bank.. bukan maksud saya anti-foreign bank tapi kalau ini pilihan anda, mungkin anda terpaksa mencari waktu khusus untuk membuat bayaran anda – pada hari bekerja. Yang mana kadang-kadang boleh menjadi masalah besar.  Bagi yang guna online banking mungkin takde masalah… hanya pilih mana-mana bank ikut pilihan pakej pinjaman yang anda sukai.  Tetapi sebaiknya pilih bank yang mana anda boleh consolidate akaun pinjaman perumahan anda kepada 1 akaun yang sama yang anda sedia ada dengan bank tersebut.  Sesetengah bank ada yang menawarkan pakej seperti ini dan dinamakan sebagai akaun pinjaman perumahan fleksibel.  Sila semak semasa anda pergi ‘memburu’ pinjaman nanti.

Tip 8 : Memilih Peguam
Ni pun satu masalah juga.. terutamanya orang yang memang tak pernah deal dengan peguam sebelum ni.  Jika anda menggunakan khidmat ejen hartanah untuk membeli rumah tersebut biasanya mereka akan mengesyorkan peguam yang boleh anda gunakan.  Atau anda juga boleh mendapatkan nasihat bank senarai panel peguam mereka.  Tetapi kalau anda sudah memiliki peguam yang anda kenal lebih baik gunakan khidmat mereka.  Ataupun sila bertanya dikalangan rakan baik anda atau keluarga anda…. mungkin mereka pernah menggunakan khidmat mana-mana peguam yang mereka PUASHATI dengan khidmat yang diberikan.  Saya beri peringatan ni sebab sesetengah peguam akan mengambil masa yang sangat lama untuk proses pembelian anda dan hanya ‘bergerak’ bila anda push mereka.  Sebaiknya pilih peguam yang boleh menguruskan kedua-dua dokumen Jual Beli (SPA) dan Perjanjian Pinjaman serentak – ini memerlukan mereka panel kepada bank yang anda pilih supaya kos yuran guaman anda boleh dikurangkan dan menjimatkan masa.

Tip 9 : Cara Berhadapan Dengan Masalah Semasa Membeli
Sebenarnya ada 1001 masalah yang boleh berkait dengan pembelian rumah ni… sebab itulah anda kena cuba selesaikan SEBELUM anda membuat keputusan membeli.  Walau bagaimanapun sesetengah perkara tidak dapat dielakkan.  Jika perkara berkaitan rumah yang ingin anda beli, mungkin anda boleh sediakan beberapa soalan ketika anda membuat lawatan untuk membeli rumah (maklumat lanjut ada dalam ebook saya)… jika berkaitan dengan perkara-perkara lain, sebaiknya dapatkan nasihat agen, peguam atau anda boleh semak sama ada saya pernah kongsikan di sini atau tidak.  Jika tidak, mungkin anda boleh emelkan kepada saya untuk bantuan (mungkin tidak semua dapat saya reply ok..)

Tip 10 : Pindah Rumah
Ini pun kena ada tip ok… kalau tidak silap2 huru-hara la nanti masa nak pindah.. barang tak siap pack la.. pack tak betul la.. lori tak sampai la.. barang rosak masa sampai rumah baru la… semuanya perlu planning… nampak kecil tapi kalau tak percaya cuba tanya orang yang dah pernah pindah rumah..  Nantikan posting saya mengenai Tips Pindah Rumah yang akan saya kongsikan nanti.

Semoga sedikit tip-tip di atas dapat memberikan sedikit panduan kepada anda yang ingin membeli rumah.. Kalau ada soalan lagi sila-sila lah bertanya di ruangan komen di bawah..

p/s Lepas baca jangan lupa ‘FOLLOW’ blog ni jika anda ada Facebook.  Hanya klik button ‘Follow this blog’ di sebelah atau KLIK DI SINI..>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. 10 Tips & Panduan Beli Rumah (Bhg 1) - [...] lah pulak.. so sambung kemudian la ye.. saya namakan posting ni Bahagian 1 dulu.  Nanti sambung Bahagian 2 [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>